Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 30 Januari 2010

Ustaz Anep Kena Terjah...

Apa??? Ustaz Anep kena terjah? Biar benar entri kat atas tu... Betul ke? Siapa yang terjah dia? Naz Ahmad @Terjah TV3 tu ke..Mana mungkin begitu, bah. Itu kalau kes-kes artis je dia buat keje camtu..

Sebenar-benarnya, aku dengan Ustazah Sharifah yang gi terjah rumah Ustaz Anep @ Fasa 7B, Pelangi Semenyih... Hah, jangan ada yang salah faham pulak ye, jangan suka suki nak buat cerita panas.. Jangan ada yang benci.. jangannnn! Tak baik tau !!!

Kitaorang gi soping Thaipusam kat Tesco depan rumah aku tu, lepas soping .... baru plan nak pegi terjah (ziarah) rumah Ustaz Anep. Maklumlah Ust Anep mula nak pindah rumah baru hari ini. Jadi kami tak ada apa nak buat.. pergilah ronda2 cari pasal kat umah baru Ustaz Anep.

Dia sibuk memunggah perabot-perabotnya dari Seksyen 5 ke Pelangi Semenyih. Seb baik dekat, taklah penat sangat. Kami datang tengok, cukuplahkan. Kami datangpun sekadar nak ziarah aje, (mengeratkan silaturrahim katakan) dan nak tengok2 kawasan kat situ.. Biasalah Ketua Panitia yang prihatin..

Anep, akak nampak Anep shy-shy cat tadi..(terperanjatlah tu Ketua Panitia turun padang).

Seminggu dah berlalu...

seminggu dah berlalu,
namun sakitnya masih terasa,
menyusur ke seluruh urat nadiku,
walau cuba kuhapuskan,
dari minda dan memori ini,
ia tetap singgah jua di situ,
sejarah tetap jadi sejarah,
jadi kenangan di sudut hati.

luka tetap luka walau telah dijahit,
dengan benang emas sekalipun,
puas kupujuk hati ini,
agar bisa gembira kembali,
namun luka itu masih...
berberkas tanpa restu.

kenapa hati ini begitu sukar...
melupakan kenangan lalu,
meskipun ...
kemaafan telah kuberikan,
kebahagiaan telah kurasai,
kesyukuran telah dinikmati,
namun aku masih lagi terasa...
seperti seminggu yang lalu.


"perlukah aku berpura-pura,
sedangkan di sini hatiku terus menangis..."
atau adakah aku yang terlalu sensitif..
jawapannya tidak kutemui jua..
yang pasti kemaafan dendam yang terindah...
Ya, Allah... kau kembalikanlah jiwaku seperti sebelum ini..

"OPEN YOUR EYES, Adilla..............."

Baca dan fahami bersama-sama:

“OPEN YOUR EYES WIDELY BEFORE SAY YOUR WORDS,

BE PROFESSIONAL
and
CARE ABOUT OTHERS AROUND YOU…”

Mutiara Kata (aku nak cuba translatekan mengikut
kaedah B.Melayu yang aku faham, kalau salah, harap dimaafi:
"Bukalah mata anda seluas-luasnya sebelum anda berkata-kata,
jadilah profesional dan ambil tahu orang2 di sekeliling kita..
(betul, betul, betul..., tapi macam aku sekarang ni..nak buka matapun susah).

"Aku dah mengantuk ni..tapi kerja banyak lagi!".

My Facebook....


cam sedap je, aku dengar lagu GIGI kat dlm kereta tadi... setelah digoogle tadi ni, liriknya..
My facebook - by : GIGI.

Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih yang lama hilang
Satu dari kekasih yang terbaik

Mungkin waktu yang ku persalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati untuk mendua
Tapi nurani tak bisa mendua

*
Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama
Ku hanya bisa membagi cerita nostalgia

Reff:
Cuma itu yang kuberikan
Cuma itu yang ku bisa persembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu

Ku bisa saja putuskan dia
Ku bisa menutup semua cintaku
Tapi apakah kau pun setuju
Menyakiti seorang manusia

Back to *
Reff:

Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama

Back to Reff:
Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba hmm..

