Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 2 April 2010

Abg Din Beramboi Meninggal Dunia & Denggi Berdarah


Abang Din Beramboi meninggal dunia pada pagi ini 2 April 2010 : 12.30 pagi. (Saya terbaca hal ini dalam facebook abang Aznil sejam kemudian). Sejak semalam saya terbaca kisah beliau yang sedang kritikal, mulanya beliau disyaki terkena penyakit air kencing tikus. Saya pernah terdengar tentang penyakit ini. Tapi pagi semalam (Khamis) saya terbaca di dada akhbar yang menyatakan beliau mengalami penyakit denggi berdarah...

Pada fikiran saya, abang Din mesti dalam keadaan yang sangat kritikal sekali. Saya pernah menyaksikan keadaan seorang pesakit denggi berdarah di Hospital Seremban pada tahun 2001. Ketika itu saya menjaga arwah ibu yang dimasukkan ke ICU hospital tersebut. Masa saya melawat ibu dalam wad ICU tu saya terperanjat melihatkan abang tu (pesakit dengki tersebut) duduk atas katil sambil menyuap makanan. Pada fikiran saya kenapa pesakit ni masuk wad ICU sedangkan dia dalam keadaan sedar dan boleh menyuap makanan sendiri..

Selang beberapa jam kemudian iaitu bila tiba waktu melawat sebelah petang, saya masuk lagi sekali ke wad tersebut.. kali ini saya hairan lagi, bila tengok abang tu dah terbaring dan tak sedarkan diri..eheh, napa jadi camni? Saya terus berfikir, nak tanya nurse..takut menganggu diorang pulak. Menjelang nak malam. abang tu dah kena tutup matanya dengan kapas pulak.. dan barulah saya tahu abang tu kena penyakit denggi berdarah. Dia meninggal dunia tak berapa hari kemudian. Saya sangat simpati kepada keluarga beliau kerana beberapa hari sebelum itu anak perempuannya meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Mereka dimasukkan wad pada hari yang sama, tapi anak perempuannya yang pergi dahulu.. Jenazah keduanya dikebumikan di Kelantan. Saya lihat isteri abang tu sangat tabah orangnya, tentu beliau sukar menghadapi situasi sebegini.

Itulah ketentuan Allah untuk kita. Kita yang masih bernyawa ini harus selalu muhasabah diri kita, sudahkah kita bersedia dengan bekalan kita untuk ke sana nanti??? Tanyalah diri masing-masing. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal teruskan hidup masing-masing, moga hidup kita dirahmati Allah hendaknya. Masa kita, kita tak tahu lagi bila dan bagaimana pula..Moga yang baik jua kita pohonkan padamu Illahi. Aminnn.
Al-Fatihah untuk mereka.

Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!