Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 6 Oktober 2009

GURU vs MURID?

Hari ini aku berkesempatan menengok guru-guru tahun 6 lawan bola jaring dengan murid-murid tahun 6 (wakil sekolah). Kelakar aksi diorang, maklumlah dah veteran semuanya..pakar-pakar pulak tu..
First round aje, dah ada cikgu yang tergolek kat padang. Apalagi sakit perutlah penonton-penonton kat padang tu. Majoriti penonton murid-murid kuatlah sorak diaorang. Walau bagaimanapun, mereka tak dapat nak menandingi kehebatan guru-guru diaorang. Cikgu-cikgu pulak banyak aksi terlampau, main sikit aje tapi mulut mak aii, becoknyer. Boleh kena buang padang tu... kak Ros steady aje jadi referee.
Minuman guru punyalah class.. sirap bandung ais krim soda..tajaan Guru Penyelaras Pertandingan Cikgu Aslinda. Sapa yang ada kencing manis tu dinasihatkan supaya berpada-padalah minum tu yer.. Menang memang menang, tapi takut nanti kena dok hospital Kajang pulak. Tengoklah gambar champion2 kat bawah ni.

Gambar 1 : Cikgu-cikgu yang sporting.. and dapat release tension lepas UPSR.. (Cikgu Zalina, Ticer Nazliah B, Cikgu Azwati, Ticer Nurul, Cikgu Aslinda, Pn. Noriani & Pn. Fatimatun (tergolekpun maintain).
Termasuk Juruletih :Ustzh Sharifah dgn Cikgu Rosmawati (jurutiup wisel).


Gambar 2 : Murid-murid yang tak menang (kalahlah tu... wi, wit). Cuba lagi tahun depan, jangan kecik hati.. Fareena, Zamaliah, Hasanah, Syahirah, Najwa, Ariffah dan Fatin.


Cikgu-cikgu yang cukup bertenaga.. dari mula hingga tamat permainan.
Hidup Ganu!!! Senyum sokmolah.
Murid-murid yang berdaya saing dengan semangat juang yang tinggi.. Good luck.
Esok semi-final dengan final. Kumpulan yang jadi juara akan dilaporkan nanti..


Pemerhati aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!