Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Laptop yang comel.


Gembiranya aku hari ini, pucuk dicita ulam mendatang... Tak sangka-sangka, hari ini aku dapat memiliki sebuah laptop baru. Memang suka sangat, ringan aje. Tak susahlah nak bawa ke mana-mana. Kecil sikit daripada saiz paper A4. Mudah aku nak bawa ke kelas, nak-nak minggu exam ni. Kalau tak ada lappy, mesti mengantuk tunggu murid-murid selesai menjawab kertas ujian tu. Itulah sebabnya aku tak suka jadi pengawas peperiksaan.

Laptop baruku jenama ASUS Eee PC 1000H, taklah glamor sangatpun. Tapi aku tak kira, asal dapat memudahkan kerja aku serta dapat aku teruskan membebel dalam blog ni atau dapat jumpa kengkawan kat dunia facebook tu. Dua-dua hobi ni sangat memerlukan lappy yang 'mesra alam'.. kalau asyik 'hanging' aje hangin jugak rasanya.

Tapi aku tetap sayangkan lappy lama aku Acer Aspire yg skrin dia bersaiz 15 in tu. Banyak jasanya kat aku dan juga SKBR. Kalau hilang menangislah SKBR... Iyalah segala tok nenek data SKBR ada kat dalam tu. Maklumlah aku dah pegang data selama sekolah ni dibuka, daripada murid seramai 530 orang hingga sekarang 1780, daripada 25 orang guru hingga 110 orang sekarang ni.. Cuba anda bayangkan.. data emis, smm, bmm, prestasi, dblat, dbsmat, ptk, jadual waktu, utiliti itu ini.. macam-macam lagilah.


Jumaat, 30 Oktober 2009

Jangan Buka Aib Orang, Jangan Dedah Aib Sendiri




Best tak entri aku hari ini? Tertarik pulak aku dengan tajuk ni.
Untuk renungan kita bersama, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...

Hadis :

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

Kesimpulannya :
1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.
2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.
3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib peribadi orang lain di hadapan khalayak ramai.
4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik.

Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum kerananya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari).

Ya, Allah... ampunilah dosa-dosaku!

Rabu, 28 Oktober 2009

Kursus Guru Data di Klang

Hari ini, aku dapat surat kena gi kursus data emis. Kali ini kat Klang pulak pada 10 - 12 Nov 2009. Dah 2 kali aku kursus kat sana. 2007, kursus kat Genting View Resort (Data Murid) dan Sanctuary Resort, Cherating (Data Guru). 2008 tak gi mana-mana cuma kat PPD aje.

Aku kurang suka gi kursus jauh-jauh ni sebabnya:

1) suami dengan anak tak boleh ikut.
2) anak tinggal sorang-sorang bila dia balik sekolah. Abah dia balik kerja lambat (8.00 malam). Cian dia. Ni yang aku susah hati ni.. Nak tinggal kat rumah orang, susah sbb anak aku perempuan, banyak risikonya. Abahnya tak boleh cuti..

3) malas nak packing baju bagai...
4) kursus data tak leh nak bersantai, pagi, petang, siang malam dok mgadap laptop je..Penat woo, bukan penat badan tapi penat mata bila mengadap lappy lelama. Balik kursus, kepala menggong..toing! toing!
@/#&^!$% semua keluar..berpinau jik mata.

5) lagi satu, penat nak kendong lappy..kena bawak gi mana-mana. Takut kena rembat/kebas.
6) alangkah bestnya gi kursus macam ala-ala family day kan, boleh lepak-lepak.. main sukaneka, mandi laut, panggang2 ikan @
ayam, masak ketam, bakar udang.. huh, bestnyer...


p/s: tak apalah nanti aku snap gambar banyak2 kat sana...jadi photographer jap.



http://www.emocutez.com ...aku rasa macam nak pengsan sebab buat data tau.. dah 7 tahun, nak pencen 2010 tak direstui pulak oleh PK aku. Kalau ada guru2 sekolah aku yang baca entri ini dan berminat nak ambik tugas ni, dipersilakan dengan senang hatinya. Beritau aku, kalau malu email kat aku @ sms aku ye!!


Berkhidmat kerana Agama, Bangsa dan Negara, (nak tak nak buat ajelah...)

Selasa, 27 Oktober 2009

Penyakit Pneumonia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sepertimana yang aku janjikan sebelum ini, entri kali ini aku ingin berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca semua tentang penyakit Pneumonia. Sebut betul-betul.. jangan sampai tergeliat lidah, susah nanti.

