Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 19 Ogos 2009

Penghargaan kepada sebatang gigi.

Jam 3.30 petang :
Aku pergi ke Klinik Pergigian Bandar, Pekan Semenyih. Dah lama sangat tak jumpa seseorang yang sangat aku perlukan ketika ini. Hah, sapa lagi kalau tak doktor gigi@dentist. Doktor gigilah yang aku paling takut sejak zaman kanak-kanak lagi. Bukannya doktor tu garang, tapi aku gerun melihat peralatan-peralatannya. Kali ini aku terpaksa berkorban demi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku takut gigiku meragam di bulan mulia ini.

Jam 3.40 petang :
Doktor menyuntik ubat bius. Aku memberitahu doktor itu, aku teramatlah nervous.. cam budak kecikkan. Kita mesti berkata benarkan. Setelah disunti aku diberi rehat sebentar. Pesakit lain pula masuk ke bilik rawatan. Zink, zink, zink... aku terdengar macam nak tebang pokok pulak. Ngerinya. Sempat lagi aku sms kak Pah (nak hilangkan gabra aje..)

Jam 4.10 petang :
Giliran aku pulak, jatung berdetap berdetup semakin kuat. Doktor terpaksa menambah ubat bius kepadaku kerana aku masih terasa sakit pada bahagian bawah gigi tersebut, kemudian doktor menggoyang-goyangkan gigiku lalu dushhh...gigiku tercabuuuut. Hah, lega rasanya, tak guna penyepitpun. Darah banyak keluar, doktor beritahu kalau ada darah tinggi memang macam tu.. Selesai bab mencabut, bab menjahit pulak.. 10 minit baru siap. Ok pun, aku je yang penakut.

Jam 4.30 petang :
Ambil dan bayar ubat, jumlahnya.. RM85. (Wow, mahalnya. Sebatang gigi berharga RM85). Tapi tak mengapa, aku telah menggunakan gigi tersebut selama bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah mengurniakan aku sebatang gigi yang berharga itu. Aku terus balik ke rumah dengan hati yang gembira sambil berazam akan menjaga dengan baik beberapa batang gigi yang tinggal ini.

Inilah gigiku yang sangat berjasa itu. Sepatutnya dah lama aku perlu mencabutnya, tapi aku sengaja mem"postpone"kan kerana ia masih lagi berguna kepadaku.


TERIMA KASIH GIGIKU SAYANG..

2 ulasan:

  1. sekarang dah tnggal berapa batang giginya?hihih

    BalasPadam
  2. Entahlah Din, lupa lak akak nak kira. Nak kata byk, tak byk. Nak kata sikit, adalah jugak. Nak buat gigi palsu tak perlu lagi rasanya.. Cam dah tua sgt pulak.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!