Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 20 Februari 2010

Jadual Waktu dgn Penuh Perasaan...

 
Tajuk entri kemain lagi..(sori entri ini panjang sikit..kalau sudi bacalah..)
Tahun 2010 inilah tahun paling banyak aku kena buat jadual waktu..pecah rekod ke, pecah kepala ke, pecah apapun aku tak tahulah... Bukan salah sesiapapun, bukan sekolah, bukan PPD hatta JPN sekalipun.  Semuanya kerana keperluan yang mendesak, bilangan murid sekolah aku tahun ni bertambah ramai..bila dah ramai kenalah tambah kelaskan..bila dah tambah kelas, kena tambah guru pulak. Bila dah tambah guru...tambahlah keje aku nak buat jadual waktu baru...hehehe, suka sangat buat jadual. (ambik kau...)

Aku buat entri ini sebab aku sedang buat jadual waktu ni..untuk edisi ke 4 bagi sesi pagi dan edisi ke 4 bagi sesi petang ..(sesi petang yg dah print baru 2..lum sempat nak print yang ke 3..dah reshuffle semula untuk edisi ke 4..huhuhu). Patut semua jadual ini aku dah print sebelum cuti CNY hari tu..tapi last2 minit ada lagi yang kena tukar..so jawabnya..next weeklah baru dapat jadual baru.

Buat jadual waktu setahun 2 atau 3 kali itu biasa laa..macam tahun 2009 aku kena buat 2 kali sahaja, sebab pertambahan murid tidak ketara sangat..tahun 2010 ini mula buka sekolah kelas ada 43 buah sahaja.. sekarang ini termasuk kelas yang akan dibuka minggu hadapan ialah sebanyak 50 buah kelas biasa.. (7 buah kelas dibuka secara beransur-ansur sebab tu jadual waktu kena buat banyak kali..) Nasib baik kelas Pendidikan Khas bukan aku yang buat..

Semasa kita nak buat jadual waktu ini kita perlu tekun..kena teliti lebih, banyak guna emosi..dan juga  tenaga..(tenaga mata..dok renung pc berjam-jam) dan tak mahu gangguan.. bila aku tension masa tulah nak nyanyi2, nak berzikir, nak buka facebook (kena sosial jugak), nak mandi-manda banyak kali..(kepala dah berasap) dan macam2 lagi perkara yg aku buat. 

Pengalaman pertama aku buat jadual waktu pada tahun 2004 (mula terjebak) memang pening sangat.. apa taknya, bila dah siap print jadual, baru aku perasan ada beberapa kelas yang waktu PJ (Pendidikan Jasmani)nya pukul 12.00 tengah hari..hoi, gila ke nak PJ tengah hari buta macam tu.. Bukan murid jer yang pitam..cikgu2pun boleh koma kalau macam tu. Naya sekolah nak jawab nanti. Takpun aku naya kena belasah kat cikgu2 yang terlibat tu.. Kesilapan yang macam inilah..yang akan memahirkan kita.

Kesimpulannya di sini...(ada kesimpulan bagai) bukan senang nak buat jadual waktu, macam-macam dugaan dan cubaan yang telah aku alami.. ada yang marah kat aku..(jadual dia tak cantiklah, masa yang diberi tak kenalah, ada yang kata: saya tak nak ajar lepas rehatlah subjek ni.., ada yang kata: tak dapatlah nak makan kat kantin lama sikit) dan ada yang suka kat aku..(pandailah Dilla buat jadual... terima kasih ye kak, cantik jadual saya).. Pada hal semua tu bukan aku yang buat..tapi komputer yang generate semuanya.. aku hanya isikan semua data dan check kalau2 ada kelas yang tak cukup subjek atau yang bertindih subjek ke.. 

Semua itu asam garam kehidupan..biasalah kitakan manusia, tak ada yang sempurna. Tapi Jadual Waktu 2010 ada sejarah yang tercipta untuk aku kenang sepanjang hayat..
Maafkan aku kawan-kawan, andai jadual waktu yang kau terima tidak memuaskan hati kamu semua.. Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan ke atas bahuku. Aku memang suka buat jadual...hihihi

I'm not perfect teacher...(belasah ajelah BI aku ni),

4 ulasan:

  1. ..Jadual lagik? memang rekod!. But satu perkara yg sy nk share kat sni negara tahhapa2 nama dia nikan kak, deme xkan trima murid lagi jika kelas dah cukup 25org. xda tmbh kelas, xda tmbh guru. Tiap kwsn perumahan ada sekolah. kalo nk daftar anak then xda kosong kat sek tu maka kita tpaksa pegi sekolah yg ada kosong walau kdg jauh. mmg tensen. xanto anak sek kene denda lak. so tpaksa. katalah sek tu ada kosong sbb murid ada brenti cthnya krn balik ngara ( cam awin cthnya), barulah anak kita dipanggil utk masuk sek yg kita mohon tu. Apa yg sy nmpk, pbangunannya terancang. bina sekolah dan bina kwsn perumahan sekali. kat ngara kita, bangunan sek yg terakhir dibina setelah sesuatu kwsn perumahan siap. sekolah bhampiran dah mlimpah2 baru ler siap. penat tak bacha komen ni kak? hehe

    BalasPadam
  2. Baca komen Yah? ..tak penatpun. Suka, sebab ada yang baca. Klu tak ada yang baca, jadi borak kosong namanya..takpun cakap sensorang. Baguslah camtukan..nak bina perumahan, bina sekolah sekali. Baru terancang namanya.

    BalasPadam
  3. suke sangaaaaaaaat buat jadual ye kak? hehe..bagus2

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!