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Tanda dan gejala.

Kadangkala Pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:
• Demam (39 - 40)C dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.

Bagi kes Pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.

Rawatan
Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap Pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
• Berehat secukupnya.
• Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor sekiranya....
• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih (38)C dan berterusan.
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru.

Untuk keterangan lanjut sila :[klik di sini]


Sekadar berkongsi,

Hospital KPJ Kajang

Balik sekolah hari ini, aku pergi melawat anak cikgu Mazura, Irfan (7 tahun) di Hospital KPJ Kajang. Aku pergi dengan ustazah Sharifah, cikgu Mariam, cikgu Marzatul Dashima dan anak cikgu Marzatul Dashima, Irfan ...(samalah pulak nama diaorang, umur aje berbeza).

Irfan mengalami simptom-simptom radang paru-paru (pneumonia). Dah masuk 5 hari dia dimasukkan ke hospital tersebut. Kesian pulak tengok dia, pucat aje..pertama kali dia mengalami simptom ni.

Nasib baik dia beritahu ibunya, dia sukar nak bernafas melalui hidung..Bayangkan kalau bayi yang kena, tentu susah ibu-ibu nak mengenalpasti sakit anaknyakan. Harapan kami semua, semoga Irfan cepat sembuh dan boleh ke sekolah seperti biasa.



p/s : Info tentang penyakit ini, nanti aku masukkan dalam entri lepas ni.

Pagi Isnin yang lawak.

Minggu ini kumpulan aku bertugas. Cikgu-cikgu yang terlibat Ust Hanif, Cikgu Zaimah, Cikgu Norazimah, Cikgu Kalsom dan juga aku..

Pagi semalam, aku dengan kak Zaimah sampai di sekolah jam 7.10 pagi. Awal kitaorang sampai tu. Kami terus pergi ke kantin kerana kak Zaimah bertugas menguruskan murid-murid RMT. Jadi akupun singgah kat situ untuk breakfast dulu.

Kami pun berbual-buallah seketika. Kak Zaimah bertanya kepadaku minggu ini kami ke yang bertugas? Aku kata tak..minggu ni kak Azlina yang bertugas, kerana pagi Jumaat lepas aku terdengar kak Ina kata minggu ni dia bertugas. So aku rileks ajelah..(kok tidak akulah yang kalut sekali.. Cikgu Jamhari mesti tau tu..) Kih, kih..

Bila dah minum, kamipun pergilah ke tapak perhimpunan. Oppss, apa dah jadi??? Cuba fikir apa dia.. rupa-rupanya perhimpunan belum mula lagi. Bila sampai kat situ, aku tengok Cikgu Azimah macam gabra je..laaaa betullah group kami yang bertugas... Apalah aku silap terdengar pulak.. So cemas jugak masa tu, nasib baiklah Azimah dah prepare awal. Selamatlah kami berlima.. Cuba bayangkan kalau Azimah terlupa, mau lintang pukang agaknya.. maklumlah kumpulan kami ni pemalu orangnya.. cam aku..simpan suara emas.

Minggu kami bertugas sebelum nipun, kecoh jugak.. Apa taknya, kes H1N1 lah.. selepas perhimpunan harian, kami terpaksa 'check' suhu badan murid-murid dulu. Kumpulkan kat foyer A, ramai pulak tu yang demam @ selsema @ batuk. Terpaksalah Ustaz Anep yang hantar diaorang balik rumah semula.

Yang kelakarnya Ustaz Anep sampai sesat-sesat nak balik ke sekolah. Hari kemuncaknya, bila dah ramai sangat yang demam..kami terpaksa menggunakan perkhidmatan orang lain untuk hantar diaorang seperti cikgu Suraya Hanis dan suami Ustazah Farahan. (Oppps, lupa pulak nak buat entri pasal Ustazah Farahan dapat baby boy baru-baru ini).

p/s : Wahhh, Ustaz Anep pakai baju baru pagi tu.. Patutpun berseri-seri, dapat hadiah baju dari Indon. (Aku kena selalu sebut Ustaz Anep ni, sebab dia sifu aku dalam dunia blogger ni, sorang lagi Ustaz Ezzudin..tapi dia sesi petang, so kami kurang berinteraksi..sekali-sekala je).



http://www.emocutez.com
Aku yang pemalu, hu hu hu..

