Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 26 Oktober 2010

Berita Gembira 2011...(hal kerja...)

Hari ini saya ada cerita gembira tentang profesion perguruan [kerja hakiki] saya... Malangnya saya tidak diberi hak untuk menceritakan hal ini kepada pengetahuan umum...hanya boleh diceritakan bila pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pentadbir..

Kalaulah saya dapat kebenaran itu sekarang, alangkah seronoknya saya berkongsi cerita gembira ini dengan pembaca semua... sesuatu yang saya minta selama ini... sebelum ini seronok juga, tapi 2011 lagilah seronoknya.. Apa yang seronok tu ya??? Tak apa, tidak berapa lama lagi... tahulah anda semua tentang berita gembira itu. Rasa andapun gembira macam saya jugak tu... sebelum tahu ni, anda menekalah dalam kesamaran dulu ya... hehehe..

Terima kasihlah kepada pihak pentadbir yang memahami dan mengerti atas permintaan saya itu.. Jasa baik anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih...

Khamis, 30 September 2010

Adikku Seorang Raja.

Kali ini saya nak bercerita tentang seorang adik angkat baruku.. NAIM.. [bukan sekolah naim lil banat ye..] Cara saya mengenali beliau agak unik.. Persahabatan yang terjalin berpunca daripada nombor telefon baru saya..tak sangka pengguna sebelum ini seorang yang amat dikenali ramai...akibatnya nombor saya jadi hot line plak...

NAIM, seorang pegawai pertanian yang bertugas di Alor Setar Kedah, umurnya baru 26 tahun..maknanya semasa saya mula menjadi guru pada tahun 1991, beliau baru darjah 1... kira anak murid sayalah ni kan.. Gara-gara dia nak menghubungi rakan lama dia [pengguna sebelum saya tu..], kami pulak yang berkenalan.. maklumlah saya ni agak peramah sikit...peramah tapi pemalu..camana tu.. hihi

Adik Naim ni, saya nak beri gelaran Raja.. Raja SMS..hahaha. Mawi Raja SMS, orang yang afundi dia.. tapi Naim ni dia yang sms oranglain.. memang rajin sangat sangat.. dah tu lawak plak orangnya. Kalau boring, bolehlah sms dia, pasti dibalas dengan cepatnya.. kalau kita tak ada kerja, bolehlah bersembang dengan Naim.. memang tak pernah habis sembangnya.. ada je cerita...tau tau kredit kita yang tinggal ciput..takpun kita terlelap sambil pegang handphone... lawaklah bila ingatkan adik Naim ni..

Kalau sms makwe atau awek, mungkinlah camtu gayanya... ni sms akak angkat jer. Bayangkan macam manalah dia layan makwe dia..??? Mungkin 1saat 5sms agaknya..atau lebih daripada itu... pasti makwe dia tak pernah rasa boring. Pada saya, jika kita dah biasa bersms dengan seseorang... tetapi jika 1 hari dia tak sms kita, mesti kita rasa semacam...pelbagai yang timbul di dalam fikiran kita.. "sakitkah dia, lupakah dia kat kita, dah benci ke..." susah jugak kalau sesuatu yang dah jadi kebiasaan tetiba jadi macam tu. mesti kita fikir yang bebukan.. Apa-apapun kita hendaklah berfikiran positif jika keadaan seperti ini terjadi...  [iyalah tu..entah-entah dah nangis..huhu]

Naim, kehadiran Naim menambahkan lagi jumlah kawan-kawan kak Dilla...menceriakan dan menggembirakan akak.. kadangkala geram jugak tau.. apa taknya ada je soalan yang nak menggenakan kak Dilla semula. Jika ada salah silap akak kat adik, maaf banyak-banyak ye..kalau sms tak berbalas, adik dah fahamkan kenapa.. Semoga selamat dalam perjalanan balik ke kampung dan sampaikan salam akak kat keluarga Naim..

"Bertemu Buku Dengan Ruas", hihi
 

Rabu, 22 September 2010

Minggu-minggu airmataku...

Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi menziarah blog saya yang tak seindah mana ni... Saya cuma ingin berkongsi pasal emosi saya minggu ini. Tak tahulah saya mengapa minggu ini bermula dari hari Sabtu lepas hingga hari ini, airmata saya masih tak kering lagi. Mudah sangat menitis dan mengalir laju... Sebak di dada semakin bertambah diiringi dengan kesunyian dan kelukaan yang makin mendalam.. Kenapa saya semakin sensitif bab hati dan perasaan ini.

Susah nak digambarkan bagaimana rasanya, jika kita dilukai saban waktu hingga terasa hati kita makin kosong tak berjiwa. Sepi dan sunyi sangat, bila kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada insan yang kita sayangi. Kadangkala terasa diri ini seumpama pengemis cinta di tepi jalan. Kasih dan sayang kita yang utama sudah semestilah kepada Allah Yang Maha Esa, namun pada itu kita juga perlu merasai kasih sayang sesama manusia juga. Bohonglah kalau ada yang mengatakan dia tidak perlu kasih sayang insan lain...

Kadangkala terfikir juga di benak ini, "tak layakkah aku untuk disayangi, dikasihi dan dicintai? Hina sangatkah aku di mata mereka?".. Tapi bila sedar kasih sayang dan cinta itu tidak perlu dipaksa, hati mula reda semula dalam keterpaksaan menerima hakikat ini.. Sedar cinta yang ikhlas tak perlu balasan.. cuma keliru dengan kasih sayang yang pernah mereka lafazkan pada saya.. Adakah kasih sayang mereka hanya sekadar di bibir sahaja?? Atau hanya sebagai pemanis bicara dan penyedap hati... atau sekadar lakonan semata-mata.. Hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.. siapa saya untuk mengetahui rahsia Allah..

Sabarlah hati, tenanglah jiwa... pasti ada sinar untukku nanti. Insya Allah.

Rabu, 1 September 2010

Indahnya Ramadan...

Tajuk entri saya ini sangat menarikkan...Sememangnya Ramadan itu sangat indah, cuma saya ingin berkongsi kisah Ramadan ini dengan kehidupan saya... Bagi saya Ramadan pada tahun ini luarbiasa daripada Ramadan yang lepas-lepas. Lain sangat-sangat rasanya.
Pada kebiasaannya, saya berbuka puasa dengan ahli keluarga sahaja... dan tidak pernah lagi berbuka puasa bersama-sama teman persekolahan saya dahulu. Namun Ramadan 2010 ini, Allah telah kurniakan saya suatu pengalaman yang sangat bermakna.. Siapa yang tak gembira bila dapat berbuka puasa bersama teman -teman tersayang yang dah terpisah hampir 22/24/26 tahun...lama sangat kan..baru bertemu kembali tahun ni..
Saya bersama teman sekelas dan juga bersama 2 org senior saya ...
Situasi begini tidak pernah dijangkakan, diduga dan diminta pada Yang Maha Berkuasa...(tak tercapai dek akal saya..lebih-lebih lagi dapat berbuka puasa bersama insan2 yang teristimewa di hati ini...huhu...) Tidak pernah terlintas di hati ini akan dapat berbuka puasa bersama-sama mereka... Tanggal 27 Ogos 2010 menjadi tarikh yang bersejarah (cuti Nuzul Al-Quran bagi Selangor) dan pasti akan saya kenang sampai bila-bila..Banyak kisah lucu yang terjadi.. Pada mulanya memang suspen, namun akhirnya membahagiakan..chewahhh...
Terima kasih tidak terhingga kepada teman saya Mohd Azhar yang sudi menaja "Pakej Ramadan Buffet" kami, semoga murah rezeki hendaknya. Tidak ketinggalan juga buat abang Ramli, Khairani, Kak Nafsah dan Shima ... Terima kasih juga buat Shima di atas pemberian pudingnya yang sangat sedap...(pergi berbukapun dapat hadiah pulak..) Kenangan di Empress Salak Tinggi, Sepang sangat berharga ..kerana kebebasan itu sangat terbatas  buat saya.. Alhamdulillah.. jika dah rezeki kita, ia takkan pergi ke manapun..
Adakah kita akan bersama lagi pada Ramadan yang akan datang??? Insya Allah dan tungguuuuuuu....


