Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 22 April 2010

Kumpul rakan-rakan lamaku..

Mulai Mac 2010, saya telah menemui rakan-rakan sekolah menengah saya melalui facebook. Emmm, saya dah ada facebook pertengahan tahun 2009 lagi..usaha juga nak cari rakan-rakan sekolah dulu, namun tidak berhasil..Tapi bermula bulan Mac lalu, saya temui seorang-seorang rakan saya.

Saya gembira sangat. Inilah tabiat saya kalau dapat menghubungi kawan-kawan lama sebab setiap seorang sahabat itu sangat saya hargai kehadiran mereka. Nak-nak rakan-rakan seasrama dulu,..tentu banyak cerita nak dikongsikan. Maklumlah hidup di asrama, kawan-kawan dah dianggap macam adik-beradik sendiri. Pasal bergaduh tu ada juga, tapi saya tak mengalami hal-hal bergaduh ni. Tak ada langsunglah.. emmm, agaknya saya budak baik kot dulu..dan perangai saya pula, saya berkawan dengan semua orang, tak kira kakak ke, adik ke, semua saya boleh berkawan...mesra alam kot..dan saya juga tak banyak kerenah agaknya.
 
Kawan-kawan rapat saya masa form 5 ialah Khairani (K), saya Dilla (D), Siti Rusniza (Ni) dan Zarina (Na).. lalu wujudlah nama group kami K.D.NiNa..huhuhu glamorkan..masa form 4 lebih dikenali IBC (Intellegent Blues Club) sebab suka sangat baca majalah Gila-gila..Nama-nama kumpulan itu kami reka sendiri dan kami aje yang tahunya.. kawan-kawan lain tak ramai yang tahupun.. Kami berempat ni..satu kepala tapi perangai tak samapun. sorang gila-gila, sorang pendiam, sorang happy go lucky dan sorang lagi matang sikit..(pengawas).

Empat sahabat ni, yang paling dikenali ramai Khairanilah..sebab mulut dia peramah dan dia mudah berinteraksi dengan pelajar lelaki. dan ramai peminat. Saya dan Zarina ada abang angkat dan hanya sekadar abang angkat tak lebih dari itu ye..no dating-dating, hanya tukar-tukar nota sahaja. Siti baik single tapi ada peminat fanatik...(oo, tak boleh saya lupakan namanya...) dan gelihati bila Siti dikenenkan dengan peminatnya itu..pasti kami kena marah..Siti siti.. Bagi saya kenangan masa form 5 lah paling manis sekali, agaknya si manis 17 kot.. Saya masih meneruskan persekolahan saya hingga ke tingkatan 6 Atas. kat sekolah yang sama. tapi geng KDNiNa dah tinggal D dgn Ni sahaja... sangat tidak seronok. Andai masa itu boleh diputar semula..ooh alangkah seronoknyakan..emmm dalam mimpi bolehlah.

Kini KDNiNa bertemu semula di alam fb..emmm syoknya.
(Gambar upload kemudian ek..)

1 ulasan:

  1. betul dilla 2010 banyak menemukan sy dengan ramai kawan baik dr sek men mahupun maktab, setelah lama mencari sejak november 2007 lagi. patutlah tak jumpa dilla sebab saya mencari gunakan nama penuh, ada juga terjumpa kawan-kawan lain tapi oleh sebab maklumat terlalu sedikit tak berani nak add, takut tersalah orang. pendapat saya selain nama, tahun lahir, dan nama sekolah perlu diletakkan dalam facebook spy senang kawan-kawan menjejak kita.

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!