Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 29 September 2009

Hari Raya Tanpa Ibuku.

Assalamualaikum semua!

Lama aku tak update blog ni. Rindu pulak nak mengarang kat sini. Sibuk dengan persiapan menyambut hari lebaran dan sibuk pula gi beraya rumah sanak saudara. Raya pertama lepas solat hari raya aku dan adik beradik aku dan ahli keluarga masing-masing prgi menziarah pusara ibuku yang tercinta. Ibuku meninggal pada 18.10.2001 bersamaan 1 Syaaban 1421. Dah 8 tahun ibu pergi meninggalkan kami semua.

IMG_0782

(Anak sedara dan adik- beradikku semuanya pergi menziarahi pusara ibuku di pagi Syawal).

Rindu yang kutanggung selama 9 tahun ini sukar untuk kuluahkan di sini. Ibulah pendengar setia segala kisah suka duka aku selama ini. Hanya ibu seorang.. tempat aku meluahkan segala rahsia hatiku, tiada orang lain lebih aku percayai selain daripada ibu. Ibulah yang setia merawat aku ketika asmaku menyerang atau demam yang bertandang, ibulah pegawai kredit waktu aku kekurangan ringgit. Ibulah chef yang terbaik bagi aku. Pemergiannya telah meragut sebahagian daripada kebahagiaan hidupku. Aku rasa sunyi, kosong, sepi dan bermacam-macam lagi. Kadangkala aku seperti malas nak menyambut hari raya seperti masa dulu.

Alangkah seronoknya kalau ibu masih ada. Sanak saudara yang datang sudah tentu akan dijamu dengan rendang yang dimasak oleh ibu, tak sah kalau tak makan rendang ibu kata anak-anak saudara ibu yang beraya ke rumah kami. Pasti ibu gembira bila melihat anak cucunya balik beraya ke kampung beramai-ramai. Bila melihat kereta anak-anak menjalar diparkir depan rumah (walaupun tak ada kereta mewah, cukuplah sekadar kereta buatan Malaysia sahaja). Suara hiruk pikuk cucu-cucu berkejar-kejaran di halaman rumah, bermain buaian di bawah pokok rambutan. menolong abah mencakar dedaun rambutan yang berguguran di halaman. Tentu ibu suka bila melihat cucu-cucu perempuannya dah boleh menolong kerja-kerja di dapur. Seronok melihat cucu-cucunya yang masih kecil dah boleh baca Yassin dan mendirikan solat beramai-ramai. Berlumba-lumba nak mengambil wuduk, kdg kala berkelahi juga.

Masih terbayang di mata betapa remehnya ibu membuat kuih bahulu dan bangkit setiap tahun. (Kadang kala kuih bangkit "meragam" juga, baling kat dindingpun tak pecah). Kalau dilarang, pasti panjang ceramahnya. Sebenarnya, kita kasihan melihat kepayahan beliau memasak kuih tradisional tersebut. Kini semuanya tinggal kenangan saja. Sudah suratan takdir, aku redha dengan pemergian ibu kerana Allah lebih menyayanginya.

Raya kali ini, aku sekeluarga pergi beraya ke rumah adik beradik arwah ibuku serta menziarahi pusara arwah nenek di Pasir Panjang, Port Dickson.(Adik-beradik abah pula, kami selalu berjumpa kerana mereka ramai menetap di kawasan KL. Cuma Pak Ngah sahaja yang tinggal jauh di Seberang Jaya, Pulau Pinang).

Aku masih ada abah,

"Abah..., selamat hari raya maaf zahir batin. Maafkan segala kesalahan anakanda sekeluarga selama ini. Halalkan segala makan dan minum anakanda .. Moga kita dapat meraikan Aidilfitri lagi tahun hadapan. Insya Allah..."