Syukurku PadaMu Ya Allah...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ampuni Aku Ya Allah !!!


Tak tahulah kenapa minggu ini saya suka sangat mendengar 2 lagu/nasyid ni (link di facebook saya).

1) PadaMu Ku Bersujud (27/07/2010)..
Bila dengar lagu ni tak sedar airmata turun dengan lajunya... terasa banyaknya dosa yang telah saya buat dan terasa begitu jauhnya diri ini daripada Maha Pencipta. Rasa bahagia yang dipinjamkan pada saya kini, amat bermakna sekali tetapi kebahagiaan ini menjadikan saya rasa sangat berdosa pula. Sukar untuk saya luahkan di sini, bagaimana saya dibelenggu dengan 1001 persoalan dan tanda tanya, adakah kebahagiaan ini akan menjadi milikku selamanya atau sekadar singgah sebentar cuma.. Kebahagiaan yang belum pernah kualami dan belum pernah ku lafazkan sebegini...
Lirik yang sangat berkesan di hati ini:
"Kau tempatku meminta, Kau beriku bahagia, Jadikan aku selamanya, HambaMu yang selalu bertakwa, Ampuniku Ya Allah, Yang sering melupakanMu, Saat Kau limpahkan karuniaMu, Dalam sunyi aku bersujud".

2) Permata Yang Dicari 04/08/2010
Permata yang saya cari selama ini telah saya temui, namun sukar untuk diterima akal masih adakah peluang untuk memilikinya atau adakah saya hanya dipinjamkan sekadar untuk melihat dan merasai kilauannya sahaja... Ya Allah, Ya Tuhanku... dugaan ini amat berat dirasakan ketika dan pada saat ini...Kekosongan dan kesepian kini telah terisi cuma hadirnya telah terlewat namun amat membahagiakan... Salahkah anugerah ini terus saya rasai???...
Lirik ini begitu menyentuh perasaan saya...
"Ya Allah, Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Damaikanlah hatiku, Dengan ketentuan-Mu, Dialah permata yang dicari, Selama ini baru kutemui, Tapi ku tak pasti rencana Ilahi, Apakah dia kan kumiliki, Tidak sekali dinodai nafsu, Akan kubatasi dengan syariat-Mu, Jika dirinya bukan untukku, Redha hatiku dengan ketentuan-Mu".

Ampuniku Ya Allah, Yang sering melupakanMu,





Ahad, 15 Ogos 2010

Persatuan Bekas Pelajar SMAA/SMAD Klana 2010

Antara bekas pelajar yang hadir pada majlis ini.
Pada 31 Julai 2010 bersamaan 19 Syaaban 1431H, dengan rasminya tertubuhlah Persatuan Bekas Pelajar SM Agama Ampangan / SMA Dato' Klana Petra Ma'amor yang telah dirasmikan oleh Ustaz Solahuddin bin Abd Rahman, selaku Pengetua SM Agama Dato' Klana Petra Ma'amor sekarang.

Kehadiran bekas-bekas pelajar agak memuaskan juga. Walaupun sebenarnya, saya sangat berharap agar bilangan yang hadir lebih lagi daripada itu. Namun apakan daya masing-masing terikat dengan tugas serta agenda tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir pada hari ini. Setinggi-tinggi terima kasih jua kepada Ahli Jawatankuasa Penaja yang sama-sama terlibat dari awal perancangan hingga tertubuhnya persatuan kita ini. Sumbangan jasa dan idea anda sangat bermakna sekali. Tanpa sumbangan dan komitmen anda semua, pasti perancangan kita ini tidak akan berjaya dilaksanakan.

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi sesi 2010/2012 ialah:
1)   En. Samsuri Ayob [Pengerusi]
2)   Pn. Hashimah Ibrahim [Naib Pengerusi]
3)   Pn. Nor Hadilla Hj Mohd Yusof [Setiausaha]
4)   Pn. Nor Hashima Hassim [Naib Setiausaha]
5)   En. Mohd Azhar Mohd Ali [Bendahari]
6)   En. Jamaluddin Mohd Dom [AJK]
7)   En. Mohd Zairi Hj Abd Razak [AJK]
8)   En. Mohd Yuzamry Hj Mohd Yusof [AJK]
9)   En. Nordin Mohd Tahir [AJK]
10) En. Asman Junid [AJK]
11) Pn. Fathiah Yusof [AJK]
12) Pn. Khairani Ismail [AJK]
13) Pn. Nafsah Kassim [AJK]
14) Pn. Nurul Aishah Jaafar [AJK]
15) Pn. Roslida Zainuddin [AJK]
16) En. Ramli Bujang [Pemeriksa Kira-kira]
17) Pn. Norhayati Musa [Pemeriksa Kira-kira]

Saya selaku setiausaha, sangat mengharapkan sokongan dan dorongan daripada semua bekas pelajar SMAA/SMAD Klana agar dapat membantu kami AJK Persatuan ini di dalam apa jua perancangan atau program yang akan dan bakal kita laksanakan nanti. Di samping itu juga, sama-samalah kita menjejaki bekas pelajar SMAA/SMAD Klana yang berjumlah seramai 15 ribu orang itu. Jika ada teguran ataupun cadangan, sila kemukakan kepada barisan AJK yang telah dilantik ini, supaya dapat diperbincangkan nanti.

Yang Menjalankan Tugas,

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam 1 Ramadan...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam 1Ramadan buat semua pembaca. Saya memohon ribuan keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat tuturbicara saya, yang menguris hati dan perasaan pembaca semua selama saya mencoret di sini. 
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Semoga ibadah puasa kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita.. Insya Allah dan Aminnn...
"Selamat berpuasa semua... jangan ponteng-ponteng tau !!!".

Selasa, 3 Ogos 2010

Perginya Sebutir Permata SMAA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca..
Hari ini saya telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang bekas guru saya, semasa saya belajar di SM Agama Ampangan dahulu. Semalam saya menerima perkhabaran bahawa Ust Badaruddin [Ust Badar] koma di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Oleh itu, saya bersama teman baik saya Khairani bercadang untuk melawat beliau di hospital pada hari ini jam 4.30 petang. Namun pada pukul 11.11 pagi tadi, saya mendapat sms daripada sahabat saya Zarina Zuber, memaklumkan bahawa Ust Badar telah kembali ke rahmatullah. Saya terkedu seketika, kerana hasrat saya untuk berjumpa beliau ketika hayatnya tidak kesampaian. Hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekahkan ketika itu.

