Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 10 Disember 2009

Abah, oh abah!!!

Copy of IMG_0671

Kali ini aku nak cerita tentang abah aku..Malam ni aku tido kat kampong lagi..Seronoknyer..tapi tak ada lak anak sedara sorangpun, cuma kami 3 beranak aje menemankan abah malam ni. (Sebenarnya, aku kena siapkan akaun projek ikan keli abah sebab esok abah nak hantar kat pejabat LPP Sri Klana Lenggeng...so malam ni mestiii siap!) Nasib baik darling aku cuti esok..(Selangor aje tau!)

Mesti abah rasa sunyi sebab dah 2 minggu adik aku dengan family dia dok kat kampong. Hiruk pikuk cucu-cucu dia sejak daripada hari raya Aidiladha lagi. Tapi hari ni dah sunyi sepi.. maklumlah abah aku masih single n available lagi..Aktiviti harian abah yang biasa pun bermula. Sarapan pagi kat Kedai Kopi Ali. Makan tengah hari, kalau rajin abah makan kat kedai, kadangkala beli lauk masak aje.. kalau malas keluar, abah masak sendiri..tapiii kalau malas sangat atau letih sangat abah tak makan tengah hari.makan biskut aje.. takpun roti. Kesian kat abah.

Hari ni abah meracun rumput keliling rumah (bukannya banyak rumput, kalau lagi 2 minggupun takkan jadi semak-samun).
Semalam abah beritahu aku nak meracun 3 tong aje, malam ni aku tanya, abah kata 5 tong. Ya, Allah banyaknya...racun tu banyak tak apa, tapi abah yang penat nanti. Patutpun masa makan malam tadi aku nengok abah berpeluh-peluh. Dia tunggu aku balik malam tadi..aku sampai, nengok nasi dan ikan goreng dah terhidang di meja. Aku lak bawa ikan goreng sambal..kami makan sama-sama. Tengah hari tadi rupanya abah tak makan nasi, dia cuma makan kuetiow goreng aje kat Kedai Ani Sup Utara di Pelangi Semenyih. "Kenapa abah tak makan nasi?". "Abah nengok kuetiow tu macam sedap je". Tapi sedap ke??? Entahlah, tak tanya abah tadi.

Camtulah abah kalau sorang-sorang... Bilalah aku nak duduk dengan abah ni??? Hubby aku kata bila rumah aku ni ada "harga" untuk disewa, jom kita duduk rumah abah.. Tapi bila ya?? Projek Pejabat & Perumahan Polis di Pelangi Semenyih tu lambat sangat siapnya.. Tak silap aku, dah terlebih tempoh tu.. Cepatlah siap, aku nak duduk kat kampung. Aman damai je..

Aman nyer duduk kampung!!! (walaupun internetku slow..)

2 ulasan:

  1. ..betapalah kan kita perlu mengasihani ibu bapa kita semasa mereka ada ataupun tiada. Sy td pun baru call mak, ngadu demam, batuk+sesema+sakit pala, complete. walau tiada ubat yg mak bagi masa kat tepon, tp dgr suaranya, dpt ngadu, dah jd terapi yg sgt bmakna. Mintak mak doakan cpt sihat, mintak mak bacakan yaasin, sedekahkan fatihah, suh mak smbhygkan hajat, sbb risau nk exam, tp xsihat. sy lbh yakin doa mak makbul. Mak ckp, tu dah jd 'trademark' sy, tiap kali nk exam mesti mintak mak buat suma2 tu, cuma sy yg satu2nya anak dia lain 'pesen' katanya. sy xpedulik, sbb tiap kali anak2 nk exam, itu juga yg sy buat, mohon dibukakan jalan dgn fatihah dan surah yaasin, moga dipermudahkan. sy cuma ada mak..bapa dah xda..akak ada abah..single and available..jom kita match kan..mau aku kene pelangkung ngn mak..ngeh2ngeh...

    BalasPadam
  2. Keh,keh,keh...mau tegelak besa abah akak nanti. Emak ddah pergi genap 8 tahun, ramai yg cuba matchkan.. tp x responpun. Entahlah Yah, abah akak mmg dah biasa cam tu sbb abah akak dulu askar masuk hutan berbulan2 bertempur dgn komunis..jaga sempadan negara antara M'sia dgn Siam. Masuk hutan anak baru lahir, habis operasi anak hampir pandai berjalan.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!