Rabu, 16 September 2009

Gambar Majlis Khatam Al-Quran 2009

Photobucket
Kumpulan Marhaban Taman Desa Kenanga Semenyih

Photobucket
Sebahagian peserta lelaki.. ada yang jadi bidan terjun ni..

khatam al-quran
22 orang murid

Photobucket
Fatin Syamira sedang membaca surah.

Photobucket

reading Al-Quran
Hana, baca ke tu? Jangan tido tau.
hands up
Apalah yang ditunjuk tu? Nampak cicak ke..

Selasa, 15 September 2009

TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah usai sudah Majlis Khatam Al-Quran 2009 (Sesi Pagi) untuk peringkat sekolah. Kali ini aku ditugaskan menjadi penyelaras program tersebut. Memang lelah dibuatnya. Pengalaman tak cukup banyak lagi.

Nasib baik rakan-rakan ramai yang membantuku. Ustazah SHARIFAH NOORZIHAN yang paling banyak menyumbangkan tenaga dan idea supaya majlis ini berjalan lancar. Ustazah NORIANI pula yang paling cepat bab menghias pentas agar kemas dan ceria cam orangnya juga. Ustaz MOHD HANIF pula bab jadi juruacara/jurucakap/juruheboh majlis ini. (Harapkan aku, bahasa isyarat bolehlah. Pemalu katakan). Ustaz Mohamad yang sudi membacakan doa di majlis ini. Cikgu Jamhari yang sudi menyediakan peralatan audio/visual. (Tahniah Jam. dapat twin baby boy).

Tidak kurang juga Ustazah Salawiah yang menyiapkan kertas kerja, Ustazah Farahan menyediakan bunga jelly dan tidak lupa juga buat cikgu Norzihan, Cikgu Masni, dan ramai lagi yang ringan tulang membantu menyiapkan bunga jelly yang cantik itu. Mana-mana yang terlupa tu, nanti 'diupdate" kemudian ya!

Terima kasih juga buat group khatam yang terdiri daripada murid tahun 6 yang sudi menyumbangkan suara mereka. Liyana, Syamimi, Nurul Hana, Umairah, Irdina, Syuhada, Syahadah,
Syazan, Kher, Faiz, Hafizuddin, Azri Aqim dan lain-lain lagi. Ribuan terima kasih buat Kumpulan Marhaban daripada Taman Desa Kenanga Semenyih dan juga Ustaz Elyas mantan kumpulan nasyid UNIC.

Terima kasih semua, moga jasa kalian dirahmati Allah. Tanpa kalian semua, majlis ini takkan dapat dilaksanakan dengan baik. Segala kesilapan dan kekurangan majlis ini harap dimaafi.


TERIMA KASIH SEMUA..
Tanpa kalian siapalah aku,

Sabtu, 12 September 2009

"BULUH RUNCING, vs BULUH LEMANG vs MERIAM BULUH".

Entri aku hari ini berkisar tentang 3 jenis buluh yang glamor minggu ini.

1. BULUH RUNCING..(cam tombak pulak bentuknya)..
Isu semasa: buluh runcing di negara seberang. Bulu runcing dibuat macam tombak, buat sekatan jalan, nak usir orang kita. Gerun juga aku melihat kejadian tu. Very bahaya kalau terjadi di negara kita. "Sweeping Malaysia"??? Hebat, hebat, hebat. Agak-agaknya kalau orang kita buat macam tu kat sini, sweeping dot dot dot tentu kurang penduduk Malaysia. Lupakah mereka bahawa kat sini rakyat merekalah yang paling ramai bekerja dan juga menjadi pendatang tanpa izin? (Yang diizin tak apa.. Jangan kecik hati). Jadi janganlah buat macam tu kat rakyat kita kat sana.. Apalah salah diorangkan..