Isnin, 26 Oktober 2009

DEN SAKIT HATI + BORING = TENSION.

"SAKIT HATI, BENGKEK, GHORAM, TENSION, BORING......
KENAPO JADIK MACAM NI??????

BAIK TAK PAYAH ADO,
DARIPADO ADOOO..

ADO.. TAPI MENYUSAHKAN OGHANG AJO.....@@@####
$ KITO, DIO NAK.. LAMBEK KANG DIPOTONG EH LINE KITO..

TAPI, TAPI, TAPI APO YANG KITO DAPEK... HAMPEH!!!!

BOLUM ADO SATU HAGHIPUN,
YANG DEN GHORAM + MAGHAH + TENSION YANG AMEK..

APO LAIE KALAU TAK DONGAN BROK BREK DEN NI...
(BROADBAND SEBONA EHH..).

NAMO AJO LIPUTAN 3G TERBAEK DI ABAD INI..
TAPI MACAM SIPOT MABUK AJO GAYO EHHH..

AREA DEN NI DAH ADO MACAM-MACAM 3G,
I V U 3G, DIGIT 3G, MEKZIS 3G, SELKOM 3G.. (best tak namo baghu ni?)

JADI SEPATUTNYO

BILO DAH ADO BANYAK PERSAINGAN,
KO BUEKLAH PERKHIDMATAN YANG TERBAEK PUNYO...

SEBOLUM NI, BULEHLAH DITERIMO DEK AKAL SBB LINE KO AJO YANG ADO.. TONTU GHAMAI PENGGUNO NYOR, MESTILAH LOMBAB..

NI TIDAKKKK, LAIE BYK PILIHAN.. LAIE KO LOMBAB CAM BADAK AIR.. GHIMAU BOTO.. HAMPEH.

DEN NI MASIH SETIO DGN KO, KWN-KWN DEN SEMUO DAH PINDAH
KAT LINE YANG LAIN.. PADAN MUKO KO.

POTANG TADI SIAN KAT AKAK OPIS DEN, PONEK DIO BAYA LINE KO MAHA-MAHA.. TAPI LINE CAM SIPUT SODUT YO..
AGAK EHH, KALAU DIO GUNO LINE CAM MEMBER2 DEN TONTU
DIO DAH TERSONYUM MANJANG DGN 3G DIO TU..

(Harap maaf, bahasa yg digunakan tidak sesuai untuk pembaca 18thn ke bawah)..
Den kok dah maghah, otometik keluar bahaso Din Beramboi ngan haji Nil ni..
Kalau tak faham sila gunakan bahasa Jerman. ya!!!


http://www.emocutez.comBla, bla, bla, bla, bla, blaaa...
http://www.emocutez.com
hah.. kan dah tebakar akak tu..


TENSION DEN DIBUEK EHH..

Ahad, 25 Oktober 2009

Selamat Harijadi ke 10 tahun, Ain

Opss, aku terlupa pulak nak buat entri ini..
alamat marahlah anak sedara aku ni.
Selamat Harijadi buat Ain yang ke 10 tahun.
Nama penuh dia ialah Ainaa Alyaa bt Radin Sadikin.
Gambar ni diambil pada 28 Jan 2001,
aku suka nengok gambar ni sebab dia tembab sangat,
tapi itu dulu.. sekarang dah kurus tinggi.
Semoga Ain menjadi anak yang solehah,
murah rezeki, panjang umur, bijak bestari.
p/s: Kalau nak cantik, kena makan sayur banyak-banyak.
Ain penakut makan sayur...

AL-FATIHAH

Semalam jam 9:25:48pm, aku mendapat sms daripada kak Mazeeta (GPK Kurikulum kitaorang). Aku dimaklumkan bahawa bonda Cikgu Asma bt Long telah kembali ke rahmatullah pada jam 9:10pm yang lalu. Terkedu aku buat seketika, aku dapat merasai apa yang kak Asma alami ketika ini..kerana aku telah mengalaminya pada 18 Okt 2001 yang lalu. Semoga kak Asma dan keluarganya tabah dan sabar menghadapi situasi ini.
Kepada semua pembaca yang sudi menziarahi blog ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah bonda kak Asma. Semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang beriman. Sesiapa yang mengenali arwah, harap dimaafkan segala kesilapan dan kesalahan beliau selama ini.

