Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 12 Januari 2010

Lagi kisah sekolah, guru, murid dan duit Part 1.

IMG_1923

Entri sebelum ini berkisar tentang bil utiliti sekolah yang tiada peruntukan..
Ini ada lagi kisah berkisar tentang peruntukan kewangan bagi bidang pendidikan/pelajaran.

Kisah 1:
Aku dapat tahu mulai sekarang sebarang kursus/mesyuarat/bengkel yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (tempat lain aku tak taulah..) tiada lagi disediakan bajet sarapan pagi/minum pukul 10 pagi tu/makan tengah hari. Emmm..hebat tu. Ini telah dilalui oleh Puan Guru Besar sekolah aku dengan Penolong Kanan 1 semalam.

Masa nak balik sekolah semalam aku, terserempak dengan Guru Besar di kantin sekolah. Beliau sedang makan..macam lapar je. Beliau baru habis meeting kat PPD. Rupanya peruntukan makan tak disediakan lagi. Kesian GB aku..

Pagi tadi PK 1 cerita kat aku kisah dia pergi meeting kat PPD.. nampaknya kes dia pun sama juga dgn GB. Tapi Pegawai PPD tu ada juga siapkan air mineral dan 2 biji kuih. (Alas perutpun tak apalah..) Sebelum ni tak pernah pulak terjadi...dulu kalau meeting/bengkel DATA semua ada..(sarapan, minum rehat dan makan tengah hari).

Tak lama lagi aku pula akan meeting kat PPD tu.. so sebelum pergi aku kena breakfast dulu kat sekolah. Ingatkan makin hampir tahun 2020, makin maju.. tapi, alahai???

2 ulasan:

  1. Ha... Undilah bapak sedaro laie...! Kan dah susah !

    BalasPadam
  2. ish..kak dila ni buat saya makin seram nk balik keje sekolah..uwaa..

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!