2. BULUH LEMANG..(buluh ni yang best sekali).
Aku rasa tak payahlah kita sibuk-sibuk tentang buluh runcing tu.. baik kita buka kisah buluh yang terglamor masa ni.. Apalagi buluh lemanglah, minggu depankan nak sambut raya. Kaum bapak lah yang paling sibuk nak cari buluh lemang. Kalau kat kampung yang tak syoknya, ada suku sakat yang suka sangat curi buluh lemang orang lain. Menanam tak nak, alih-alih kebas hak orang. Kalau setakat nak kegunaan sendiri tu tak apalah, kira kita sedekah aje kat diorang. Tapi yang paling tak sanggup nak nengok tu, mereka kebas buluh orang untuk dijual kepada peniaga-peniaga lemang. Mereka pulak jadi tauke buluh lemang. Pandai diorang cari duit rayakan.. Tak senonoh.

3. MERIAM BULUH..(inipun best juga).
Terkenang masa zaman kanak-kanak dulu, 2 minggu nak raya abang aku (Along), adik lelakiku (Andak) bersama-sama sepupu-sepupu lelaki aku sibuk membuat meriam buluh. Mereka berpakat untuk membunyikan serentak meriam tu ketika nak sahur dan selepas solat tarawih pada setiap malam kecuali hujan. Siapa ada masa, dia bunyikan dulu..dan diikuti oleh orang lain. Jadi bayangkanlah bunyinya, tentu gamatkan masa tu. Rumah masing-masing bukannya dekat sangat, tapi bunyi kebaaboomnya satu kampung boleh dengar. Bila dah remaja sikit diaorang dah beralih kepada meriam besi. Walaupun mereka main dalam 2 versi tu, tak ada pulak yang cedera atau mengalami sebarang kemudaratan. Sebabnya mereka bermain ikut "law", tak macam budak sekarang pandai modified mercun sampai hilang jari..dah pandai sangat, tulah jadinya.


Kesimpulannya : Jangan buat buluh runcing, jangan curi buluh lemang dan jangan main meriam buluh .. (Sapa yang nak order lemang tu, bolehlah call aku ye! Sempat lagi promosi tu..) Inilah namanyer entri merapu di waktu dinihari..

http://www.emocutez.com

Jumaat, 11 September 2009

BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500 @ BONUS RAYA

Pengumuman Bantuan Khas Kewangan pada 09/09/09.(unik betul tarikh ni..)

Haaa....... kan dah terjawab segala persoalan yang bermain di minda kita selama beberapa minggu yang lalu. Betullah telahan yang aku buat 2 minggu lepas. Kakitangan awam akan menerima bonus hari raya. Tapi aku tak terduga pulak kakitangan sokongan saja yang merasainya.
Tapi apa-apa pun, hanya kalimah "Alhamdulillah" yang terlafaz di mulutku pada petang semalam apabila mendengar berita tersebut melalui radio ERA ketika itu... Syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat juga aku merasa Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seperti yang diumumkan oleh YAB PM kita.
Walaupun jumlah tersebut tidak seberapa, tetapi kita patut bersyukur dengan pemberian tersebut. Sikit-sikitpun RM250 boleh guna dengan pelbagai cara. Kat bawah ni.. cara-cara nak abiskan duit tu, pilihlah ya:

  • @ bayar duit tol
  • @ duit minyak kereta (k.terbang tak dapatlah..)
  • @ duit raya untuk anak-anak sedara
  • @ boleh beri mak ayah duit raya.
  • @ bayar duit upah baju raya (5 pasang ..)
  • @ beli daging tempatan 15 kg dapat tu..
  • @ last sekali beli kuih raya dapat 10 balang tu..
(anda pilihlah yang mana satu, jangan segan-segan ya..) Kalau salah, cikgu tak marah. Nak simpan??? Tak ada maknenyer nak simpan..Itulah sikap kitakan, kalau beri banyakpun, habis camtu jugak. Jadi bersederhanalah ketika menyambut hari raya Aidil Fitri. Pada member-member yang tak dapat tu, just bersabarlah ye. Mungkin rezeki anda selepas ini. Siapa tahukan!

http://www.emocutez.com (Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah)
* Nampaknya bertambah lagi duit raya aku ..