AL-FATIHAH,

Apakah maksud 'Menorrhagia'?

Hari ini aku nak berkongsi info kesihatan dengan semua pembaca blog ini. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Menorrhagia'? Bunyinya macam bahagia je kan..tapi seksa sebenarnya sebab mengalahkan orang lepas bersalin pulak.. (insiden 22/10/2009 - tempat: Kantin SKBR menjadi saksi...kih kih kih). Sapa tengok aje yang tahu..

Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam.

Sebab-sebab:
Kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Di antara sebab-sebab yang boleh dikenal pasti adalah:
• Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
• Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
• Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
• Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
• Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

Untuk keterangan lanjut, anda boleh baca/download kat [link] ini, atau anda google aje 'Menorrhagia'.

Aku ke tu..???

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bajet 2010

PEMBENTANGAN BAJET 2010:

1) BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM TAK ADA... PERMINTAAN CUEPACS TAK DILULUSKAN. HAKIKATNYA, KAKITANGAN AWAM PATUT BERSYUKUR KERANA KITA TELAHPUN MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN KHAS SEBANYAK RM500 TEMPOH HARI. KAKITANGAN SOKONGAN DAHPUN MENERIMA RM250 SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI YANG LEPAS DAN BAKINYA RM250 PULA AKAN DIBAYAR DISEMBER NANTI.

2) UNTUK KAKITANGAN GRED 41 KE ATAS MEREKA JUGA AKAN MENERIMA RM500 PADA DISEMBER INI.. JADI ADIL SEMUA ORANG DAPAT RM500..(Tak puashati lagi????...cari2lah income lain pulak, berniaga ke, kerja part-time ke...). Kalau nak bonus banyak, doa2kanlah semoga ekonomi negara kita bertambah baik.


SYUKUR ALHAMDULILLAH,

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sarapan Strawberi

Semalam, aku dan guru-guru SKBR bersarapan pagi dengan pelbagai jenis makanan. Selalunya hanya nasi lemak bungkus, mee/ bihun bungkus, tak pun nasi lemak Illa Kantin, karipap, donut dan beberapa lagi makanan yang sempat dibeli sebelum datang ke sekolah. Kadangkala coffee corner tu sunyi sepi aje...tak ada rezekilah nampaknya. Tapi selalunya meriah sakan, nak2 kalau ada guru-guru yang bawa makanan hasil daripada masakan mereka sendiri. Walaupun kami ramai, tapi insya Allah semua merasa, bak kata orang sikit sama sikit, banyak sama banyak..

Sarapan pagi semalam memang istimewa sekali.. nasi, udang masak tempoyak petai, sup ikan merah, keropok lekor dan yang lebih istimewa sekali ada pulak buah strawberi.. Fresh lagi.. Makan masakan ala-ala kampung, tapi pencuci mulutnya buah strawberi..kelasss gitu. Buah strawberi disponsor oleh Ticer Nurulhuda yang baru balik kursus di Cameron Highlands.. manakala masakan ala-ala kampung disponsor oleh Cikgu Nor'Aslinda.(taukeh besar sekarang ni..) Cikgu Linda dah banyak hari juga membawa sarapan yang istimewa2 ni..Moga si tukang sponsor dimurahkan rezeki selalu hendaknya termasuk sekali yang tukang makan..

Lihatlah gambar2 istimewa yang sempat diambil...pagi semalam.








Terima kasih daun keladi, kalau ada bawa lagi...

Khamis, 22 Oktober 2009

Pertandingan Sandwich Tahun 6

Program : Aktiviti Pasca UPSR 2009
Tajuk Aktiviti : Mr. MAMA (sandwich bikinla..)
Tarikh : 22 Okt 2009
Tempat : Bilik Kemahiran Hidup
Masa : 9.00 am -10.30 am


Penyelaras : Puan Fatimatun Zahrah bt Ghazali
Pen. Penyelaras : Puan Asma bt Long
Hakim 1 : Pn. Sharifah Noorzihan
Hakim 2 : Pn. Rosmawati
Hakim 3 : En. Jamhari
Jurufoto : Pn. Adilla




















Hakim (rasa) dah kepedasan nampaknya tu..





Sedap ke sandwich diaorang, Cikgu Jamhari ?

Ayah tak mengaku anak.