Saya mengenali beliau semasa saya tingkatan 3, beliau mengajar Bahasa Inggeris. Arwah sangat dikenali terutama di kalangan pelajar-pelajar Aspuri. Apa tidaknya, beliau sangat perihatin bab stokin dan tudung kami.. sentiasa memesan supaya kami memakai stokin kaki dan bertudung labuh.. Kadangkala bila terserempak dengan beliau, otomatik ada yang menyorokkan kaki masing-masing daripada pandangan beliau.. terutama pada sesiapa yang tidak berstokin..Ust Badar sungguh sinonim dengan kisah stokin dan tudung labuhnya oleh semua pelajar puteri.

Pukul 3 petang, saya dan Khairani sempat menziarahi jenazah allahyarham ustaz di Taman Paroi Jaya bersama beberapa orang sahabat yang lain. Antaranya kak Hashimah Ibrahim, kak Fathiah Yusof, kak Nafsah Kassim, Asman Junid dan Mohd Azhar Mohd Ali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah. Ustaz sentiasa segar dalam ingatan kami, perginya sebutir permata SMAA.

Suasana di perkarangan rumah arwah Ust Badar di Taman Paroi Jaya, Seremban. (Ust Hj Kassim berjubah putih).
Pergi tak kembali...
Terima kasih Ustaz di atas segala tunjuk ajarmu, Al-Fatihah.

Jumaat, 9 Julai 2010

Ucapkanlah Selagi Peluang Itu Masih Ada...

Hari ini saya teringin sangat nak letakkan lagu ini kat sini.. Lirik-lirik lagu ini cukup bermakna dan terkesan sekali pada saya... emmm, entahlah camana nak beri ulasan tentang lagu ini ya.. Jadi layan sama-sama ..



Selalunya peluang itu hadir cuma sekali, jadi gunakanlah peluang yang ada sementara kita masih sempat mengapainya... Semoga kita tidak akan menyesal selamanya... huhuhu....

Khamis, 22 April 2010

Kumpul rakan-rakan lamaku..

Mulai Mac 2010, saya telah menemui rakan-rakan sekolah menengah saya melalui facebook. Emmm, saya dah ada facebook pertengahan tahun 2009 lagi..usaha juga nak cari rakan-rakan sekolah dulu, namun tidak berhasil..Tapi bermula bulan Mac lalu, saya temui seorang-seorang rakan saya.

Saya gembira sangat. Inilah tabiat saya kalau dapat menghubungi kawan-kawan lama sebab setiap seorang sahabat itu sangat saya hargai kehadiran mereka. Nak-nak rakan-rakan seasrama dulu,..tentu banyak cerita nak dikongsikan. Maklumlah hidup di asrama, kawan-kawan dah dianggap macam adik-beradik sendiri. Pasal bergaduh tu ada juga, tapi saya tak mengalami hal-hal bergaduh ni. Tak ada langsunglah.. emmm, agaknya saya budak baik kot dulu..dan perangai saya pula, saya berkawan dengan semua orang, tak kira kakak ke, adik ke, semua saya boleh berkawan...mesra alam kot..dan saya juga tak banyak kerenah agaknya.
 
Kawan-kawan rapat saya masa form 5 ialah Khairani (K), saya Dilla (D), Siti Rusniza (Ni) dan Zarina (Na).. lalu wujudlah nama group kami K.D.NiNa..huhuhu glamorkan..masa form 4 lebih dikenali IBC (Intellegent Blues Club) sebab suka sangat baca majalah Gila-gila..Nama-nama kumpulan itu kami reka sendiri dan kami aje yang tahunya.. kawan-kawan lain tak ramai yang tahupun.. Kami berempat ni..satu kepala tapi perangai tak samapun. sorang gila-gila, sorang pendiam, sorang happy go lucky dan sorang lagi matang sikit..(pengawas).

Empat sahabat ni, yang paling dikenali ramai Khairanilah..sebab mulut dia peramah dan dia mudah berinteraksi dengan pelajar lelaki. dan ramai peminat. Saya dan Zarina ada abang angkat dan hanya sekadar abang angkat tak lebih dari itu ye..no dating-dating, hanya tukar-tukar nota sahaja. Siti baik single tapi ada peminat fanatik...(oo, tak boleh saya lupakan namanya...) dan gelihati bila Siti dikenenkan dengan peminatnya itu..pasti kami kena marah..Siti siti.. Bagi saya kenangan masa form 5 lah paling manis sekali, agaknya si manis 17 kot.. Saya masih meneruskan persekolahan saya hingga ke tingkatan 6 Atas. kat sekolah yang sama. tapi geng KDNiNa dah tinggal D dgn Ni sahaja... sangat tidak seronok. Andai masa itu boleh diputar semula..ooh alangkah seronoknyakan..emmm dalam mimpi bolehlah.

Kini KDNiNa bertemu semula di alam fb..emmm syoknya.
(Gambar upload kemudian ek..)

Maafkan Aku Teman...

Maaf ini kutujukan khas buat seorang teman lamaku...

Temanku,
maafku hulurkan padamu,
andai ada kesilapan yang telahku lakukan,
dengan sedar atau sebaliknya,
andai ada bahasa yang kututurkan,
melukakan hatimu,
andai ada tingkahlaku diriku, 
yang sumbang di matamu,
andai ada luahan rasaku,
yang meresahkan dirimu,

kita pernah saling merindu,
kita pernah rasa kasih mengasihi,
walaupun hanya di dalam hati,
tersimpan kemas di dada, terukir manis di ingatan,
tapi itu realiti yang harus kita akui hakikatnya..
kita boleh menipu berjuta-juta manusia,
tapi kita takkan boleh menipu diri sendiri.
Maafkan aku atas segalanya,
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu...

Aku temanmu..
fb menemukan kita, fb juga yg memisahkan kita...

Isnin, 12 April 2010

Kurang sihat...

Dah lama tak buat entri dlm blog saya ni...
Rindu memang rindu kat pembaca blog saya..
Tapi kesempatan tak ada.. ada komitmen lain.

Hari ni, saya tak sihat, bermula dari pagi hari Ahad,
Saya period, tapi banyak sangat... nak kata bleeding,
gelihati pulak. Nak bleeding apa, bukannya mengandungpun,
ini bukan kali pertama, dah beberapa kali kena..
tapi kali ni perut rasa sakit sangat, kat bawah pusat tu..
(ada orang sebut ari-ari.. rasa macam digigit-gigit,
cacing gigit kot..entahlah).

Kawan-kawan kata saya degil.. memang degilpun,
saya sama macam abg Din Beramboi..penakut jumpa doktor,
tapi saya lain sikit, kalau makan ubat, saya tak kisahpun...
cuma bab 'perempuan' jer saya tak nak jumpa doktor
...maluuu sangat. kalau sakit lain, saya tak kisah..
malah doktorpun dah kenal dengan saya,
nak-nak klinik2 area Semenyih ni..

