Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 26 Januari 2010

Salam Kedamaian Untuk Semua.

Bila Kak Zainita mula berkata-kata,
Buatkan aku bertambah malu,
Malu pada diri sendiri, malu pada Illahi,
Malu pada adik-beradik ku di facebook,
Kak Zainita, Kak Sharifah jua kak Mazeeta,
dan nun di sana adikku Hairiah,
(sekadar menyebut beberapa nama sahaja ye),
Kamu semua membuka mindaku,
membuka deria kemanusiaanku..

Kini kukenal erti sahabat sejati,
Kutahu erti kawan,
Dan aku maklum apa itu lawan...

Sahabat sejati, menarik kita dari kesedihan..
lari dari pusaran air, keluar dari gunung berapi,
Kawan, sekadar simpati di angin lalu..
tanpa memberi nasihat dan kata perangsang,
tanpa hadir membalut luka, tidak juga mengubat jiwa,

Manakala lawan, gembira apabila pertelingkahan tercetus,
bersorak, menang bagai juara, walau tanpa sebarang piala,
tapi hadirmu menambah panasnya bahang api neraka,
kau tertawa gembira...malah,
bersukaria bagai syaitan-syaitan ...
Yang JAHANAM tempatnya,

Antara kak Adilla dan adikku Anep,
Ada kekusutan yang melanda,
Ada hati yang terhiris,
Ada jiwa yang tewas, (..aku ke?)
Ada rahsia yang terpendam,
Ada pengajaran yang perlu dihalusi,
Ada peringatan yang digali,
Ada hikmah untuk kami,
Hanya kami sahaja yang memahaminya,

Tunggu... akan tiba masanya,
kerana aku benci dengan semua ini,
aku letih dengan prasangka,
aku lelah dengan kerenah mereka,
kerana aku sayang kamu semua..
pasti kekusutan ini akan aku leraikan jua,
Insya Allah, akan ada angin perdamaian,
dan buat semua gembira nanti.

Pintaku untuk semua,
Andai ada salahfaham antara kita,
Jangan ada menjadi kayuapi,
Jangan ada penambah cerita.
Nanti bara api menunggu kita,
Di alam sana,
Cukuplah dosa-dosa lama kita,
Yang belum pasti diampun Illahi..

Tapi..
usah kau ulang sekali lagi, adikku...
kerana aku bukan seperti mereka,
aku bukan talam dua muka, dan bukan jua 'si batu api'
apa yang aku ada.. itulah aku sebenarnya,
andai kau mengerti adikku,
tiada terpalit sebarang dengki dihatiku,
tiada sebesar zarahpun aku membencimu,
cuma kecewa telah datang bertandang,
sendu tiba tanpa kuundang,
bersama airmata tumpah bagai pancuran air...
lumrah manusia tatkala duka menyapa,

tapi adikku, kau jangan tersilap lagi,
kau harus sedar,
kamu semua sebenarnya mutiara SKBR..
penunjuk jalan untuk kami ke sana,
bukan penyebab kami ke neraka,
banyak ilmu yang perlu kami cari darimu adik-adikku,
banyak teladan yang kami mahu contohi,
banyak tunjukajar dari kalian,
ajarlah kami ilmu yang kau miliki,
ilmu akhirat yang kami cari,
ukhwah silaturrahim yang kami mahu,
bukan mengikut syaitan yang direjam,
adik-adikku,
kau permata hati SKBR yang tercinta..
cuma kau sahaja yang belum mengerti....

kau bukan hanya pembantu guru,
bukan hanya sekadar guru kepada murid-muridmu,
malah kau pembantu kami jalan ke syurga,
sama-sama kita beriringan menuju ke sana,
berlumba-lumba dengan kebaikan dan kesabaran,
bukan jatuh-menjatuhkan, bukan malu-memalukan,
yang gelap kita terangkan, yang kusut kita leraikan,
yang patah kita sambung, yang susah kita tolong..
yang koyak kita tampalkan... agar yang aib tak terbongkar..
lupakan sengketa lama, kita baiki kelemahan diri,

Maafkan kakakmu ini, sekadar peringatan kita bersama,
aku tidak pernah berada dalam situasi sebegini....
Cuma kupinta padamu,
jangan pula kau berpura-pura di depanku...
Bak menanam tebu di tepi bibir...
manis bukan bak madu,
manis boleh membunuh manusia yang lemah,
lemah semangatnya, lemah kudratnya,
Kerana kemaafan ku tiada duanya...

Dan kini aku akan lebih berwaspada...
Supaya tidak terbabas lagi,
aku tak mahu kecundang tanpa bertanding...

Sama-samalah kita rapatkan shof kita,
sama-sama berganding bahu membantu,
shof kita....
yang dah lama robek di tengah, bocor di atas,
tersopek di tepi dan bolos di bawah,
yang buruk kita ganti, yang baik kita cari,
shof kita umpama tiang yang dimakan anai-anai...
luar nampak kukuh, tapi reput di dalam,
siapa yang menjadi dalang, kau jawablah di sana nanti,

kita bina jalinan baru di awal tahun ini,
aku pasti tersenyum menanti..
bersama teman-teman yang lain.
hanya SALAM KEDAMAIAN & UKHWAH
yang sangat kudambakan...
andai ini terjadi,
bukti ALLAH masih menyayangi kita semua,
WARGA SKBR yang tercinta...
___________________________________________
Salam sayang untuk semua yang mendoakan aku,
biar kusendiri mengubati luka yang telah tercalar ini.....
moga ada sinar di hujung nanti.
(Jan 2010 melakar banyak hati yang terluka???)..

Aku menulis lahir dari hati ikhlasku,
bukan pula mahu meraih simpati...
(andai ada kesilapan bahasa,
maafkan aku, aku bukan sasterawan negara,
hanya sekadar sasterawan di dapur...)
Aku ingin gembira seperti dulu..
ceria seperti selalu.. senyum tapi pemalu..

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    waahh..!! boleh dicalonkan anugerah sasterawan Negara ni..tergugat A.Samad Said..:)
    Whatever,selamat berdamai, maaf-bermaafan adalah jalan terbaik.mulakan hidup baru dalam suasana baru..Qassam menyokong perdamaian ini...
    wassalam

    BalasPadam
  2. Alah Izzuddin, lama dah akak nak suarakan perkara ini.. tapi tak berkesempatan. Semoga hasrat akak ini akan tercapai..Insya Allah. Semoga ada ruang itu untuk kita.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!