Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 23 Januari 2010

Jiwa Guru (motivasi untuk diriku part 1).

Jiwa Guru
(Petikan ini kuambil dari wall pejabat aku..saja nak memahami,mendalami n menghayatinya).


Bila kita seorang guru,

Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia. Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
*
Semoga semua cikgu yang berjiwa guru.


Aku yang tak punya apa-apa;

2 ulasan:

  1. kak, sabar dgn sebenar2 sabar. Manusia mmg akan kecewa apabila apa yg dihajati tidak dipenuhi. Namun jgn biarkan nafsu marah menguasai perasaan hingga menenggelamkan kebijaksanaan akal. Syaitan akan memainkan peranannya. Masa akan menentukan kebenaran kerana Allah sebagai hakim yg Maha Adil. Jaga lidah, tuturkata, dan berhikmah. Cdgn sy, jauhkan diri daripada perkara2 yg menyesakkan fikiran krn hidup ini untuk mencari keberkatan dan kebahagiaan hakiki di akhirat. Untuk capai syurga akhirat, kita kene capai syurga dunia. Jadikan sekolah kita syurga, krn ia tmpt kita mcari rezeki, mudah2an kita dpt rezeki yg berkat. Jadikan umah kita syurga krn suami dan anak2, mak bapak dan siblings adalah kebahagiaan kita, murid2 kita yg naif adalah amanah. Manusia yg berasa kalah, yg lemah dikuasai nafsu mmg tidak akan puas selagi tidak melihat manusia lain yg dianggap musuh jatuh tersungkur. Kak bykkan bersabar dgn istiqamah dlm tugas. Bahagia letaknya di hati kita, bkn pd ukuran wang ringgit, harta, pangkat, ke'glamouran' dan kedudukan. Mudah2an keberkatan akan kita nikmati. Sy penah jatuh tersungkur, pernah rasa kesakitan yg amat sgt, kerana itu sy berhak menyatakan semua ini. Kak yakinlah pada kekuasaan Allah bhw ini adalah cabaran dan ujian. Utk menguji darjah keimanan. Jgn sampai kuar pkara2 yg menunjukkan lemahnya iman kita. syaitan ketawa melihat sebuah kehancuran. Buat cam sy, abaikan shj yg tidak penting. sori kak jika apa yg sy catat bimbang makin melukakan, tp percayalah, sy adalah shbt yg sentiasa mendoakan dan ingin melihat suma shbt yg lain dlm keadaan gembira. sbb tu sy turut terpalit duka. apalah nak jadi dengan dunia pendidikan yg murni ini..jika org2 yg didalamnya sudah tidak pandai bersatu hati. byk2 ngaji ya, ketenangan akan hadir kmdn. take care

    BalasPadam
  2. mohon saya menyalin bait-bait motivasi ini untuk di kongsi dgn rakan lain..TQ

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!