Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 9 Februari 2010

Salam Takziah.

Salam takziah kepada Ustazah Sharifah Noorzihan... di atas pemergian bonda tercinta beliau ke rahmatullah pada pukul 10.40 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya. 

Pagi tadi kak Pah datang sekolah seperti biasa, cuma aku dengar kak Pah rasa tak selesa kerana kasut sekolahnya tertinggal di rumah...kak Pah hanya memakai sandal sahaja pagi ini. (walaupun sandal bagi beliau..tapi bagi aku..sandal tu cantik aper..sama cam kasut jugak, cuma ia tidak bertutup penuh). Aku lihat kak Pah gelisah ajer...mungkin inilah petunjuknya..

Aku terjumpa kak Pah kat depan office pukul 9.40 pagi.. dia baru abis kelas. Aku nampak dia macam tergesa-gesa ke pejabat..rupanya kak Pah nak isi borang keluar sekolah. Kak Pah beritahu aku, ibunya  sedang kritikal di sebuah hospital di Perak.. 
Ya, Allah!!! aku mula terbayang bagaimana aku mengalami situasi sebegini pada Oktober 2001.. masih aku ingat semuanya... masih aku terkenang apa yang berlaku di Wad ICU Hospital Seremban... apa yang tertulis pada 18 Okt 2001..bersamaan 1 Syaaban.  Kenangan pahit bagiku..aku kehilangan orang yang paling aku kasihi di dunia ini..Tiada gantinya dan takkan terganti oleh sesiapapun. Kerana ibu hanya satu..tiada dua atau tiga.

Sms kak Pah kuterima jam 10.45 pagi, memaklumkan bahawa kak Pah dalam perjalanan ke kampungnya serta perkhabaran ibunya telah pergi untuk selama-lamanya.. Aku terkesima sebentar, tanpa kusedari airmata mengalir di pipi.. aku dapat rasakan apa yang kak Pah alami saat ini..sebab akupun telah melalui dengan payah sekali waktu itu. Pergilah kasih, pergilah sayang..kerana takdir itu telah ditentukan Allah s.w.t.. Hanya doa dan ayat-ayat suci yang mampu aku sedekahkan buat mereka yang telah kembali.  Semoga kak Pah dan keluarga tabah dan sabar melalui liku-liku cabaran ini. Al-Fatihah.

"Sayangi dan kasihi kedua ibubapamu semasa hayat mereka masih ada,
Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku,
Aminnn..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!