Hari ni, saya dapat mc 2 hari... sayangnya cuti..
kerja saya banyak nak buat,
tapi kalau datang sekolah, saya takut jadi macam dulu.....
malulah saya lagi, malah menyusahkan oranglain juga..
tadi doktor kata, kalau dah 'suci',
dia suruh saya scan pulak..
saya harap pembaca2 semua, doakan saya ya..
semoga saya tak mengalami apa2 penyakit berbahaya ya..

"Ya Allah, Ya Tuhanku,
Kau jauhilah aku drpd sebarang penyakit,
 Ya, Allah hanya kau tempat aku berserah dan mengadu...

Aku dan Dia,

minggu yang penuh bermakna buat diriku
semua ini tak pernah ku fikirkan,
telah aku ketahui jua kisahnya,
misteri yang terlekat di dada ini telah terlerai,
baru kutahu kenapa namamu sentiasa di mindaku,

rahsia yang tersimpan kemas di jiwa jua turut terlepas,
masalah yang ditanggung jua turut terburai,
air mata yang dibendung akhirnya terjurai.
tanpa malu, tanpa paksaan...
pertemuan kembali ini, bukan kita rancang..
semuanya ketentuan Illahi buat kita..

aku, insan lemah yang telah bertahan sekian lama,
menyimpan kisah dukaku sendiri,
manis dimata teman, tapi pahit yang kurasa,
mesra dilihat mata, tapi pedih yang ditanggung,

tanpa kehadiranmu...
aku telah lama mati,
mati perasaan, kering kasih sayang,
kurang perhatian, terlebih memendam.
sering membakar diri sendiri, hanya untuk orang lain,
sendiri terseksa, tiada siapa yang tahu.
  
Terima kasih teman, hadirmu membahagiakan,
Kasihmu meresap ke sanubari, mengalir ke seluruh urat nadi,
Namun kesudahan kisah kita, tak dapat kupastikan..
Atau aku terus beku di sini....bersama mimpi-mimpi semalam.

Terima kasih kerana namaku sentiasa ada di hatimu,

Isnin, 5 April 2010

Suratan atau kebetulan sahaja..

Suratan Atau Kebetulan  
by Kenny, Remy n Martin

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)
adakah ini satu suratan atau kebetulan saja...

Jumaat, 2 April 2010

Abg Din Beramboi Meninggal Dunia & Denggi Berdarah


Abang Din Beramboi meninggal dunia pada pagi ini 2 April 2010 : 12.30 pagi. (Saya terbaca hal ini dalam facebook abang Aznil sejam kemudian). Sejak semalam saya terbaca kisah beliau yang sedang kritikal, mulanya beliau disyaki terkena penyakit air kencing tikus. Saya pernah terdengar tentang penyakit ini. Tapi pagi semalam (Khamis) saya terbaca di dada akhbar yang menyatakan beliau mengalami penyakit denggi berdarah...

Pada fikiran saya, abang Din mesti dalam keadaan yang sangat kritikal sekali. Saya pernah menyaksikan keadaan seorang pesakit denggi berdarah di Hospital Seremban pada tahun 2001. Ketika itu saya menjaga arwah ibu yang dimasukkan ke ICU hospital tersebut. Masa saya melawat ibu dalam wad ICU tu saya terperanjat melihatkan abang tu (pesakit dengki tersebut) duduk atas katil sambil menyuap makanan. Pada fikiran saya kenapa pesakit ni masuk wad ICU sedangkan dia dalam keadaan sedar dan boleh menyuap makanan sendiri..

Selang beberapa jam kemudian iaitu bila tiba waktu melawat sebelah petang, saya masuk lagi sekali ke wad tersebut.. kali ini saya hairan lagi, bila tengok abang tu dah terbaring dan tak sedarkan diri..eheh, napa jadi camni? Saya terus berfikir, nak tanya nurse..takut menganggu diorang pulak. Menjelang nak malam. abang tu dah kena tutup matanya dengan kapas pulak.. dan barulah saya tahu abang tu kena penyakit denggi berdarah. Dia meninggal dunia tak berapa hari kemudian. Saya sangat simpati kepada keluarga beliau kerana beberapa hari sebelum itu anak perempuannya meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Mereka dimasukkan wad pada hari yang sama, tapi anak perempuannya yang pergi dahulu.. Jenazah keduanya dikebumikan di Kelantan. Saya lihat isteri abang tu sangat tabah orangnya, tentu beliau sukar menghadapi situasi sebegini.

Itulah ketentuan Allah untuk kita. Kita yang masih bernyawa ini harus selalu muhasabah diri kita, sudahkah kita bersedia dengan bekalan kita untuk ke sana nanti??? Tanyalah diri masing-masing. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal teruskan hidup masing-masing, moga hidup kita dirahmati Allah hendaknya. Masa kita, kita tak tahu lagi bila dan bagaimana pula..Moga yang baik jua kita pohonkan padamu Illahi. Aminnn.
Al-Fatihah untuk mereka.

Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah,

Khamis, 1 April 2010

Saya tak cukup duit.. huhuhu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Saya (tak nak guna 'aku' sbb rasa x best, jadi sempena 1 April ni nak tukar 'saya' pulaklah) minta maaf  banyak2 sebab dah lama tak updated blog kesayangan saya ini.. Entahlah, nak kata sibuk macam tak sibuk..orang lain lagi sibuk, nak kata ada masalah...semua orang ada masalah. Agaknya penyakit malas banyak sangat kot.

Entri saya kali ini...
cuba baca tajuk kat atas tu. Saya tak cukup duit... huhuhu
Sedih tak anda membacanya... sedih ke, suka tu? Kesian kat sayakan..sampai hari inipun duit saya tak cukup2 lagi.. sebenarnya bukanlah banyak sangat yang tak cukupnya tu. Tak cukup RM2.25 sen aje lagi..eheh, napa sikit sangat tu??? Takkan RM2.25 sahaja. Betullllll, RM2.25 jer...tak caya ke?

Sebenarnya duit tabung saya dalam Nuffnang kurang lagi RM1.25 + RM1 (kos penghantaran cek) = RM2.25. Kalau saya dapat RM2.25 sen ini, maka barulah saya dapat cek pertama saya berjumlah RM50 jer..hik3..(seronoknya mengenakan orang). Tapi jumlah ni memang betul tak tipupun.. Dah agak lama juga saya jadi blogger ni..tapi itu je yang terkumpul buat masa ini.. Kawan2 pembaca blog ni, support saya ye.. nanti boleh saya publishkan cek tu kat sini.. Blog saya ni taklah glamor sangat, info2pun santai sahaja..idea tak banyaklah..

Ok, jumpa lagi di lain entri.

Ahad, 21 Mac 2010

Takdir Cinta

Takdir Cinta by Rossa

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


"siapa yang merasainya, dia jerlah yang tahu..."

Sabtu, 20 Mac 2010

Nakal @ Lasaknya aku ...

Tadi aku terbaca entri kawan aku yang berkisar zaman kanak-kanaknya, tentang permainan mereka waktu itu. Emmm, aku nak cerita jugalah kisah macam tu..sebab seronok sangat zaman kanak-kanak. Aku bukan sahaja nak cerita pasal permainan tapi nak cerita betapa nakal @ lasaknya aku masa tu..

