Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sekolah Ganti Cuti Deepavali.

Hari ini aku pergi ke sekolah macam biasa kerana sekolah ganti cuti Hari Deepavali. Ikut jadual hari Jumaat.. sampai pukul 12 tgh hari ajelah. Kehadiran murid-murid sangat merosot, maklum ajelah hari Sabtu tambahan pula minggu depan dah mula puasa. Mungkin ibu bapa membawa anak-anak mereka pergi ber'shopping' agaknya. Ataupun mereka tak pergi sekolah sebab kes H1N1 kot.. Tahun 4 dan 5 hanya tinggal 3 kelas aje. Tahun 6 maintain.. dekat nak UPSRkan.
http://www.emocutez.com Cikgu-cikgipun nampaknyer cam kurang aje tadi (ni pakai kanta pembesar utk edisi siasat).. Banyak urusanlah tu, tapi guru-guru yang hadir hari ini memang "mantooop". Ceria aje. Sepatutnya ada taklimat pengurusan pukul 12 tgh hari, tapi terpaksa ditunda minggu depan kerana Puan Zahora tak hadir hari ini. Apa lagi, bertambah cerialah kami hari ini.. dapat pulak roti gardenia free 4 bungkus..meriah hidup !!! Ni antara teman-temanku yang agak sibuk hari ini.
http://www.emocutez.comKatun ni sama cam kak Fatimatun...tengah sibuk buat assignment Pend. Seni. Mengelabah sakanlah sebab minggu depan nak gi belajar kat IPPM. Broadband pulak asyik nak meragam aje, aku nak tolongpun payah. Sabar ya kak Tun...Tarik nafas, hembus perlahan-lahan (ulang 3x).
http://www.emocutez.comNi lak kak Pah (Sharifah Noorzihan), kalau dia geram kat aku...mesti dia jelir lidah camtu.(Apa, dia ingat comel ke buat camtu... tapi kak Pah mmg comelllpun..) Tadi kak Pah beli kain sutera hijau utk buat baju raya (hari ke 30). Agaknya camnilah rupanyakan. Sori kak Pah tercakap pulak.

p/s Cikgu-cikgu lain lagilah sibuk, kami ni menyibuk aje lebih.


2 ulasan:

  1. Kepada cikgu-cikgi yg tak sempat nak tulis nama kat sini, harap jgn marah ya! Anda semua memang hebat dan padat..

    BalasPadam
  2. Laaa... Takat hari ke-30 je ker ?

    Den dah buek sampai Puaso 6 punyo rayo dah !!!

    http://kapurdanpapanhitam.blogspot.com/2009/08/baju-raya-puasa-6.html

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!