Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 23 Disember 2009

Resepi Kek Oren


Gambar sumbangan daripada web photobucket.

Entri aku hari ini ialah resepi kek perisa oren.. ala ini kiranya resepi asas untuk buat kek. Resepi orang tua-tua. (Resepi ini diminta oleh sahabatku, Khairiah di Birmingham, London).

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir (dikisar)
1 cawan marjerin/planta
5 biji telur ayam
1 1/2 @ (1 cawan setengah) tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar sunquick
sedikit parutan kulit limau sunkist
sedikit pewarna oren

Cara membuatnya:
1. Putar gula dgn marjerin sehingga kembang.. (asalnya marjerin warna kuning.. bila dah kembang ia bertukar menjadi keputih-putihan).
2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar. Jangan masuk sekaligus ya.
3. Masukkan esen vanilla, putar lagi.
4. Ayak tepung naik sendiri dengan tepung gandum. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana/ perlahan. (Bila dah masuk tepung, tak boleh diputar laju).
5. Putar sehingga sebati.
6. Masukkan perisa Sunquick, parutan kulit limau sunkist dan pewarna oren. Putar sekejap.
7. Akhir sekali bancuh susu pekat manis dgn sedikit air suam, dan masukkan ke dalam adunan tadi. (Air suam tu kalau boleh sedikit sahaja).
8. Ambil acuan kek, oleskan sedikit marjerin serta taburkan sedikit tepung. Pastikan tepung menutupi lantai acuan tersebut. Tujuannya untuk mengelakkan kek melekat pada acuan itu.
9. Masukkan bancuhan ke dalam acuan kek. Masukkan ke dalam oven.
10. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu sebelum dimasukkan adunan kek kita tadi.
11. Biarkan 45 min atau lebih. Untuk memastikan kek dah masak, ambil lidi cucukkan di tengah-tengah kek. Jika adunan tidak melekat pada lidi tu.. maknanya kek dah masak.
12. Lepas tu, pandai-pandailah nak buat apa bila kek dah masak...

p/s: Kalau nak buat kek perisa coklat pun boleh, ikut adunan ni juga cuma tukarkan oren dengan serbuk coklat/koko. Bahan yang lain suma sama.

Selamat mencuba resepiku ini.. kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap beritahu aku semula.. Boleh di'adjust' semula, mana silapnya..

4 ulasan:

  1. ..terima kasih kak..sy nk cuba buat kek nih tday..

    BalasPadam
  2. SALAM KAK,
    tday kali kedua sy buat kek nih, kali nih buh pandan lak..tima kasih byk2 for d resepi simple n kira ok la kat sy ni yg mmg suka masak yg senang2. kwn2 lain leh try, ikut btl2 step k.dila bagi tu, cam kalo dah buh tepung jgn putar laju..

    BalasPadam
  3. Bagus betul murid akak ni.. senang faham dan rajin buat latih tubi. Hi hi hi. Lepas ni buat lak kek coklat... ubah bahan je. Oren tukar coklat.

    BalasPadam
  4. Assalam kak...saya nk cuba buat kek ni..

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!