Aku ada 5 orang adik beradik (2 lelaki dan 3 perempuan)..aku anak kedua. Pertama Along (lelaki) dan ketiga Andak (lelaki). Along tua setahun daripada aku, Andak pulak muda 3 tahun daripada aku. Jadi anda boleh bayangkanlah, betapa kami bertiga memang rapatkan..

Waktu petang biasanya, kami akan menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya main polis pencuri, main nyorok2, main baling tin dengan selipar, main galah panjang, galah bulatpun ada dan main hoki. Emmm, bayangkan budak-budak kampung pandai main hoki.. Kami beruntung sebab jiran kami ada pokok limau purut.. Jiran inipun ada 2 orang anak yang sebaya dengan kami, abang Saiful (kawan Along) dan Wati (muda setahun daripadaku)..

Bila tiba musim main hoki ini, kami semua ada batang kayu, asal boleh pukul bola jer, jadilah kayu hoki. Bola hoki pula buah limau purut tadilah.. Nasib baik emak abg Saiful tak marah kami ambil..Main bagai nak rak..berhenti bila emak masing-masing panggil. Meriah betul. Penat main hoki, hari lain main kondang kondi pula..kat rumah abang saiful jugaklah padang kitaorang. Kayu kondang kondi 1 panjang 1 pendek..siapa dapat sambut, memang power. Ini bab main-mainan kitaorang.

Bab jadi askar pula. Abah aku seorang askar wataniah di kem Sikamat, Seremban. Abah ada belikan kami baju askar sepasang sorang, senapang, helmet ada jaring, beg galas..bak kata orang complete lah. jadi kami memang seronok sangatlah jadi askar, mengendap-gendap kat belakang rumah, merangkak-rangkak kat tanah..tembak-tembak dengan senapang yang berbunyi tu. emmm, memang aku cam budak lelaki masa tu..Kawan-kawan, hanya menggunakan senapang papan jer..sian pulakkan. mesti diorang teringin nak guna barang-barang kitaorang.

Tiba bab bergaduh pula..ini yang makan hati. Yang paling suka mengacau aku, Andaklah..Along baik jer. Andak ni kat sekolah dia jaguh lumba lari..tang ini yang aku tak suka ni.. Bila kami bergaduh berdua, Andak suka lari..aku kejar takkan dapat. Yang paling geram bila dia bawa berlari keliling kolam ikan abah ..Besar kolam tu..mana dapat kita tangkap diakan.. Dah geram sangat, malam tu Andak sedang tidur, aku cubit telinga dia..Andak garu-garu je telinga dia...hehehe, dia sikitpun tak sedar. Puas hati aku, ambik kau..ingat tidurpun boleh lari.. Mana mau lari. Rahsia ini aku bongkar masa aku dah duduk asrama..mak kata, bijaknya Angah.. (memang bijak sangat, bijak balas dendam tu..)

Bab aku suka panjat pokok rambutan tak cerita lagi tu..hobi bergayut kat dahan pokok, kedua-dua kaki sangkut kat dahan pokok, pastu kepala ke bawah...emmm, kan bahaya tu kalau jatuh,,,dah lama aku Innalillah..

Ini belum lagi kisah mandi-manda kat sungai belakang rumah. Kalau mandi sungai ini, orang yang paling sakit hati kat kami, arwah emak. Apa taknya, jahanam kain batiknya kami kerjakan. Ambil kain batik tu, ikat paras dada,kembangkan kain tu (buka luas-luaslah), pastu kira 1, 2, 3...kebabooom.. kami terjun masuk sungai dengan kain batik mak.. pegang kain tu rapat-rapat..konon jadi pelampunglah tu..hihihi, gelihati sangat bila teringat kisah itu.

Kisah kenakalan atau kelasakkan aku ini cuma masa sekolah rendah sahaja, bila sekolah menengah aku belajar di sebuah sekolah menengah agama (berasrama)..masa tu aku dah jadi gadis melayu terakhir. Berubah 100% masa tu, dari kanak-kanak perempuan yang ala ala tomboy..menjadi mualimah yang faminin. hihihi.

 Bestnyer jadi kanak-kanak...

Jumaat, 19 Mac 2010

Teman baru aku...

Entri kali ini kutulis khas untuk teman baru aku. (Jangan suspen boleh tak?..baca sampai noktah terakhir, baru buat kesimpulannya..)

Kisahnya bermula hari ini:
Petang hingga ke malam aku bersendirian di rumah. Anak nak balik kampung, janjinya semalam tapi abah dia tak beri..so petang ni dia menuntut nak balik kampung juga..apalagi aku kenalah hantar. Merajuk dia nanti, kesian pulak anak dara aku tu. Hubby kerja... balik lewat sikit.

Makan malam, aku gi drive thru je, bungkus KFC (teringin nak masak... tapi aku bleeding, tenagapun tak cukup...) Dalam aku berserabut ni..tetiba teman baru menyapa aku..hai, Dilla.. opss, ada orang yang sudi nak berkenalan dengan aku rupanya.. Tetiba aku jadi malu sendiri, selama ini aku fikirkan tak ada orang memerhatikan gelagat aku.. Yalah..kita biasa2 sahajakan...santai, emosi sikit, dan macam-macamlah.

Siapa sangkakan.. orang jauh pulak tu.. Terima kasih kerana sudi menjadi teman aku, segan rasanya tak terkira. Aku senyum sendirian, dia dah lama memerhatikan aku. Orangnya nun jauh di sana Sydney, Australia. Menetap di sana dan sambung belajar juga. Salma nama diberi (pompuanlah...suspenlah tu), ada anak sorang (sama cam aku juga rupanya), asal daripada Kedah tapi sebelum ini tinggal di Taman Kajang Utama..ooo dekatlah rumah kita.

Yang paling best umur kami sebaya...yeay yeay kita serupa..tak perlu nak panggil akak, akak lagi. Tapi ada yang mencemburui kami..line semut aku ni.. tetiba je offline, kacau betul. Salma ini rupanya salah seorang pembaca setia blog aku. (Alah blog aku inipun ada orang suka baca rupanya). Blog ini merapu meraban aje banyaknya. Blog santai, aku malas nak tulis entri yang berat2..boring. Kalau nak yang hebat2 pi blog orang2 ternama lagi baik..Aku siapa...

Tak apa Salma, nanti ada masa kita chat lagi ya..Kehadiran anda sangat-sangat aku hargai..Kawan waktu kita gembira ramai, kawan masa kita menangis sukar dicari..sob,sob,sob..

Sayang selalu daripada sahabat barumu,
(Kalau aku ni ada kemampuan, ingin ku ziarahi awak kat sana...bila??? tiada jawapan untuk itu....)

Ahad, 14 Mac 2010

Lirik: Terakhir - Mahkota Band

Untuk terakhir
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu

Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini

Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihatmu
Cinta ini
Takkan hilang sampai mati kan ku simpan

(Sedihlah lagu ni..terdengar mlm tadi..moga aku tak jadi macam ni, cinta yang tak kesampaian. bak kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana, tapi kalau bukan jodoh kita..redha ajelah..)
Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah..semua dah tertulis di azali, siapa jodoh kita..huhuhu)

Jumaat, 12 Mac 2010

Keputusan SPM

Semalam keputusan SPM diumumkan. Kepada yang berjaya, tahniah. Manakala yang gagal, jangan putus asa..terima kenyataan dengan hati yang terbuka. Suasana ketika mengambil keputusan SPM semestinya mempunyai pelbagai kenangan kepada semua pelajar yang telah melaluinya.