Jumaat, 29 Januari 2010

kecik, BESAR, kecik, BESAR

aduh, kenapa jadik macam ni..apa yang telah berlaku.
kejap kecik, kejap besar, kejap kecik kejap besar..
lagi lama, lagi haru ...
kejap gelap kejap terang, kejap terang kejap gelap,
kejap hidup kejap matiii...
v
v
v
v
v
v
kejap mati kejap hidup,
kejap bintang, kejap bulan,
tapi yang ini aku nak marah...sgt2,

kejap sambung, kejap putus, kejap putus kejap sambung,
kejap on kejap off.. (di saat-saat aku sangat2 memerlukan, kau carik pasal pulak....)
tak apa.....
esok den nak gi jalan2 cari pasal! Sapo nak join den gi jalan2 ni.....??? Angkat tangan..


Apalah kena mataku ini..kecik besar kecik besar..

Khamis, 28 Januari 2010

Kemaafan Dendam Yang Terindah


Lirik : Kemaafan Dendam Yang Terindah - Aisyah.
For my sweet sister...Suraya Hanis.

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

( korus 1 )
Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

( korus 2 )
Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

( ulang korus 1, 2 )
Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...



Rabu, 27 Januari 2010

Cikgu baru datang lagi...

Pagi ni..aku tiba kat sekolah hampir jam 7.13 am. Masa nak tulis kehadiran kat pejabat, aku ternampak seorang perempuan duduk kat sofa biru pejabat. Opss, cikgu barukah? Persoalan itu terlintas difikiranku.. serta bayang2 jadual barupun turut sama. Aku menyapa beliau...hah dah sah dan nyata dia memang guru baru dan nak melapor diri pagi ini. Ooo ya ke! Cikgu mengajar subjek apa? Aku dah mula menjalankan aktiviti soalselidik (cam polis pulak...).

Bila dengar je opsyen cikgu tu..aku mengeluh sendiri (bukan aku tak suka cikgu tu ye, jgn salah faham... cikgu tu comel tau..). Opsyen dia tak menepati selera aku..bukan aku tapi keperluan sekolah aku yang sangat mendesak ialah guru B.Inggeris dan Pend. Islam. Kami sangat-sangat memerlukan kedua-dua opsyen tersebut untuk membolehkan pertambahan kelas..(bahasa glamor "pecah kelas" = tambah kelas lagi).

Tahun ini guru-guru baru masuk ke sekolah aku hampir setiap minggu.
Minggu pertama; Cikgu Shahrul Nizam dgn Cikgu Norazlina, serta Cikgu Azizah Abdullah lepas tu minggu kedua Ustazah Siti Rohani pulak dan minggu ketiga, cikgu Hasnah & cikgu Zalina. Dan yang terbaru pagi tadi Cikgu Izu Hana opsyen Pra Sekolah (dah kahwin pulak, kalau tak boleh juga rekemen kat adik aku tu) pra sekolahpun..pra sekolahlah...kita terima aje.

Sebelum balik aku print jadual petang... dan jadual sesi pagi yang baru dijalankan hari ini..terbayang-bayang akan dirombak kembali..hu hu hu.

pecah kaca, atas simen..
sudah baca, harap komen...

Kul 8 pagi ni, meeting kat PPD pulak. Cam malas jer ni. hu hu hu,

Selasa, 26 Januari 2010

Salam Kedamaian Untuk Semua.

Bila Kak Zainita mula berkata-kata,
Buatkan aku bertambah malu,
Malu pada diri sendiri, malu pada Illahi,
Malu pada adik-beradik ku di facebook,
Kak Zainita, Kak Sharifah jua kak Mazeeta,
dan nun di sana adikku Hairiah,
(sekadar menyebut beberapa nama sahaja ye),
Kamu semua membuka mindaku,
membuka deria kemanusiaanku..

Kini kukenal erti sahabat sejati,
Kutahu erti kawan,
Dan aku maklum apa itu lawan...