Siapa yang tak mengaku anak tu??? Gila ke!! Nyayok ke!!..
Apa pendapat anda? Patut ke seorang ayah tidak mahu mengaku anak kepada anak kandungnya sendiri.. Bagi aku memang patutpun kerana anaknya seorang yang kejam.. bersubahat dengan orang lain sehingga kematian anaknya sendiri..

Sambungan berita semalam. Petikan daripada Berita Harian Online.. (terima kasih kerana menyiarkan berita ini untuk kesedaran masyarakat kita.. 1 Malaysia).


Datuk kanak-kanak tiga tahun mati kena dera benci tertuduh, lelaki Sudan



KUALA LUMPUR: "Kelakuannya yang ketakutan sambil menunjukkan ke arah lelaki Sudan dan berkata 'takut-takut' masih terbayang dalam ingatan saya.

"Apabila tahu satu-satunya cucu saya meninggal dunia, saya meraung dan hampir pengsan. Kini saya terlalu benci kepada anak saya dan tidak lagi menganggapnya sebagai anak," kata Amran Mohd Said, 49, datuk kepada Alia Aiman, 3, kanak-kanak yang mati dipercayai didera ibunya bersama teman lelaki warga Sudan, di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras dekat sini, pada 12 Oktober lalu. ...

(sambungan sila klik tajuk di atas).

Zalim dan kejam.

Zalim, Kejam, Tak guna punya manusia. Tak berhati perut.

Eeeee.. sakitnya hati akuuuuu.. Kalaulah aku jadi polis memang dah lama aku sepak terajang manusia itu. Memang manusia itu tak berperikemanusiaan langsung..

Kenapa aku marahhh???

Semalam anda tengok tak berita kat tv? Tak tengok tv? (kenapa tak tengok... mesti tak nak tgk sbb anda parti pembangkang ni?) Oklah, tak apa tak tengok tv..

Anda baca suratkhabar Harian Metro muka depan sekali?
Tak baca suratkhabar juga??
Anti newspaper juga ke? Suka hati koranglah..Tak pa, sini aku ceritakan..
Tajuk Berita : Didera, dirogol, diliwat.

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

(Sambung baca di http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20091021080101/Article) Anda boleh lihat wajah anak yang tak berdosa itu di artikel tersebut (aku tak sampai hati nak upload gambarnya di entri ini).

Apa pendapat anda bila dah baca berita ini? Mesti sakit hatikan.. Itulah perangai sebahagian gadis Melayu ketika ini.. suka sangat kat orang luar..sehingga hilang sifat-sifat kemelayuannya.. sanggup tinggalkan keluarga, mak bapak sebab nak mengikutkan si jantan asing ni... mudah sangat terpedaya dengan kata-kata mereka..akhirnya diri yang terjerat. Apakah hukuman yang akan diterima oleh si ibu? Penjara seumur hidupkah atau gantung sampai mati?

p/s : Al-fatihah untuk arwah kanak-kanak tersebut, semoga berbahagia di alam sana.

(Askar2 dan polis2 kita penat berjuang kat negara dia (Sudan), rakyat dia kat sini buat benda-benda yang tak senonoh pulak.. elok hantar balik kat negara dia, bagi askar kita tembak sedas dua kat kepala dia.. amacam ok tak?)


Sedih sangat + geram sangat.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Cuti Deepavali

Aku cuti 4 hari minggu ini, mula 16 hingga 19 Okt 2009. (20 Okt 2009 sekolah semula). Cuti Deepavali. Seronoknya.. Open house banyak pulak.... tapi adik iparku Hafiz nak bertunang Sabtu ni. Tapi tak apalah aku cuma hadir mana yang aku sempat sahaja...Yang tak dapat pergi tu, harap tuan rumah tak marahlah hendaknya.

Apa lagi aku nak buat cuti ni???
Oppss, aku perlu@mesti@kena kemaskini data Online Okt minggu ni juga, sebab 21 Okt 2009 aku kena pergi kursus/mesyuarat Data di PPD Hulu Langat..Kalau tak siap nanti data Hulu Langat tak lengkaplah..kan dah menyusahkan orang lain tu.

Lagi, apa ya... rasanya nak berehat ajelah kat rumah, tak pun balik rumah abahku. Best jugak tu.



Anak abah,

Khamis, 15 Oktober 2009

Masak rendang kat sekolah.

Sifu (kak Fatimatun) sedang menurunkan ilmunya..
mula-mula masukkan bawang, halia, lengkuas, kunyit...
Lepas tu masukkan cili padi, tapi awasss,
jangan banyak sangat, nanti berasap telinga..

kacau jangan tak kacau, kalau malas kena potong gaji.. (iya ke???).

