Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 3 Ogos 2010

Perginya Sebutir Permata SMAA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca..
Hari ini saya telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang bekas guru saya, semasa saya belajar di SM Agama Ampangan dahulu. Semalam saya menerima perkhabaran bahawa Ust Badaruddin [Ust Badar] koma di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Oleh itu, saya bersama teman baik saya Khairani bercadang untuk melawat beliau di hospital pada hari ini jam 4.30 petang. Namun pada pukul 11.11 pagi tadi, saya mendapat sms daripada sahabat saya Zarina Zuber, memaklumkan bahawa Ust Badar telah kembali ke rahmatullah. Saya terkedu seketika, kerana hasrat saya untuk berjumpa beliau ketika hayatnya tidak kesampaian. Hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekahkan ketika itu.

Saya mengenali beliau semasa saya tingkatan 3, beliau mengajar Bahasa Inggeris. Arwah sangat dikenali terutama di kalangan pelajar-pelajar Aspuri. Apa tidaknya, beliau sangat perihatin bab stokin dan tudung kami.. sentiasa memesan supaya kami memakai stokin kaki dan bertudung labuh.. Kadangkala bila terserempak dengan beliau, otomatik ada yang menyorokkan kaki masing-masing daripada pandangan beliau.. terutama pada sesiapa yang tidak berstokin..Ust Badar sungguh sinonim dengan kisah stokin dan tudung labuhnya oleh semua pelajar puteri.

Pukul 3 petang, saya dan Khairani sempat menziarahi jenazah allahyarham ustaz di Taman Paroi Jaya bersama beberapa orang sahabat yang lain. Antaranya kak Hashimah Ibrahim, kak Fathiah Yusof, kak Nafsah Kassim, Asman Junid dan Mohd Azhar Mohd Ali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah. Ustaz sentiasa segar dalam ingatan kami, perginya sebutir permata SMAA.

Suasana di perkarangan rumah arwah Ust Badar di Taman Paroi Jaya, Seremban. (Ust Hj Kassim berjubah putih).
Pergi tak kembali...
Terima kasih Ustaz di atas segala tunjuk ajarmu, Al-Fatihah.

1 ulasan:

  1. terima kasih dilla.catatan awk ni mengingatkn kembali zmn persek dulu..kenangan paling indah.alfatihah..utk ustz badar seorg guru yg begitu tegas dan syg kpd ank2 muridnya-mar

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!