Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 22 Januari 2011

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Bila saya baca artikel ini "Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?" @ iluvislam.com, hampir keseluruhannya terkena kat diri saya... saya suka mengalah sebelum berjuang, saya tak berani nak mencuba sesuatu perkara...(yang baik-baik ajelah...).

Perenggan kat bawah ini memang tepat sekali kena kat diri saya.
"Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa  ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di  dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula.  Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh  kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih  rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi  spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar  daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar".

Ayat "daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar", ini tak ada kena mengena dengan saya ye... saya nak berubah daripada seorang yang mudah mengalah kepada seorang yang berani berjuang...macam nak pi medan perang pulak kan... saya ni cepat sangat nak mengalah, suka sangat memandang rendah kemampuan sendiri, selalu sangat fikir orang lain lebih hebat...tiada keyakinan diri.. hehehe. Simptom-simptom Inferiority Complex tu banyak sangatlah...Adoiii, penat nak layan perangai saya ni...entah bilalah nak berubahnya.

(Adik ni macam perangai saya je.... suka sangat sedih-sedih, sensitif je jiwa tu... huhuhu - Gambar drpd album Google)

Mari membaca;
Sila klik link ini "Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?" untuk bacaan yang lebih lanjut..


Suka membaca,

Jumaat, 21 Januari 2011

Nak sambung belajarlah...

Bestkan entri saya kali ini... tak tahulah kenapa hujung tahun 2010 saya teringin dan bersemangat sangat nak sambung belajar... keinginan ini memang dah lama terpendam sejak saya tamat pengajian lagi, cuma kurang kemampuan dari segi mental dan fizikal dan banyak benda yang nak didahulukan.. tahun 2011 saya rasa ada kelapangan sedikit... jadi saya nak sambung semula cita-cita saya yang terbengkalai begitu lama sekali.


Pada bulan Nov 2010, KPM menawarkan Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat. Tempoh pengajian program ini ialah selama 4 tahun.. dan akan bermula Mac 2011, maknanya tamat tahun 2015.. eeeeeeee lama tu... kalau difikir-fikirkan memang malas  nak belajar lagi, tapi kalau tak dipaksa diri ini, bila cita-cita saya tu nak tercapai.. nak tunggu apa lagi...umur semakin tua, kudrat semakin berkurangan..

Oleh kerana keinginan yang sangat tinggi itu, sayapun memohonlah secara online 2 hari sebelum tarikh tutup permohonan.. Anda nak tahu berapa jumlah pemohonan program ni??? Pemohonan keseluruhan ialah sejumlah 29,442 orang...emmm ramaikan... tak tahulah peluang saya macam mana tu... diterima atau sebaliknya... Kalau diterima, tak tahulah camana kemampuan saya nanti... maklumlah dah tua-tua ni.. tentu lembab agaknya kan.. hihihi... tapi bak kata orang, belum cuba belum tahu... entah-entah dapat Anugerah Dekan setiap tahun kan... (iyalah tu.... berangan je lebih..)
Belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sini... lalu lalang ada lah... bisakah aku menjadi warganya nanti???
Sebelum ini banyak peluang untuk saya menyambung pengajian saya, cuma saya kurang berminat untuk menukar subjek/opsyen saya... ramai teman sejawatan dengan saya mengambil subjek lain... tapi saya sejak mula-mula memohon bidang perguruan ini, minat saya lebih kepada Pend. Islam...jiwa saya lebih ke arah itu. Mungkin sebab saya bermula dari situ agaknya, jadi terasa sayang sangat nak tukar ke opsyen/bidang lain. Dulu semasa saya hendak memohon maktab perguruan, saya lebih berminat bidang Pend. Islam sahaja..sedangkan saya layak ambil subjek B.Melayu kerana keputusan SPM saya cemerlang (A1) dalam pelajaran tersebut. Permohonan sambung belajar kali inipun saya ambil Pend. Islam juga...saya isi Pilihan Pertama sahaja... Pilihan Kedua dan Ketiga, saya tak isi... maknanya kalau saya tak dapat Pend Islam, tak perlulah saya nak ambil subjek lain...sebab saya tak minattttt!!! Kalau tak minat, tentu keputusannya kurang memberangsangkan nanti... huhuhu.
Masjid kebanggaan kami, warga IPIS... adakah diri ini akan mengulangi kembali detik-detik kenangan di IPIS??
Institut Pendidikan Guru (IPG) yang saya pilih ialah  Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) atau nama barunya ialah IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi.... saja pilih IPIS sebab tempat belajar saya dulu...tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat....??? manakala IPTA pula saya pilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM, Nilai je...) kerana abang saya (Along) kerja kat sana... ambil tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah dan sekolah saya... saya ni bukan pro sangat memandu.. macam beli "lesen terbang" kan...

Itulah antara projek mega saya tahun ini, keputusan permohonan akan diketahui pada 15 Februari 2011. Pendaftaran masuk pula pada 12 Mac 2011 nanti..Suspen rasanya ni... kita tunggguuuuu ye keputusannya..


 Mampukah saya bergelar seorang pelajar kembali???
Semoga semuanya dipermudahkan Allah... Insya Allah.

Yeayyy, yeahhh... dapat adiahhh!!!

Minggu lepas (12 Jan dan 14 Jan), saya dapat hadiah daripada insan-insan yang istimewa dalam hidup saya... sapa tu ye? Teman-teman rapat saya yang beri... walaupun tidak seberapa, tapi cukup bermakna... saya tak sangkapun dia orang nak beri hadiah tu.. hehehe... sesuatu yang tak pernah kita harapkan dan tak pernah kita impikan, kalau terjadi tentu kita seronok sangatkan... 