Cikgu-cikgi daripada Kelas Pendidikan Khas juga turut sibuk dalam aktiviti memasak rendang. Tengok tu, rajin betul cikgu Haslinda dengan cikgu Hashidah.
Ni, ustazah Noriani.. kalau tengok gaya memang macam pakar masak original. Ala-ala chef Wan gitu.. sama laju tangan dengan mulutnya bekerja. Elok-elok, jangan tempias pulak ya! Murid-muridpun berminat nak masak rendang..baguslah tu, tercapai objektif program kita.
Anak murid pulak nak tunjuk skill diaorang..kacau ya dik, nanti boleh makan rendang sama-sama..
"murid rajin, cikgu senang"..keh,keh,keh...senang hati gamaknya.

Ni antara rendang yang kami masak hari tu, ada rendang daging
dan ada rendang ayam..semua orangleh rasa. Sodap hingga menjilat jariii...

Ni pulak crew di sebalik tabir @ tiang..mencucinya sikit aje, tapi basah kuyup macam mencuci pinggan mangkuk satu restoren..Hemm, lepas geramlah tu, maklumlah dah habis UPSR..
( Najwa, nama x tau, Nadia dan Syahirah).
3 orang tu kenal sangat sebab anak murid aku..
nanti update kemudian.
Rajinnya..anak siapalah ni??? Terima kasih banyak-banyak sebab kauorang rajin membantu guru-guru. Moga cemerlang dalam UPSR akan datang ni..

p/s : Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat termasuk Surau Tmn Bangi Jaya (Wak Leman) yang sudi meminjamkan kawah, tungku dan sudip yang besar-besar belaka. Terima kasih daun keladi!

Khamis, 8 Oktober 2009

Ketupat Palas @ SK Bandar Rinching

Hari ini aku dan AJK Masakan 'Sambutan Rumah Terbuka @ SK Bandar Rinching' mula menjalankan aktiviti memasak seawal 7.30 pagi..Maknanyer mula je sekolah, kami dah sibuk nak memasak. Untu entri pertama bab masak-memasak ni aku post dulu aktiviti membuat/memasak ketupat palas. Bagi menjimatkan tenaga, aku letak gambar aje dulu.. Cerita cerita aku selitkan sikit-sikit aje sebab penat sangat ni.

Cikgu Fatimatun sedang menunjukkn cara-cara menganyam ketupat palas. Cikgu Mariam telah berjaya membuat sarung ketupat palas.



Kak Nurul dengan gaya duduk macam anak dara nak kena pinang sedang khusyuk menganyam
.



Cikgu Siti Hajar sedang merenung apa, agaknya ye? Sedang bercadang nak pos ketupat palas ke Sudan kot.




Semuanya ceria aje semasa belajar membuat sarung ketupat palas. Dari kiri : Cikgu Asma, Ticer
Nazliah B, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Mariam dan sifu memasak Cikgu Fatimatun (kaunselor serba boleh).


Pusing-pusingkan, jangan jari pulak yang terpusing..masalah nanti.













Tarik aje ekor, maka
dah jadilah ketupat palas tu.










Cikgu Asma dengan Ustazah Sharifah Noorzihan sedang tekun belajar menganyam ketupat palas.
Tengok cikgu yang mengajar tu, bersungguh-sungguh nampaknya.


Heh, kenapa pulak dengan Ustazah Sharifah ni.. menangis ke suka? Tentu suka dah dapat belajarkan.



KETUPAT PALAS RENTUNG????...... nasib baik tak rentung betul-betul. Kalau tidak tak raya esok nampaknya.. Sedang kami berborak-borak petang tadi tiba-tiba........kami dikejutkan dengan bau hangit..apa lagi paniklah kami. Apa taknya ketupat kami dah hangit.. Tengok gambar di bawah ni..


7 orang cikgu gempar ketupat palasnya hangit...(lam gambar ada 6 aje, mana lagi 1..akulah tu, jurufoto jangan lupa pulak).












Inilah rupanya yang hangit tadi..tapi tak apa tak ada ketupat yang cedera cuma yang terburai ada 1 aje.. tengok tu ketupat tak ada 'baju'.

Ketupat palas @ SK Bandar Rinching versi pertama kali..2009

































Jurufoto x bertauliah,