Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 15 Oktober 2009

Masak rendang kat sekolah.

Sifu (kak Fatimatun) sedang menurunkan ilmunya..
mula-mula masukkan bawang, halia, lengkuas, kunyit...
Lepas tu masukkan cili padi, tapi awasss,
jangan banyak sangat, nanti berasap telinga..

kacau jangan tak kacau, kalau malas kena potong gaji.. (iya ke???).

Cikgu-cikgi daripada Kelas Pendidikan Khas juga turut sibuk dalam aktiviti memasak rendang. Tengok tu, rajin betul cikgu Haslinda dengan cikgu Hashidah.
Ni, ustazah Noriani.. kalau tengok gaya memang macam pakar masak original. Ala-ala chef Wan gitu.. sama laju tangan dengan mulutnya bekerja. Elok-elok, jangan tempias pulak ya! Murid-muridpun berminat nak masak rendang..baguslah tu, tercapai objektif program kita.
Anak murid pulak nak tunjuk skill diaorang..kacau ya dik, nanti boleh makan rendang sama-sama..
"murid rajin, cikgu senang"..keh,keh,keh...senang hati gamaknya.

Ni antara rendang yang kami masak hari tu, ada rendang daging
dan ada rendang ayam..semua orangleh rasa. Sodap hingga menjilat jariii...

Ni pulak crew di sebalik tabir @ tiang..mencucinya sikit aje, tapi basah kuyup macam mencuci pinggan mangkuk satu restoren..Hemm, lepas geramlah tu, maklumlah dah habis UPSR..
( Najwa, nama x tau, Nadia dan Syahirah).
3 orang tu kenal sangat sebab anak murid aku..
nanti update kemudian.
Rajinnya..anak siapalah ni??? Terima kasih banyak-banyak sebab kauorang rajin membantu guru-guru. Moga cemerlang dalam UPSR akan datang ni..

p/s : Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat termasuk Surau Tmn Bangi Jaya (Wak Leman) yang sudi meminjamkan kawah, tungku dan sudip yang besar-besar belaka. Terima kasih daun keladi!

2 ulasan:

  1. Wow! semangat betul cikgu menulis blog. Berbagai kisah dan pengajaran ... tentang kisah murid dan guru... semoga cikgu terus maju jaya.

    BalasPadam
  2. En. Ihsan Lim, terima kasih kerana sudi menziarahi blog saya. Ia cuma secebis kisah kita sebagai seorg pendidik.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!