Jumaat, 4 September 2009

Majlis Mohon Restu Tahun 6

Hari ini ada "Majlis Mohon Restu Tahun 6", maklumlah Selasa depan 8 Sept 2009 UPSR bermula. Murid-murid Tahun 6 memohon restu daripada semua guru yang telah mengajar mereka dari tahun 1 hingga tahun 6.

Murid-murid berbaris sambil bersalaman dgn semua guru.

Pn Siti Zahora (Guru Besar) turut sebak, di sebelah beliau En. Ishak GPK Ko kurikulum.

Bukan murid-murid aje yang menangis malah ramai jugak cikgu2 yang meleleh. Mazura, Azwati, aku, Yani dan ramai lagilah termasuklah Guru Besar kami, Puan Zahora. Nasib baik ada tisu subsidi daripada Azwati, kalau tidak tentu tudung aku basah lencun. Kesyahduan bertambah-tambah apabila kak Hajar menyampaikan cetusan hatinya. Nasib baiklah kak Zainita tak ada kok tidak lagi haru.(Moga kak Zainita cepat sembuh ya!).
Aku tengok murid-murid yang "nakal-nakal" ni tak adalah keras sangat jiwanya. Menangis sakan pulak tu.. Amira Adila, Syamimi Iwani, Syahirah..cayalah lu.

Cikgu Azwati (bertudung merah) memberi kata-kata nasihat kepada muridnya.


Ustazah Noriani dengan Cikgu Siti Mariam.

Ala, la, la...sedihnya Nadia tapi tetap comelkan.

Yang ini, Rabiatul menangis sambil berjabat tangan dengan Syakirah..
Diaorang bersahabat baik ni. Janganlah nangis tau!.


Kuiz : Menangis yang mana paling comel?
#A http://www.emocutez.com
#B http://www.emocutez.com#C http://www.emocutez.com

Aku tak nak nangis..hu hu hu!

Selasa, 1 September 2009

Puding Jagung Gembira

Hari ini aku nak jadi Guru Memasak pulak, sesekali tukar bidang. Resepi yang paling senang dan mudah. Istimewa untuk sesiapa yang baru nak belajar memasak. Hasilnya pasti jadi, Insya Allah. Adunan di bawah untuk 4 -6 orang makan.

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
4 cawan perahan santan.
1/2 tin jagung berkrim (sukatan jagung ikut selera anda, kalau nak banyak anda tambah aje).
Secubit garam.

Cara-caranya :

Masukkan tepung kastard dengan gula pasir ke dalam periuk.
Tuangkan santan sedikit demi sedikit. (Warna adunan menjadi kuning). Sebelum dijerang kacau dahulu adunan tadi supaya tepung tidak bergentel. Panaskan periuk tadi dengan api yang sederhana, kacau sehingga pekat, warnanya bertukar menjadi berkilat /jernih.(Andunan mestilah sentiasa dikacau supaya tidak melekat/hangus/berkerak). Masukkan jagung berkrim ke dalam adunan, kacau lagi sehingga adunan telah masak keseluruhannya. (Biar semua dah macam jernih). Lagi lama anda kacau, lagi bertambah pekat. Angkat dan tuangkan ke dalam talam. Sejukkan seketika dan anda boleh menikmatinya dengan gembira.

Tips:
Untuk kuantiti yang banyak anda hanya perlu menukar cawan dengan medium lain. (Tukar dengan cawan besar ke, tin tepung kastard tu ke, tin jagungpun boleh). Sukatan mesti ikut formula di atas (1 tepung,1 gula,4 santan). Insya Allah hasilnya tidak akan mengecewakan anda.

p/s: Kalau anda telah mencubanya, silalah tinggalkan komen anda di sini.

Cubalah dan sebar-sebarkan,