Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 26 Februari 2010

Sejarah Ringkas Kelahiran Rasulullah s.a.w. part 1

Masjid Nabawi..
Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam seluruh dunia. Semoga kita mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada sirah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini aku nak mengimbas kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (secara asas sahaja).
  1. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah (Mekah) pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah (570 M) sebagai anak yatim.
  2. Bapa baginda wafat ketika baginda masih lagi di dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahab.
  3. Tahun kelahirannya dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut, Raja Abrahah dari Yaman telah menyerang Makkah bersama-sama tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah bagi mengalihkan tumpuan ibadat orang Arab ke Yaman. Allah s.w.t telah menyelamatkan Kaabah dengan mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk membalas serangan mereka dan menghancurkan mereka. (Peristiwa ini dirakamkan dalam Surah Al-Fiil).
  4. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.dilahirkan ke dunia ini, api sembahan orang-orang negara Rom dan Farsi yang tidak pernah terpadam hampir 1000 tahun telah terpadam dengan sendirinya.
  5. Nabi Muhammad juga dilahirkan dengan keadaan telah berkhitan (bersunat).
  6. Semasa dilahirkan muka baginda pula mengadap ke langit sambil tangannya diletakkan ke tanah.

          bersambung...



2 ulasan:

  1. Terima kasih Nabilah sbb sudi ziarah kat blog ni... ooo suka cerita ini ek... maaflah belum sempat nak sambung Part 2 nya... Insya Allah, bila cukup idea nanti K.Dilla sambung.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!