Aku nak kongsi di sini pengalaman yang telah aku alami semasa mengambil keputusan SPM dulu. Sewaktu mengambil keputusan ,aku ditemani oleh abah sahaja. Bermula dari malam sebelum tu, aku tak tidur lena bila memikirkan apakah keputusan yang bakal aku terima nanti. Aku belajar di Ting 5 Zuhal (kelas pertama utk ting 5) Sek Men Agama Ampangan, Seremban. (aku tinggal di asrama).. nak kata pandai sangat taklah..tapi dalam sekolah tu kira oklah. Aku aliran sastera + Rampaian Sains + Sejarah. Dalam kepalaku, aku tidak meletakkan sebarang harapan...biasalah aku ni, keyakinan diri kurang. So nak target tinggi2 tak berani.

Setiba di sekolah (rumah ke sekolah mengambil masa 50 min), aku lihat ramai teman yg sudah mengambil keputusan. Apalagi debaran mula bertambah, rasa macam nak gugur aje jantung ni..tuhan je tahu bagaimana keadaan aku ketika itu. Dalam kepala terbayang Gred 1, Gred 2, Gred 3..hisss, seram betul klu dapat Gred 3.. Aku ternampak abang kerani masa tu..abang Kamarul dan beberapa org guru dan staf sekolah berada di pejabat. Hai risaunya... malunya, takutnya, rasa nak terbuang airpun ada..

Sebaik aje aku melangkah masuk, aku terdengar salah sorang guru di situ berkata.."haaa, inilah pelajar yg dapat markah teruk tukan !!!.... Abg Kamarulpun menyampuk juga.."apo kau buek dik, tak belajar ko? Ohh, Tuhan..aku rasa macam nak pitam masa tu (apa aku dah buat selama ini..teringat muka mak di rumah..kalau aku gagal tentu dia kecewa sangatkan). Perasaan malu mula terasa...teringat pula kat abang angkat aku (Kurik's...glamor nikname dia, masuk blog pulak tu..hehehe. dah lama tak ingat nama dia, tp seseorg mengingatinya semula pd minggu ni) dan juga adik angkat aku di sekolah ini.. Malunya aku kepada mereka, malunya kat cikgu2 yang berada dalam pejabat tu...malu kat abah, tentu abah juga kecewa mcm aku. Mana nak sorok muka aku ini??? Pelbagai persoalan yang timbul.

Aku tak terkata apa-apapun..abg kerani membelek-belek slip itu, sambil menggeleng2kan kepalanya. Diapun  menghulurkan slip keputusan tersebut sambil mengucapkan tahniah kepadaku.. Hah, tahniah??? Aku bertambah keliru sangat waktu itu, perasaanku bercampur baur..abg kerani suruh aku lihat keputusan di tanganku..Setelah diamat-amati, "Ya Allah...aku dapat Gred 1..alhamdulillah, syukur. Itu aje yg mampu kuucapkan... Akulah, satu-satunya calon SPM sekolahku yang lulus semua subjek (mulalah nak bangga tu.. eeeee, tak baikkan) dan paling menggembirakan subjek BM aku dpt score A1..bangga guru BM aku yg mmg berada di pejabat ketika itu (Pn. Noraisyah)...mekasih cikgu. Aku bersalaman dengan mereka semua. (pompuan aje tau...jgn fikir lain plak). Pelajar yang mendapat Gred 1 hanyalah 6 orang sahaja.(aku, Siti Rusniza Mansor, Noraziziah Abd Ghaffar, Norhana Bukhary, Rusli, Sharifah Halimah Syed Majid)...kat manalah diorang ni sekarang ya?  Rasanya fakta ni betul..


Jika ada yang suruh aku mengulangi semula suasana ini...aku tak nak melaluinya lagi kerana masa tu aku memang nak pitam bila mereka kata markah aku teruk. Kaki rasa tak jejak ke tanah...Alhamdulillah, berkat usaha, doa, dan sokongan mereka2 yang rapat dengan aku..Kalau kita mengamalkan sistem adik, abang, atau kakak angkat ini dengan betul demi meningkatkan pelajaran, apa salahnya..jangan pula mengambil kesempatan untuk 'bercouple'..terima kasih utk mereka. Aku tidak pernah melanggar sempadan hak dan adab dalam adik-beradik angkatku..Terima kasih cikgu2, ustaz/ustazah, mak abah, adik-beradik dan kawan-kawan di Tingkatan 5 Zuhal..istimewa juga buat Pn Johara Nawawi Guru kelas 5 Zuhal , merangkap Guru Rampaian Sains yang cantik manis dan berusaha keras untuk kejayaan kami dan SM Agama Ampangan, Seremban..Dia seorang yang tegas, tapi sangat baik hati n peramah...

Tersimpan banyak kenangan manis di SMAA, SMAA mengajar aku hidup berdikari... Kini SMAA tinggal kenangan kerana telah bertukar nama SMA Dato' Klana Putra Makmor..camtulah rasanya. Kdg2 teringin nak singgah kat situ, tapi tak ada pulak tujuan..mau dihalau kat jaga sekolah nanti...Jom kawan2 kita pi buat lawatan ke sana..rindu suasana kat situ.

Dari Form 1 hingga Upper 6 aku bermastautin di SMAA..


Khamis, 11 Mac 2010

Lirik Lelaki Ini - Anuar Zain

Pagi ini teringin sangat nak dengar lagu ini, syahdu aje rasanya bila dengar kelunakkan suara Anuar Zain.. (bila ya Anuar Zain nak kahwin?? Penat tunggu majlis dia.) Bestkan kalau ada orang tujukan lagu ini untuk diri kita..

          Lirik Lelaki ini – Anuar Zain
Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Ulasan selari :
Indahnya hidup seorang wanita jika dirinya sangat dicintai oleh seorang lelaki seperti lirik lagu ini. Hari-hari yang dilalui pasti banyak kenangan yang membahagiakan. Bertuah badan...

Banyak memberi dari menerima...

Isnin, 8 Mac 2010

Lirik: Tinggal Kenangan - Saleem

Lirik istimewa ini adalah lagu kegemaran Kak Sharifah..(entri ni aku publish semula..ya)
(kini aku mengerti maksud lagu ni...memang dah tinggal kenangan sbb antara kita tiada rezeki untuk bersama..huhuhu nak jiwang2 sekali sekala bolehkan!!!).

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu oohhh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu oohhh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagikan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan....



"Yang hilangkan berganti, tapi yang datang takkan sama dgn yang dah pergi....."
Dan takdir itu untuk kita... sedih pulaklah..

