Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 10 Januari 2010

Siapa nak bayar bil utiliti sekolah???

Pelikkan entri aku kali ini.. selalunya yang kita fikirkan pasal bayaran bil-bil utiliti rumah kita. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Aku difahamkan tahun ini bayaran utiliti sekolah tidak lagi ditanggung oleh peruntukan kerajaan. Habis camana tu?

Sebelum ini duit utiliti diberi oleh kerajaan sehingga 6 bulan, selebihnya sekolah bayar. Sekarang sekolah yang tanggung semuanya. Hishhh, mana nak cari duit ni.. Sekarang ni, yuran kan free.. kalau ada bayaranpun untuk derma PIBG, insuran dan sukan MSSN.. lebih kurang RM58.50. Pada sesetengah ibu bapa, tentu mereka gembira bila semuanya percuma, tapi tidak bagi pihak sekolah..

Kalau tak ada duit.....
Bagaimana sekolah hendak membuat pelbagai program untuk murid-murid. Program kecemerlangan, program keagamaan, program sukan dan sebagainya lagi.. Ini tak kira sekolah bandar ke, sekolah luar bandar ke.. situasinya sama.

Sekarang terdapat sekolah-sekolah yang meminta sumbangan RM10 sebulan ke atas setiap orang guru di sekolah mereka. Memang tak banyakpun, tapi nampaknya guru-guru juga yang perlu berkorban dalam hal ini. Sepatutnya semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk melunaskan segala pembayaran bil utiliti tersebut. Baru adilkan... Taklah masalah ini ditanggung oleh pihak guru aje.

Pening kepala dibuatnya.
Sekolah aku dahlah besar, bil air aje dah beratus ringgit, bil api mencecah ribu ... camanalah nak bayar semua tu..Sekolah bukan ada danapun. Murid-murid seramai 1890 orang, tentulah bajet kami kena besar.

Kalaulah ada usahawan atau orang kaya yang terbaca entri ini..serta bermurah hati nak beri sumbangan kat sekolah aku..bolehlah hubungi aku ya!



Tolong! tolong! Sapalah nak tolong ni...

3 ulasan:

  1. ..jgn risau kak, setiap masalah ada penyelesaian. ni ayat ngalahkan YB. haha..

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu

    Saya baru je habis meeting PIBG dgn guru2 sekolah anak saya. Hari ni jugalah saya baru tahu yang sekolah kena tanggung sepenuhnya bil utiliti. Terkejut kami bila guru besar umumkan dalam meeting tadi. Walaupun sekolah tak besar tapi bil tetap cecah ratusan ringgit. Kalau dicampurkan air, api, phone sekaligus... mau setiap bulan sejumlah duit 4 angka kena diketepikan untuk bayar bil . Guru besar bagitau yang dia memang perlukan pertolongan PIBG sebab duit sekolah memang takkan cukup.

    Air muka guru besar tadi pun dah menampakkan kerisauan. Sekolah bukannya profit centre. Manalah nak cari duit kalau kementerian / kerajaan tak bantu. Nampaknya duit yang diperuntukkan untuk aktiviti anak2 kita disekolah terpaksa dilaburkan utk bayar bil. Saya sebagai wakil PIBG terfikir juga apa rasionalnya disebalik tindakan kementerian buat keputusan yang sebegini. Ingin juga nak tahu kemana peruntukan yang sepatutnya bantu sekolah bayar bil telah dan akan dilaburkan.

    Anak2 bersemangat ke sekolah. Guru-guru bersemangat mengajar.
    Takut juga nanti mereka hilang tumpuan belajar dan mengajar disebabkan bebanan yang sepatutnya tidak perlu mereka tanggung.

    Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua, amin.

    BalasPadam
  3. Pn. Fazlina, terima kasih krn sudi bkongsi pengalaman puan di sini. Itulah situasi yang dialami oleh pihak sekolah masa ini. Sekolah terpaksa menanggung pelbagai bayaran, sepertimana yg puan jelaskan. Segala bil utiliti sekolah memerlukan wang yang banyak.. PIBG dgn pihak sekolah terpaksa mencari jalan bagi mendapatkan dana yang dikehendaki.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!