Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 20 Mac 2010

Nakal @ Lasaknya aku ...

Tadi aku terbaca entri kawan aku yang berkisar zaman kanak-kanaknya, tentang permainan mereka waktu itu. Emmm, aku nak cerita jugalah kisah macam tu..sebab seronok sangat zaman kanak-kanak. Aku bukan sahaja nak cerita pasal permainan tapi nak cerita betapa nakal @ lasaknya aku masa tu..

Aku ada 5 orang adik beradik (2 lelaki dan 3 perempuan)..aku anak kedua. Pertama Along (lelaki) dan ketiga Andak (lelaki). Along tua setahun daripada aku, Andak pulak muda 3 tahun daripada aku. Jadi anda boleh bayangkanlah, betapa kami bertiga memang rapatkan..

Waktu petang biasanya, kami akan menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya main polis pencuri, main nyorok2, main baling tin dengan selipar, main galah panjang, galah bulatpun ada dan main hoki. Emmm, bayangkan budak-budak kampung pandai main hoki.. Kami beruntung sebab jiran kami ada pokok limau purut.. Jiran inipun ada 2 orang anak yang sebaya dengan kami, abang Saiful (kawan Along) dan Wati (muda setahun daripadaku)..

Bila tiba musim main hoki ini, kami semua ada batang kayu, asal boleh pukul bola jer, jadilah kayu hoki. Bola hoki pula buah limau purut tadilah.. Nasib baik emak abg Saiful tak marah kami ambil..Main bagai nak rak..berhenti bila emak masing-masing panggil. Meriah betul. Penat main hoki, hari lain main kondang kondi pula..kat rumah abang saiful jugaklah padang kitaorang. Kayu kondang kondi 1 panjang 1 pendek..siapa dapat sambut, memang power. Ini bab main-mainan kitaorang.

Bab jadi askar pula. Abah aku seorang askar wataniah di kem Sikamat, Seremban. Abah ada belikan kami baju askar sepasang sorang, senapang, helmet ada jaring, beg galas..bak kata orang complete lah. jadi kami memang seronok sangatlah jadi askar, mengendap-gendap kat belakang rumah, merangkak-rangkak kat tanah..tembak-tembak dengan senapang yang berbunyi tu. emmm, memang aku cam budak lelaki masa tu..Kawan-kawan, hanya menggunakan senapang papan jer..sian pulakkan. mesti diorang teringin nak guna barang-barang kitaorang.

Tiba bab bergaduh pula..ini yang makan hati. Yang paling suka mengacau aku, Andaklah..Along baik jer. Andak ni kat sekolah dia jaguh lumba lari..tang ini yang aku tak suka ni.. Bila kami bergaduh berdua, Andak suka lari..aku kejar takkan dapat. Yang paling geram bila dia bawa berlari keliling kolam ikan abah ..Besar kolam tu..mana dapat kita tangkap diakan.. Dah geram sangat, malam tu Andak sedang tidur, aku cubit telinga dia..Andak garu-garu je telinga dia...hehehe, dia sikitpun tak sedar. Puas hati aku, ambik kau..ingat tidurpun boleh lari.. Mana mau lari. Rahsia ini aku bongkar masa aku dah duduk asrama..mak kata, bijaknya Angah.. (memang bijak sangat, bijak balas dendam tu..)

Bab aku suka panjat pokok rambutan tak cerita lagi tu..hobi bergayut kat dahan pokok, kedua-dua kaki sangkut kat dahan pokok, pastu kepala ke bawah...emmm, kan bahaya tu kalau jatuh,,,dah lama aku Innalillah..

Ini belum lagi kisah mandi-manda kat sungai belakang rumah. Kalau mandi sungai ini, orang yang paling sakit hati kat kami, arwah emak. Apa taknya, jahanam kain batiknya kami kerjakan. Ambil kain batik tu, ikat paras dada,kembangkan kain tu (buka luas-luaslah), pastu kira 1, 2, 3...kebabooom.. kami terjun masuk sungai dengan kain batik mak.. pegang kain tu rapat-rapat..konon jadi pelampunglah tu..hihihi, gelihati sangat bila teringat kisah itu.

Kisah kenakalan atau kelasakkan aku ini cuma masa sekolah rendah sahaja, bila sekolah menengah aku belajar di sebuah sekolah menengah agama (berasrama)..masa tu aku dah jadi gadis melayu terakhir. Berubah 100% masa tu, dari kanak-kanak perempuan yang ala ala tomboy..menjadi mualimah yang faminin. hihihi.

 Bestnyer jadi kanak-kanak...

1 ulasan:

  1. hahaha......mmg manis juga kenangan zmn knk2 dl kan kak...

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!