Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 14 Mei 2009

Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis di blog ini buat pertama kalinya. Semalam 13 Mei 2009 bermulanya Peperiksaan Pertengahan tahun 2009 atau lebih glamor lagi PBS 1. Rasanya perjalanan peperiksaan berjalan lancar, cuma pencapaian murid2 belum diketahui lagi.

Rakan2 saya nampaknya bertambah sibuklah minggu ini utk menyiapkan Buku Adab Belajar, mengisi "marksheet" dan paling utama menanda kertas2 jawapan murid. Bagi soalan objektif, agak mudah sedikit... semenjak menggunakan mesin penanda jawapan yang mula digunakan oleh sekolah pada akhir tahun lepas. Tapi bagi soalan2 subjektif, terpaksalah guru2 memerah tenaga untuk menyiapkannya.

Kita akan berasa lega apabila semua kertas soalan dah habis ditanda tepat pada waktunya. Nampak aje kerjanya senang, tapi mental kita tertekan jika kerja2 tersebut gagal kita siapkan mengikut tempohnya. PBS kali ini, kertas saya pada hari pertama, seronok rasanya sebab kita dapat menyiapkannya lebih awal daripada biasa. Selalu pada hari terakhir sahaja.

Sejak saya bertukar ke sekolah di pinggir bandar ini, kerja2 mencetak kertas ujian sangat mudah sbb menggunakan mesin reso. Bila saya terkenangkan semasa saya mengajar di sekolah lama dulu.. kerja2 mencetak dilakukan oleh guru sendiri dgn menggunakan mesin pencetak yg dikenali sebgi mesin "gelek". Mula2 belajar menggunakan mesin ini, habis tudung2 saya terkena dakwatnya. Kekotorannya sukar hilang walaupun dah dicuci dgn clorox. Muka pulak berpeluh-peluh sbb biliknya panas (sekolah tersebut masih menggunakan cara ini sehingga sekarang..simpati dgn rakan2 yg masih di sana). Tapi itulah pengalaman hidup namanya. Sains dan teknologi byk membantu kita, pandai-pandailah kita memilih utk kebaikan atau keburukannya.

Sambung lagi lain kali.
http://www.emocutez.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!