Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Citra cium Waja.

Entri cam bagus aje..

Drama Sebabak pagi Khamis 01/10/2009

MULA : Semalam aku ada taklimat data dbLAT kat PPD Hulu Langat bersama-sama dengan Pn. Zahora (Guru besar sekolahku..). Aku sampai lewat 5 minit kerana ada accident kecil di depan Esso Semenyih, biasalah kat situ mesti "jem"lah. Aku nampak Kenari berlanggar dengan sebuah motor (penunggang motor tu berjalan terhencut-hencut aje..mesti dia yang accidentkan). Maka terganggulah perjalanan aku pagi tu.


AKHIR : Sebaik selesai taklimat itu, aku terus aje ke tempat parking. Semasa aku hampir dengan keretaku, aku agak kehairanan melihat lampu belakang Wajaku dah hancur berderai...Biar betul, aku parking comel aje pagi ni, takkan ada orang nak ketuk lampu tu.. Bila dah dekat baru aku ternampak lampu belakang kereta Citra yang berada di sebelah belakang akupun lampunya pecah sama sebijik cam keretaku..
Laaa.. rupanya Citra Pn. Guru Besar (sebuah sekolah di bandar Kajang) tu dah mencium Waja aku.. Ooooo TIDAKKKKKK !!! Ni yang aku lemah ni. Waja aku tu walaupun comot (
SUCI DALAM DEBU) tapi lum pernah lagi accident. (Calar sikit-sikit tu adat la. Biasalah masuk kampung keluar kampung). Nasib baik Pn. Zahora lum keluar dewan lagi, kalau tidak tentu dia suspen cam aku jugak.. Inilah agaknya BADI nengok accident pagi-pagi. Apa nak buat Waja tupun nak bersolek jugak sekali-sekala. Redha ajelah..


WAJAku telah ternoda, huk! huk! huk!...(ni yg nak nangis ni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!