Sahabat sejati, menarik kita dari kesedihan..
lari dari pusaran air, keluar dari gunung berapi,
Kawan, sekadar simpati di angin lalu..
tanpa memberi nasihat dan kata perangsang,
tanpa hadir membalut luka, tidak juga mengubat jiwa,

Manakala lawan, gembira apabila pertelingkahan tercetus,
bersorak, menang bagai juara, walau tanpa sebarang piala,
tapi hadirmu menambah panasnya bahang api neraka,
kau tertawa gembira...malah,
bersukaria bagai syaitan-syaitan ...
Yang JAHANAM tempatnya,

Antara kak Adilla dan adikku Anep,
Ada kekusutan yang melanda,
Ada hati yang terhiris,
Ada jiwa yang tewas, (..aku ke?)
Ada rahsia yang terpendam,
Ada pengajaran yang perlu dihalusi,
Ada peringatan yang digali,
Ada hikmah untuk kami,
Hanya kami sahaja yang memahaminya,

Tunggu... akan tiba masanya,
kerana aku benci dengan semua ini,
aku letih dengan prasangka,
aku lelah dengan kerenah mereka,
kerana aku sayang kamu semua..
pasti kekusutan ini akan aku leraikan jua,
Insya Allah, akan ada angin perdamaian,
dan buat semua gembira nanti.

Pintaku untuk semua,
Andai ada salahfaham antara kita,
Jangan ada menjadi kayuapi,
Jangan ada penambah cerita.
Nanti bara api menunggu kita,
Di alam sana,
Cukuplah dosa-dosa lama kita,
Yang belum pasti diampun Illahi..

Tapi..
usah kau ulang sekali lagi, adikku...
kerana aku bukan seperti mereka,
aku bukan talam dua muka, dan bukan jua 'si batu api'
apa yang aku ada.. itulah aku sebenarnya,
andai kau mengerti adikku,
tiada terpalit sebarang dengki dihatiku,
tiada sebesar zarahpun aku membencimu,
cuma kecewa telah datang bertandang,
sendu tiba tanpa kuundang,
bersama airmata tumpah bagai pancuran air...
lumrah manusia tatkala duka menyapa,

tapi adikku, kau jangan tersilap lagi,
kau harus sedar,
kamu semua sebenarnya mutiara SKBR..
penunjuk jalan untuk kami ke sana,
bukan penyebab kami ke neraka,
banyak ilmu yang perlu kami cari darimu adik-adikku,
banyak teladan yang kami mahu contohi,
banyak tunjukajar dari kalian,
ajarlah kami ilmu yang kau miliki,
ilmu akhirat yang kami cari,
ukhwah silaturrahim yang kami mahu,
bukan mengikut syaitan yang direjam,
adik-adikku,
kau permata hati SKBR yang tercinta..
cuma kau sahaja yang belum mengerti....

kau bukan hanya pembantu guru,
bukan hanya sekadar guru kepada murid-muridmu,
malah kau pembantu kami jalan ke syurga,
sama-sama kita beriringan menuju ke sana,
berlumba-lumba dengan kebaikan dan kesabaran,
bukan jatuh-menjatuhkan, bukan malu-memalukan,
yang gelap kita terangkan, yang kusut kita leraikan,
yang patah kita sambung, yang susah kita tolong..
yang koyak kita tampalkan... agar yang aib tak terbongkar..
lupakan sengketa lama, kita baiki kelemahan diri,

Maafkan kakakmu ini, sekadar peringatan kita bersama,
aku tidak pernah berada dalam situasi sebegini....
Cuma kupinta padamu,
jangan pula kau berpura-pura di depanku...
Bak menanam tebu di tepi bibir...
manis bukan bak madu,
manis boleh membunuh manusia yang lemah,
lemah semangatnya, lemah kudratnya,
Kerana kemaafan ku tiada duanya...

Dan kini aku akan lebih berwaspada...
Supaya tidak terbabas lagi,
aku tak mahu kecundang tanpa bertanding...

Sama-samalah kita rapatkan shof kita,
sama-sama berganding bahu membantu,
shof kita....
yang dah lama robek di tengah, bocor di atas,
tersopek di tepi dan bolos di bawah,
yang buruk kita ganti, yang baik kita cari,
shof kita umpama tiang yang dimakan anai-anai...
luar nampak kukuh, tapi reput di dalam,
siapa yang menjadi dalang, kau jawablah di sana nanti,

kita bina jalinan baru di awal tahun ini,
aku pasti tersenyum menanti..
bersama teman-teman yang lain.
hanya SALAM KEDAMAIAN & UKHWAH
yang sangat kudambakan...
andai ini terjadi,
bukti ALLAH masih menyayangi kita semua,
WARGA SKBR yang tercinta...
___________________________________________
Salam sayang untuk semua yang mendoakan aku,
biar kusendiri mengubati luka yang telah tercalar ini.....
moga ada sinar di hujung nanti.
(Jan 2010 melakar banyak hati yang terluka???)..