Jumaat, 26 Februari 2010

Sejarah Ringkas Kelahiran Rasulullah s.a.w. part 1

Masjid Nabawi..
Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam seluruh dunia. Semoga kita mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada sirah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini aku nak mengimbas kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (secara asas sahaja).
  1. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah (Mekah) pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah (570 M) sebagai anak yatim.
  2. Bapa baginda wafat ketika baginda masih lagi di dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahab.
  3. Tahun kelahirannya dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut, Raja Abrahah dari Yaman telah menyerang Makkah bersama-sama tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah bagi mengalihkan tumpuan ibadat orang Arab ke Yaman. Allah s.w.t telah menyelamatkan Kaabah dengan mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk membalas serangan mereka dan menghancurkan mereka. (Peristiwa ini dirakamkan dalam Surah Al-Fiil).
  4. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.dilahirkan ke dunia ini, api sembahan orang-orang negara Rom dan Farsi yang tidak pernah terpadam hampir 1000 tahun telah terpadam dengan sendirinya.
  5. Nabi Muhammad juga dilahirkan dengan keadaan telah berkhitan (bersunat).
  6. Semasa dilahirkan muka baginda pula mengadap ke langit sambil tangannya diletakkan ke tanah.

          bersambung...



Selasa, 23 Februari 2010

Nak Berkhemah ...

Nak berkhemah? Kat mana nak gi berkhemah tu...
Nak guna khemah apa ni? Khemah ini kot... 
(Khemah 1)

v

v

v


Alamak seksinya khemah ni.
Takkan khemah macam ini..
nanti murid-murid aku takut plak.. 
Gerenti bila malam, murid-murid cabut lari
masuk dalam kelas. 
Takpun khemah ini agaknya..
(Khemah 2)

v

v

v


 
Haaaa... khemah ni cantik dan selamat. Aku sangat setuju.
Tapi cukup ke? Murid-murid aku ramai pulak tu... 
Atau khemah ini tak?
(Khemah 3..last dah ni..
maklum gambar khemahpun ada 3 jer.)

v

v

v



Amboi, amboi, amboi...kuat beranganlah kau Dilla. 
Ini khemah pengantin... ada yang nak kahwin ke? 
Alaaa, salah ke..
Habis tuuuuuuu.... ???????
nak berkhemah guna khemah yang mana satu ni? 


Tak ada nak berkhemah-khemahlah... baget kerajaan dahlah ciput, nak macam-macam plak. Tak pergi mana-manapun. Sabtu minggu ini ada Kem Bestari Solat Tahun 1 ajerlah. Takkan itupun nak guna khemah bagai, banyak cantikkkk.. Ooo, Kem Bestari Solat (KBS) jer.

Ha'ah kan, buang tebiat ke nak guna khemah segala, kalau camtu kita guna Surau Al-Hidayah dan kelas-kelaslahkan.. Ummm, faham dah...baru faham. Nama dah kem, patut gunalah khemahkan...best apa!!! Mesti murid-murid lagi cepat pandai n faham. Nanti-nantilah bila baget banyak aku nak usulkanlah..(mau aku kena belangkong kat Puan Guru Besar aku ni...permintaan melampaui batas..huhu).

Semoga murid-muridku memperolehi keberkatan Illahi.. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri kita sendiri.

Jom kita gi Kem Bestari Solat,
meskipun Jumaat sebelumnya cuti Maulidur Rasul..
 Pengorbanan Anda Amat Dihargai...hihihi
(cam ayat nak sedapkan hati jer bunyinya),

Isnin, 22 Februari 2010

Perginya tak kembali...

 
 (kiut-miut Sudirman ni..)

Sebelum tidur, aku nak buat entri tentang penghibur kegemaran ramai ni..Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Hari ini, 22hb Februari 2010..genaplah pemergiannya selama 18 tahun ke alam fana'. Aku  masih ingat tarikh 22hb Februari 1992, negara dikejutkan dengan berita kematian beliau. Aku masa tu muda remaja lagi..huhuhu. Tarikh itu juga bersamaan dengan tarikh perkahwinan 'kuliahmate' aku..(suka jer akukan, guna istilah ni...) Kak Azariah Abd Razak di Pelabuhan Klang masa tu..Tahun lompat lagi tu..

Kehilangan beliau masih tiada ganti hingga ke hari ini, penghibur yang serba boleh dan berpendidikan tinggi. Budi bahasa yang tinggi walaupun orangnya rendah ajer. Susahkan nak cari orang macam beliau.. berpelajaran tetapi tidak meninggi diri, senang cakap menyombong or berlagak.. Yang ramainya berlagak pandai.. macam tu banyak menyusahkan orang pulak.

Kita kalau jadi orang yang pandai dan berilmu, baiklah kita ikut resmi padi..makin berisi makin tunduk.. jangan jadi perangai ayam..telurnya sebijik, kepohnya satu kampung. Tapi sekarang ayam telur tinggal dalam reban yang canggih..hari-hari bertelur..agaknya nak riuhpun tak sempatkan..sebab setiap masa bertelur..dah tak heran dah..Emmm, melalut pulak aku..

Oklah..dah nak tidur ni, para pembaca yang dah baca entri ini..jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad ye..Tapi junjungan kita, ibubapa kita, guru-guru kita serta sanak saudara kitapun janganlah lupa sedekahkan juga Al-Fatihah ye.. Itu jelah bebelan aku kali ini.

Assalamualaikum.. C U Again...Tata,

Ahad, 21 Februari 2010

Basah kembali...

Alhamdulillah...
itu lafaz yang mampu kuucapkan saat ini.
Setelah sekian lama bumi Semenyih ini
tidak menerima titisan hujan,
akhirnya ia basah kembali...

Walaupun ia hadir untuk seketika, namun ia bisa
menyirami dedaun yang kekeringan,
mampu untuk menyejukkan suhu di sini,
menghapuskan debu-debu noda yang berterbangan.

Alhamdulillah sekali lagi.. aku masih lagi
di bumi Malaysia rupanya,
bukan di padang pasir yang kering-kontang...


Tengah skodeng hujan tika ini...

Sabtu, 20 Februari 2010

Jadual Waktu dgn Penuh Perasaan...

 
Tajuk entri kemain lagi..(sori entri ini panjang sikit..kalau sudi bacalah..)
Tahun 2010 inilah tahun paling banyak aku kena buat jadual waktu..pecah rekod ke, pecah kepala ke, pecah apapun aku tak tahulah... Bukan salah sesiapapun, bukan sekolah, bukan PPD hatta JPN sekalipun.  Semuanya kerana keperluan yang mendesak, bilangan murid sekolah aku tahun ni bertambah ramai..bila dah ramai kenalah tambah kelaskan..bila dah tambah kelas, kena tambah guru pulak. Bila dah tambah guru...tambahlah keje aku nak buat jadual waktu baru...hehehe, suka sangat buat jadual. (ambik kau...)

Aku buat entri ini sebab aku sedang buat jadual waktu ni..untuk edisi ke 4 bagi sesi pagi dan edisi ke 4 bagi sesi petang ..(sesi petang yg dah print baru 2..lum sempat nak print yang ke 3..dah reshuffle semula untuk edisi ke 4..huhuhu). Patut semua jadual ini aku dah print sebelum cuti CNY hari tu..tapi last2 minit ada lagi yang kena tukar..so jawabnya..next weeklah baru dapat jadual baru.

