Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 3 Februari 2010

Sekolah kena rompak lagi...

Dulu 11 Nov 2009, sekolah aku kena rompak.. semalam sekolah menengah (SMK Bandar Rinching) pulak yang kena rompak. Emmm, apalah nasib sekolah-sekolah besar sekarang ni ya? Dahlah kami warga sekolah dah tak berduit nak buat pelbagai program.. ni senang2 hati je perompak tu nak merompak harta sekolah kami.. Memang nak cari nahas agaknya..

Tapi kes kali ini memang mengelikan hati juga..
Apa taknya, kisahnya hampir sama macam perompak dalam cerita P.Ramlee... perompak yang bangang. (Maaf ya, terpaksa guna perkataan ni..sbb tak ada lagi perkataan yg sesuai).

Ceritanya begini.. perompak tu dah puas geledah pejabat sekolah.. maka diaorang dapat pecahkan peti besi sekolah...banyak juga duit dalam tu (1 sen pun tarak). Diaorg marah sangat kat jaga sekolah.. (Jaga dah kena ikat)... dia boleh berkata macam ni..
Perompak Bangang: "Hey, kenapa sekolah awak ni besar..tapi tak ada duit langsung..hah??
Jaga Kesian : "Mana sekolah ada duit lagi".
Perompak Bangang: "Kenapa sekolah tak ada duit?"
Jaga Kesian : "Camana nak ada duit..sekolah dah kena rompak hari tu.."
Perompak Bangang: "Haaah, dah kena rompak?.."
Jaga Kesian : "Betullah dah kena rompak"..
Perompak Bangang : "Iya ke..kenapa awak tak beritau tadi??".. (Marah sangat rupanya, sebab dia tak dapat apa2 hasilpun daripada rompakan kali ini).
Jagapun tak dapat nak jawab soalan terakhir tu.. Sebenarnya sekolah tu memang dah kena rompak beberapa bulan lepas..

*Pengajaran yang aku dapat daripada kisah ini ialah... rupa2nya pekerjaan sebagai perompak inipun ada grednya kan.. (Gred A ke, Gred E?) Kih3. Ada sijil ke tidak...

"Cerdik tak dapat nak diikut, bodoh tak dapat nak diajar".. emmm..
Kisah di atas adalah benar sepertimana yang diceritakan oleh cikgu Maziana.

1 ulasan:

  1. haiyoo..sedey nya kudgr ini citer. betullah cam k.dila kata..dahlah kita skrg misekin, makin nk dikopakkan lagi. suh sumbang ke sekolah, tp len plak dbuatnya deme nih. perompak nih mmg x sekolah dulu2 tauu!! dia ingat sekolah cam bank ker?..kan da membebelll kitaa..

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!