Aku menulis lahir dari hati ikhlasku,
bukan pula mahu meraih simpati...
(andai ada kesilapan bahasa,
maafkan aku, aku bukan sasterawan negara,
hanya sekadar sasterawan di dapur...)
Aku ingin gembira seperti dulu..
ceria seperti selalu.. senyum tapi pemalu..

Isnin, 25 Januari 2010

Jangan Ada Benci (motivasi diriku part 2)

Lirik: Jangan Ada Benci (Casey)

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )
( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati

Jangan ada benci antara kita,

Ahad, 24 Januari 2010

Lirik: Suara Rindu (Lagu2 dlm "Cinta Balqis").

sweet lady berkata...
akak..lagu yg lelaki nyanyi xde ke....lirik nya lebih kurang mcm ni la
di takdirkan..aku syukur selalu..kecewa datang dan pergi tinggal ku sendiri..
12:18 AM, Januari 24, 2010
Ini dia Eiza, lirik yang Eiza nak tu..

Lirik: Suara Rindu - Azad Jazmin
(for you my dear Asneeza)

suatu yg indah
ceritanya bermula semlm
andainya dpt kurasa selamanya
tetapi kutahu tidak mungkin
dapatku miliki walaupun kau
hadir hanya dalam mimpi

kuteruskan hidup
hari demi haripun berlalu
seksa dan derita kutanggung sendiri
apa yg tinggal hanyalah
doaku padamu tuhan
pasrahku hanya kamu yang menentukan

pun tak pernah kusesalkan
kecewa datang dan pergi tinggalku sendiri
ditakdirkan aku syukur selalu
sesungguhnya aku tahu
temanku hanyalah... aku

semoga suatu hari nanti
dapatku temui penawar dukaku
yang berdarah luka
pabila bertemu pasti
aku suarakan rindu
laguku untukmu buat selamanya.

Teman gembira mudah dicari, teman menangis sukar ditemui...

Allahu Akbar… (dugaan datang lagi..)

Jika anda menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup dan pernah menyimpang dari kehidupan yang sepatutnya, lagu di bawah adalah lagu yang mampu menenangkan hati anda. Hayatilah liriknya. (Sumber: iluvislam)

Allahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Tenanglah jiwa, Usah dilayan gundah gulana...
Kau bisa lemah, Kau bisa terkulai...
Usah diturut kata hati, Kau bisa mati...
Tak siapa yang mengerti...

Sabtu, 23 Januari 2010

Jiwa Guru (motivasi untuk diriku part 1).

Jiwa Guru
(Petikan ini kuambil dari wall pejabat aku..saja nak memahami,mendalami n menghayatinya).


Bila kita seorang guru,

Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia. Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
*
Semoga semua cikgu yang berjiwa guru.


Aku yang tak punya apa-apa;

Aku yang tak sedar diri.

Astaghfirullah hal Adzim, Sabar Adilla, sabar...
Mulai saat ini, sedarlah diri kau siapa sebenarnya.. jangan lupa diri! Setakat Guru Pendidikan Islam yg tak pernah menggenggam segulung ijazah, selagi kaki kau tak melangkah ke dewan untuk majlis konvokesyen, selagi itulah kau jangan nak berlagak dengan guru-guru yang tak sama taraf dgn kau... mereka lebih tinggi ilmunya dan lebih tinggi darjatnya daripada kau.

Kak Dilla memohon kemaafan kepada semua warga SKBR andai selama ini kak Dilla telah melebihi atau melangkahi garis sempadan itu. Mungkin akak tak sedar wujudnya garis sempadan itu selama ini. Mungkin akak manusia yang sombong bodoh selama ini...

p/s: "Adilla, janganlah kau menyusahkan orang; berikanlah kesenangan kepada orang walaupun kau yang akan menanggung kesusahan..." Maafkan kak Dilla sekali lagi. Halalkan ilmu yang telah dicurahkan kepada akak!!!

Ustazah Cabuk;

Jumaat, 22 Januari 2010

Berita dusta

Tazkirah di subuh Jumaat,
"Marilah pembaca blog semua, sama-sama kita renungkan, fikirkan apa yang terdapat dalam pengertian ayat ini". Jauhilah berita-berita dusta.

