Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 1 September 2009

Puding Jagung Gembira

Hari ini aku nak jadi Guru Memasak pulak, sesekali tukar bidang. Resepi yang paling senang dan mudah. Istimewa untuk sesiapa yang baru nak belajar memasak. Hasilnya pasti jadi, Insya Allah. Adunan di bawah untuk 4 -6 orang makan.

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
4 cawan perahan santan.
1/2 tin jagung berkrim (sukatan jagung ikut selera anda, kalau nak banyak anda tambah aje).
Secubit garam.

Cara-caranya :

Masukkan tepung kastard dengan gula pasir ke dalam periuk.
Tuangkan santan sedikit demi sedikit. (Warna adunan menjadi kuning). Sebelum dijerang kacau dahulu adunan tadi supaya tepung tidak bergentel. Panaskan periuk tadi dengan api yang sederhana, kacau sehingga pekat, warnanya bertukar menjadi berkilat /jernih.(Andunan mestilah sentiasa dikacau supaya tidak melekat/hangus/berkerak). Masukkan jagung berkrim ke dalam adunan, kacau lagi sehingga adunan telah masak keseluruhannya. (Biar semua dah macam jernih). Lagi lama anda kacau, lagi bertambah pekat. Angkat dan tuangkan ke dalam talam. Sejukkan seketika dan anda boleh menikmatinya dengan gembira.

Tips:
Untuk kuantiti yang banyak anda hanya perlu menukar cawan dengan medium lain. (Tukar dengan cawan besar ke, tin tepung kastard tu ke, tin jagungpun boleh). Sukatan mesti ikut formula di atas (1 tepung,1 gula,4 santan). Insya Allah hasilnya tidak akan mengecewakan anda.

p/s: Kalau anda telah mencubanya, silalah tinggalkan komen anda di sini.

Cubalah dan sebar-sebarkan,

5 ulasan:

  1. Hai nice blog jom tukar link dgn sy,

    http://johnytim.blogspot.com/2009/06/exchange-link.html

    BalasPadam
  2. Pencuci mulut SEDIH ada tak.... Saya tengah bersedih nie Kak Dylla...!!! Please...!!!

    BalasPadam
  3. 1) Tim, terima kasih kerana sudi jengok blog saya. Lain kali sila singgah lagi.

    2) Adikku Anep, jgn dok bersedih tak baik. Bukan ke berdarah manis sekarang ni... (maklum byk minum air gula time berbuka), err silappp org tgh btunang kena ceria-ceria selalu.

    BalasPadam
  4. kak dila, meh sy tmbh idea camana nak nikmati puding tu. satu tin susu evaporated, gula secukup rasa, tepung jagung sesudu makan, kacau atas api yg kecil, pastu sejukkan. potong puding tu kiub2, tambah ngn buah2an koktel, siramlah ngn 'sos' yg dah sejukkan td. kalo ada anak2 buah..grenti deme serang yg ni dulu..hehe..

    BalasPadam
  5. Oooo ya ke yah.. TQ, nanti akak buat, lambatlah Yah beri idea ni..cuti sekolah dah habis. Tak apa, nnti ada masa akak cuba. Memang anak sedara suka benda2 camni, asalkan manisss.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!