Buat jadual waktu setahun 2 atau 3 kali itu biasa laa..macam tahun 2009 aku kena buat 2 kali sahaja, sebab pertambahan murid tidak ketara sangat..tahun 2010 ini mula buka sekolah kelas ada 43 buah sahaja.. sekarang ini termasuk kelas yang akan dibuka minggu hadapan ialah sebanyak 50 buah kelas biasa.. (7 buah kelas dibuka secara beransur-ansur sebab tu jadual waktu kena buat banyak kali..) Nasib baik kelas Pendidikan Khas bukan aku yang buat..

Semasa kita nak buat jadual waktu ini kita perlu tekun..kena teliti lebih, banyak guna emosi..dan juga  tenaga..(tenaga mata..dok renung pc berjam-jam) dan tak mahu gangguan.. bila aku tension masa tulah nak nyanyi2, nak berzikir, nak buka facebook (kena sosial jugak), nak mandi-manda banyak kali..(kepala dah berasap) dan macam2 lagi perkara yg aku buat. 

Pengalaman pertama aku buat jadual waktu pada tahun 2004 (mula terjebak) memang pening sangat.. apa taknya, bila dah siap print jadual, baru aku perasan ada beberapa kelas yang waktu PJ (Pendidikan Jasmani)nya pukul 12.00 tengah hari..hoi, gila ke nak PJ tengah hari buta macam tu.. Bukan murid jer yang pitam..cikgu2pun boleh koma kalau macam tu. Naya sekolah nak jawab nanti. Takpun aku naya kena belasah kat cikgu2 yang terlibat tu.. Kesilapan yang macam inilah..yang akan memahirkan kita.

Kesimpulannya di sini...(ada kesimpulan bagai) bukan senang nak buat jadual waktu, macam-macam dugaan dan cubaan yang telah aku alami.. ada yang marah kat aku..(jadual dia tak cantiklah, masa yang diberi tak kenalah, ada yang kata: saya tak nak ajar lepas rehatlah subjek ni.., ada yang kata: tak dapatlah nak makan kat kantin lama sikit) dan ada yang suka kat aku..(pandailah Dilla buat jadual... terima kasih ye kak, cantik jadual saya).. Pada hal semua tu bukan aku yang buat..tapi komputer yang generate semuanya.. aku hanya isikan semua data dan check kalau2 ada kelas yang tak cukup subjek atau yang bertindih subjek ke.. 

Semua itu asam garam kehidupan..biasalah kitakan manusia, tak ada yang sempurna. Tapi Jadual Waktu 2010 ada sejarah yang tercipta untuk aku kenang sepanjang hayat..
Maafkan aku kawan-kawan, andai jadual waktu yang kau terima tidak memuaskan hati kamu semua.. Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan ke atas bahuku. Aku memang suka buat jadual...hihihi

I'm not perfect teacher...(belasah ajelah BI aku ni),

Jumaat, 19 Februari 2010

Kawan kita masa 'sesak'...

(banyaknyaaaaa duitttttttt.....)

image

Info terkini via Berita Harian Online.
Banyaknya untunggggg..sebab siapa? Sebab cikgu-cikgu juga...n kakitangan kerajaan yang lain. Tak apalah daripada kita pinjam kat oranglain, yang belum tentu nak beri.. lebih baiklah kita pinjam kat sedara kita ni, namapun Bank Rakyat.. jadi kenalah beri pinjam kat rakyat jugak..

Tapi kita sebagai peminjam inipun ada hadnya.. jangan nak meminjam saja, pantang ada mana-mana bank offer, kita nak pinjam. Kalau ada keperluan mendesak oklah...jangan sampai tak terbayar pulak. Setahu aku kakitangan kerajaan boleh buat pemotongan gaji jangan lebih daripada 60% daripada gaji keseluruhan kita. Betul ke ni? Kalau aku silap, tolong betulkan ya!!! (jgn lebih ke, jgn kurang???, eheh konfius plak...)

Yeay, dapat dividen Isnin depan...ya, kawan2..jgn lupa tu!
Ada orang kata, tak hutang tak kaya??? Iya ke...

Khamis, 18 Februari 2010

Lagi-lagi kes cikgu...


(berkawan biar 1000, berkasih biar 1 jer...)

Jom kita kongsi berita sensasi kali ini... pasal cikgu dengan pasangannya yang bertugas di PPD ditangkap khalwat...

Pagi-pagi lagi aku dah dapat sms bertanyakan pasal berita kat bawah ni.. diorang nak tanya siapakah gerangan pegawai tu..maklumlah berita sensasikan. Tambahan pula ia berlaku di daerah aku... mestilah ramai yang nak tahu. Tapi tak semestinya yang terbabit pegawai-pegawai yang bertugas kat sini.... (andaian akulah..)

Tapi kesahihan berita ni tidak diketahui lagi macam mana, ini membabitkan maruah orang. Jadi biarlah ia menjadi tanda tanya kepada semua orang. Lambat laun pasti tahu jugakan.. biarkanlah. Mereka dah cukup dewasa, tentu dah tahu baik buruknya..cuma kita jadikanlah ia sebagai pengajaran kepada diri kita, supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian.. Na'uzubillah, jauhkanlah hendaknya daripada kita semua.
Kat bawah ini petikan berita tu, aku ambik kat Harian Metro.

Isteri curang, suami pitam

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.
Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Selanjutnya, anda bacalah di Harian Metro ya...

Kalau anda dah dapat suami/isteri yang baik...janganlah ambik kesempatan pulak! Tak baik tau...

Rabu, 17 Februari 2010

Duit Upah Nuffnang.



Hahaha... sebut aje Nuffnang, mulalah teringat duit. Betul tak? Sapa tak nak duitkan... aku mula berjinak-jinak dengan blog ni atas tunjukajar adik-adik aku kat sekolah ni. Hanif dengan Ezzudin. Mereka memang sifu2 yang berjasa kepadaku. Ingat senang ke nak dapat ilmu dari orang lain, kadangkala memang ramai orang tahu..tapi tak suka nak kongsi dengan orang lainkan..itu kedekut ilmu namanya.Terima kasih Anep, Syukran Ezzudin..

Hari ini aku tengok akaun Nuffnang aku, dah mula cecah RM40.50. Emmm banyak ke, oklah tu daripada tak ada..walaupun gerak macam siput, tapi kita nampak juga peningkatannya. Kita bukan keluar modalpun.. Saja nak suka-sukakan..dapat duit, alhamdulillah. Nanti kita usaha lagi. Bukan senang nak kaya... usaha kena lebihlah. Kalau skim cepat kaya tu...dia yang cepat kaya, tapi kita yang kayap..sendirik mau ingatlah.

(Hai Siput..jangan bergaduhlah. Ni tempat aku tau!)

Nampaknya, akaun Nuffnang aku cuma tinggal RM 9.50 untuk cukup haulnya..tapi tak taulah bila nak sampai target tu..huhuhu. RM40.50 ini pun terkumpul sejak aku mula daftar Nuffnang pada 9 Ogos 2009. Adik-adik aku, Anep dengan Ezzuddin tu dah beberapa kali cash cheque dia. Jeles kak Dilla tau! Tapi tak apalah diorangkan sifu..Sifu kena lebih pada muridkan..

Usaha Tangga Kejayaan...