Tafsir Al-Quran:

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya".
Surah An-Nuur ayat 15
Insaflah,

Khamis, 21 Januari 2010

Terkini : Guru Besar/Pengetua @Facebook

Antara info terkini yang aku dapat semasa menghadiri Taklimat di PPD Hulu Langat hari ini. Semua Guru Besar dan Pengetua perlu ada akaun Facebook untuk "JALINAN RANGKAIAN PROFESIONAL (FACEBOOK) PENGARAH JABATAN PELAJARAN SELANGOR BERSAMA KETUA SEKTOR JABATAN PELAJARAN, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI SELANGOR".

Rasionalnya untuk:
  1. Satu kaedah bagaimana interaksi di antara ketua dan ahli-ahlinya.
  2. Penyampaian maklumat dari ketua secara terus (first hand).
  3. Menyalurkan maklumbalas dari ahli-ahlinya dan
  4. Mendapat maklum balas dari ahli-ahli di bawahnya tentang permasalahan dan 'problem solving'.
Baguslah macam tu..
p/s:"Nak ajak Guru Besar main segala menan kat fb sebagai release tension..camana boleh tak?". Ramai kengkawan yang pandai jadi 'petani' n 'penternak' kat fb tu.. Tapi belum boleh digelar usahawan lagi. Jgnlah aku terjebak dgn hal-hal mcm ni, naya jadinya.



Jangan harap akaun je ada, kalau ada tapi tak buka-buka langsungpun tak guna jugak.

Selasa, 19 Januari 2010

Taklimat Penilaian Prestasi Thn 2009

Pagi tadi, aku dapat surat panggilan menghadiri taklimat di PPD Hulu Langat. Nampaknya, ini mesyuarat/taklimat pertama aku pada tahun 2010 ini. Tak kisahpun, dah biasa. Taklimat tentang pengisian markah prestasi guru-guru dan kakitangan secara online.

Wow!! Online lagi.. senang sikit kerjanya. Bila-bila masa boleh diisi, hantar dan diakses oleh pihak atasan. Mudahkan, tapi jangan line internet meragam sudahlah..Takpun jangan server pulak lembab atau 'hang'. Pening aku nanti..

Ini butiran surat panggilan tu;

Taklimat Penilaian Prestasi Tahun 2009 Secara Online Daerah Hulu Langat
Tarikh : 21 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa :
(1) Kump. 1 : 8.00 am - 10.00 am
(2) Kump. 2 : 10.30 am - 12.30 pm
(3) Kump. 3 : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat : Wisma MSSD, Blok C,
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat,
Saujana Impian, Kajang.

p/s: Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada guru-guru yang bakal mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 (APC) ini. Calon-calonnya aku dah tahu lama... moga berjaya!

Aku yang menurut perintah;

Isnin, 18 Januari 2010

Grand Final "Cinta Balqis" @ TV3.



Hari ini tak sabar rasanya hendak menunggu jam 6.30 petang. Apa taknya, tengok entripun dah tahukan. Tentu ramai peminat slot Akasia "Cinta Balqis" yang mempunyai perasaan macam aku. Mana taknya, kitaorang teruja nak lihat ending drama tersebut.

Dalam Episod 43 yang lalu. Balqis dan Marlisa tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Lalu Emran terpaksa memberikan keputusannya sendiri.. jadi apakah agaknya keputusan tersebut??? Suspenkan.. Lama tak tengok cerita Melayu yang benar-benar memberikan impak kepada penontonnya..

Sebelum ini, Nur Kasih juga dapat meraih bilangan penonton yang ramai..Sekarang peminat siri tersebut bolehlah membeli DVD Nur Kasih.. Aku harap Cinta Balqis juga dapat diterbitkan dalam bentuk DVD juga..(Pasti aku beli..)

Kita tunggu ending Cinta Balqis ya! Siapa yang bahagia dan siapa yang sengsara? Emran? Asan? Balqis? Mar? Mak Biah? Mak Chah? Ray? Botak? Makcik Senah? Mimi? Abang Asan mati ke? OOOooooo tidak!!!

Suka "abang Asan",

Ahad, 17 Januari 2010

Lirik: Istana Cinta (Lagu "Cinta Balqis").



Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

Penyanyi: Eira Syazira
Komposer: Taja Meet Uncle Hussein
Lirik: Arome & Onie

Lirik: Takkan Terganti (Lagu2 dlm "Cinta Balqis").



Takkan Terganti by Hello Band.

Sekian lama ku tak melihatmu
Sekian lama ku tak menyentuhmu
Pertemuan itu menggoda a…ku mencoba
tuk mengulang…
Mencintai dirimu lagi

Akankah kau berikan, cinta lama yang hilang
Akankah ku dapatkan, hati yang dulu indah
Sesungguhnya engkau takkan terganti

Meski telah ada cinta yang lain
Aku tetap saja trus memikirkanmu
Pertemuan itu menggoda a…ku mencoba
tuk mengulang…
Mencintai dirimu lagi

Akankah kau berikan,cinta lama yang hilang
Akankah ku dapatkan
hati yang dulu indah…..Kisah yang dulu indah
Sesungguhnya dirimu
Takkan terganti….
"Cinta Balqis", Bukan Cinta Aku...

Lirik: Cahaya Hati (Lagu2 dlm "Cinta Balqis").



Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Allah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


Cinta Balqis Bukan Cinta Aku,

Lirik: Saat-saat Terindah (Lagu2 dlm "Cinta Balqis").



Saat-saat Terindah by Rama Band

Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa temani sepi
kini semua cintamu tlah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan
sendiri

waktu terus berjalan dan memberi
perih di hati
hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku menyadari
kau begitu berarti di dalam hidupku ini

saat - saat yang indah saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg tlah berlalu kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ku ingin kembali

hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai diriku lagi
kini baru aku sadari
kau begitu berarti di dalam hidupku ini
"Cinta Balqis" Bukan Cinta Aku,

Lirik: Takkan Pernah Menyerah (Lagu2 dlm "Cinta Balqis").



Takkan Pernah Menyerah by Rama Band.

Aku sadari engkau pernah dengan dirinya
Dan di dalam hatimu masih ada namanya
Mohon izinkan aku untuk mendekati dirimu
Dan menyakinkan engkau bila ku mengharapmu

Walau aku harus seberangi lautan
Dan mendaki gunung tinggi ambil bintang untukmu
Walau aku harus mengitari bumi
Mencari sesuatu yang bisa membuatmu tertawa

Reff:
Bagaimana caranya agar engkau mengerti
Yang selalu di hati hanyalah dirimu
Sudah berbagai cara telah ku lakukan
Walaupun harus terjatuh aku tak akan pernah menyerah

Hari berganti seiring dengan ku mencoba
Mendapatkan hatimu mendapatkan cintamu
Namun yang kau berikan tetap diam dan membisu
Tapi aku tak akan pernah lelah mencoba

Back to Reff:
Pic from En.Budiey (TQ).

"Cinta Balqis" Bukan Cinta Aku,

Repair, edit n publish.

Hari ini aku repair lagi blog ini.. Nak buat yang lain sikit. Penat mencari, meng"google" dan segala meng, akhirnya inilah hasil kreativitiku hari ini. (Tak kreatifpun sebenarnya...cedok idea orang je dan tambah apa yang patut).

Suka tengok background ada gambar budak pompuan ni, agaknya sebab aku mengajar budak-budak kecik kot. Macam manis je aku tengok. Aku nak lukis sendiri tak pandai langsung, jadi gunakan aje mana yang ada. Senang cerita.


- header -

Try and error,

Jumaat, 15 Januari 2010

Maal Hijrah 1431H

Sekolah aku telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H pada;

Tarikh : 15 Jan 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKBR
Penceramah : Ustz Elyas Mantan Kump UNIC.
Kumpulan Sasaran : Murid-murid Tahun 6.
(Murid-murid tahun lain terlibat dengan pelbagai pertandingan yang telah ditetapkan untuk kelas mereka).

Foto kenangan;

Sebelum ceramah, Majlis Bacaan Yaasin.

IMG_2234

Persembahan nasyid "Maal Hijrah".

IMG_2238

Ustaz Elyas sedang berceramah... meriah.

IMG_2205

Khusyuk...

IMG_2194

Senyum ceria ustazah-ustazah..

IMG_2199

Senyum lemak berkrim pula daripada cikgu-cikgu...


Selasa, 12 Januari 2010

Lagi kisah sekolah, guru, murid dan duit Part 1.

IMG_1923

Entri sebelum ini berkisar tentang bil utiliti sekolah yang tiada peruntukan..
Ini ada lagi kisah berkisar tentang peruntukan kewangan bagi bidang pendidikan/pelajaran.

Kisah 1:
Aku dapat tahu mulai sekarang sebarang kursus/mesyuarat/bengkel yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (tempat lain aku tak taulah..) tiada lagi disediakan bajet sarapan pagi/minum pukul 10 pagi tu/makan tengah hari. Emmm..hebat tu. Ini telah dilalui oleh Puan Guru Besar sekolah aku dengan Penolong Kanan 1 semalam.

Masa nak balik sekolah semalam aku, terserempak dengan Guru Besar di kantin sekolah. Beliau sedang makan..macam lapar je. Beliau baru habis meeting kat PPD. Rupanya peruntukan makan tak disediakan lagi. Kesian GB aku..

Pagi tadi PK 1 cerita kat aku kisah dia pergi meeting kat PPD.. nampaknya kes dia pun sama juga dgn GB. Tapi Pegawai PPD tu ada juga siapkan air mineral dan 2 biji kuih. (Alas perutpun tak apalah..) Sebelum ni tak pernah pulak terjadi...dulu kalau meeting/bengkel DATA semua ada..(sarapan, minum rehat dan makan tengah hari).

Tak lama lagi aku pula akan meeting kat PPD tu.. so sebelum pergi aku kena breakfast dulu kat sekolah. Ingatkan makin hampir tahun 2020, makin maju.. tapi, alahai???

Ahad, 10 Januari 2010

Siapa nak bayar bil utiliti sekolah???

Pelikkan entri aku kali ini.. selalunya yang kita fikirkan pasal bayaran bil-bil utiliti rumah kita. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Aku difahamkan tahun ini bayaran utiliti sekolah tidak lagi ditanggung oleh peruntukan kerajaan. Habis camana tu?

Sebelum ini duit utiliti diberi oleh kerajaan sehingga 6 bulan, selebihnya sekolah bayar. Sekarang sekolah yang tanggung semuanya. Hishhh, mana nak cari duit ni.. Sekarang ni, yuran kan free.. kalau ada bayaranpun untuk derma PIBG, insuran dan sukan MSSN.. lebih kurang RM58.50. Pada sesetengah ibu bapa, tentu mereka gembira bila semuanya percuma, tapi tidak bagi pihak sekolah..

Kalau tak ada duit.....
Bagaimana sekolah hendak membuat pelbagai program untuk murid-murid. Program kecemerlangan, program keagamaan, program sukan dan sebagainya lagi.. Ini tak kira sekolah bandar ke, sekolah luar bandar ke.. situasinya sama.

Sekarang terdapat sekolah-sekolah yang meminta sumbangan RM10 sebulan ke atas setiap orang guru di sekolah mereka. Memang tak banyakpun, tapi nampaknya guru-guru juga yang perlu berkorban dalam hal ini. Sepatutnya semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk melunaskan segala pembayaran bil utiliti tersebut. Baru adilkan... Taklah masalah ini ditanggung oleh pihak guru aje.

Pening kepala dibuatnya.
Sekolah aku dahlah besar, bil air aje dah beratus ringgit, bil api mencecah ribu ... camanalah nak bayar semua tu..Sekolah bukan ada danapun. Murid-murid seramai 1890 orang, tentulah bajet kami kena besar.

Kalaulah ada usahawan atau orang kaya yang terbaca entri ini..serta bermurah hati nak beri sumbangan kat sekolah aku..bolehlah hubungi aku ya!



Tolong! tolong! Sapalah nak tolong ni...

Sabtu, 9 Januari 2010

Layout Baru.



Sempena hari ini cuti hari pertama, sesi persekolahan 2010.. aku nak tukar layout blog aku..(macam sekarang ni). Amacam okey tak? Tema aku kali ini ialah 'nature' ataupun flora dan fauna. Aku nengok monkey tu macam kiut je.. Anda setuju tak dengan pendapat aku?

Akupun tak pasti berapa hari aku minat layout ni..kalau rajin aku tukar lagi. Terpulang lah dengan kerajinanku. Jadi buat masa ni, inilah layout pertama aku pada tahun 2010 ini..

Cintakan Flora & Fauna,

Rabu, 6 Januari 2010

Program Maju Diri.

Minggu ini semua murid tahap 2 kat sekolah aku mengikuti Program Maju Diri yang dikendalikan oleh kaunselor. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi semangat, dorongan, galakan dan sebagainya kepada murid2 supaya dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka..

Aku pula sibuk menyiapkan jadual waktu yang baru (rombak semula) kerana ada pertambahan 2 orang guru pada hari Isnin lalu. Kedua-duanya baru 'posting'. Fresh lagi tu... En Shahrul Nizam dan Pn. Norazlina. Selamat datang ke SK Bandar Rinching!!! Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini.

Kat entri kali ini aku nak letak gambar sekolah aku semasa Program Sihat Cergas diadakan tahun lepas.. Gambar ini unik sikit sebab..semua dah bertopeng..cam penyamun tarbus..Hi hi hi,




Para guru dgn murid2 melakukan senaman sambil memakai 'mask'.





"Menari poco2 sambil pakai 'mask', tak sesak nafas ke"?


Isnin, 4 Januari 2010

Sekolah Kebangsaan @ sekolah rendah islam

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bila terkenangkan situasi hari pertama persekolahan ini, memang banyak peristiwa lucu dan lawak yang telah kulalui selama aku mengajar..Iyalah akukan guru sekolah rendah, tentu aku dah tengok pelbagai ragam murid2 tahun 1 ketika mula melangkah ke alam persekolahan.

Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang 2 orang anak sedara aku ni..yang baru masuk tahun 1 pagi tadi.

IMG_1330IMG_1421

KISAH 1 : ISYA – SRI SEREMBAN.

IMG_1306

Ini Isya.. nama penuh Fariesya Athirah bt Awang Jamri (anak adik bonsu aku – Shima) bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seremban. Baru je cukup 6 tahun pada hujung Nov lalu. Suka membaca dan cepat merajuk. Pagi tadi sebelum pergi sekolah dah mula merajuk. Puncanya ayah Isya suruh dia bawa beg kecil aje ke sekolah sebab minggu ni ada program transisi. Buku teks & latihan tak perlu bawa banyak.. Isyapun apa lagi tarik muka masam dan muncungpun panjang je.. kalau dibiarkan pasti ‘banjir’ jadinya..Nasib baik ibu menyelamatkan keadaan suruh dia bawa beg baru dan beberapa buah buku sahaja. Ceria kembali muka dia.. Ayahpun satu.. budak baru nak masuk sekolah disuruhnya bawa beg yang tak glamor..mestilah dia sedih, tambahan pula kakak bawa beg baru. Sian Isya..

Kisah 2 : QILAH – SEKOLAH KEBANGSAAN

IMG_1288IMG_1296IMG_1265

Ini Qilah..Aqilah Zulaikha bt Zulkifli (anak abang aku Along + Along Afiza) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mantin. Umurnya hampir sama dengan Isya..dia muda 2 minggu daripada Isya. Mulut Qilah memang becok sikit, pandai buat lawak. Kalau dia ada memang kecoh jadinya. Kisah hari pertama Qilah memang menarik.. balik sekolah dia dah mula merungut kat abah dia.. Antara bebelan Qilah “..abah, sekolah ni tak bestlah. Lama sangat nak balik..”. “Berat sangatlah beg ni..” Abah dia kata, tulah sapa suruh beli beg besar.. (Mulanya aku ingatkan dia bawa banyak buku, padahal alongku beritahu buku adalah 3 buah termasuk kamus bergambar..La, baru 3 buku dah berat???). Yang paling kami nak gelak bila Qilah kata..”"abah, abah.. Qilah nak mintak cutilah dengan cikgu..” Mak aii, baru satu hari sekolah dah nak mintak cuti.. Qilahhh, qilahhh..memang mulut makciklah kau ni..

“Nasib baiklah Qilah tak sekolah kat sekolah Mak Ngah”. Kok tidak payah Mak Ngah nak layan kerenah kau..sayang ooii. (Camanalah esok ni..dah mula sekolah agama pulak. Nasib baik Along cuti 3 hari).