Besar hati saya menerimanya.. kiranya hati tu berbunga-bungalah juga... (awas, takut bunga-bunga tu ada penyengat lak ye...huhuhu). Kalau budak-budak kecik dapat hadiah, tentu tak lelap tidur kan.. hadiah tu ialah... jeng jeng jenggg.... sehelai tuala mandi berwarna pink dan sebuah beg untuk isi telekung... hehehehe mesti korang gelak bila tahu hadiah apa yang saya dapat ni... walaupun tak semahal mana, tapi sentimental value tu... sayangggggg rasanya nak digunakan...simpan elok-elok dalam almari tu..(jangan hilang baunya...emmm)

Tuala pink saya yang baru (macam tau tau je saya suka pink... mekasih, mekasih... baru je saya tahu apa makna TPM tu...hihihi)
Istimewa sangat-sangat tau hadiah-hadiah ni... seawal Januari dah dapat hadiahkan... kalau nak tunggu harijadi, lambat lagi, kenalah tunggu bulan 10 nanti. Kepada teman-teman yang tersebut terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada kalian, sesungguhnya kalian berdua adalah teman teristimewa saya... yang dah lama saya cari dan kini kita bertemu kembali... semoga ukhwah ini akan berkekalan serta diberkati Allah jua hendaknya. Insya Allah.... 

*(Beg telekung saya yang baru... jauh datangnya ni...)

Terima kasih daun keladi...

Khamis, 20 Januari 2011

Pelangi Semenyih -> Prima Saujana -> Pelangi Semenyih.

Bermula minggu pertama persekolahan 2011 berubahlah rutin hidup saya untuk selama 6 bulan ini... Kenapa??? Sebabnya anak kesayangan saya mula mengikuti kursus di GiatMara Prima Saujana Kajang... oleh sebab itu saya perlu menjadi minah rempit setiap 5 petang dari Pelangi Semenyih - Prima Saujana - Pelangi Semenyih.

Sesekali merempit memang seronok, tapi kadangkala tak seronok jugak. Maklumlah kat kawasan Semenyih ni dah terkenal dengan "traffic jam" nya... sesak nafas kalau keadaan camni hari-hari.. belum sampai kat pekan Semenyih lagi dah jem... nak nak kat taman saya ni. Nasib baik waktu pergi kolej tu, anak saya tumpang ayah kawan dia... kalau tidak, memang berasaplah saya nak hantar pagi-pagi.. sesak teruk tu.

Bila jemput balik, saya mesti sampai ke Pelangi Semenyih sebelum 6.30 petang... sebabnya??? Saya nak elakkan jem bila budak-budak sekolah sesi petang keluar.. Dah 3 minggu saya jadi minah rempit ni, semoga perjalanan saya dilindungi Allah daripada sebarang musibah... Aminnn!!! Doakan sama-sama ya.

Bila drive tu yang boring... apalagi, layanlah Sinar FM..

Rabu, 19 Januari 2011

Geng Plastersin...

Pernah tak anda mendengar kisah Geng Plastersin? Tak pernah dengar lagi??? ohhh... anda sangat rugi, kerana geng ini baru je ditubuhkan... baru ditubuhkan??? cam gempak aje tu... hihihi.. tak ada lah gempak pun.. saja saya beri gelaran ni kat 4 orang murid sekolah saya.. Nak tahu kenapa saya beri gelaran tersebut... jom baca kisah kat bawah ni...joooommmm!!!

Pagi Isnin 17 Jan lepas... saya berada di dalam bilik guru... keadaan tenang dan tenteram je... tidak lama kemudian saya terdengar suara salah seorang cikgu sedang bersoaljawab dengan beberapa orang murid.. emmm macam ada citer panas aje bunyinya tu... saya mulalah menjalankan aktiviti pengintipan saya... ooo ada 4 orang murid sedang menjalani sesi soaljawab di bawah akta keselamatan negara... hihihihi... (saja kasi gempak...). Rupa-rupanya salah seorang murid tu telah mencuri plastersin kepunyaan cikgu. Dia ambik kat meja cikgu tu sambil berpura-pura mengambil bukunya di situ... oooo pandainya berlakon...

Bila siasatan rapi dijalankan, bukan sekotak plastersin yang kena kidnap... tapi 3 kotak.  Ingatkan kerja sorang tapi bertiga yang punya kerja... bijak bijak... mesti suka tengok citer wonderpets agaknya kan. "...apa yang penting??? BEKERJASAMA...." Bagus amalan diorang... huhuhu... Apalagi saya gelarkanlah mereka "Geng Plastersin"... cam seronok je bunyinya.. Senang je selesai kes ni, bila semua dah mengaku... Tahniahlah kepada Guru Disiplin 2011, kerana berjaya menyelesaikan kes pertama 2011 tak sampai setengah hari... Semoga tahun 2011 tak banyak kes disiplin yang berlaku kat SKBR... Insya Allah!!!

Bila Cikgu Jadi Polis...

Antara Blog dengan Facebook...

Blog...
Tak tahulah kenapa awal tahun 2011 ni, saya rasa rindu sangat nak berblogging...meronta-ronta di jiwa... teruja sangat nak update blog kesayangan saya ni...sememangnya banyak cerita yang nak kongsi di sini... kat dalam minda ni, macam-macam cerita yang nak ditulis... banyak yang tertangguh. Kalau ikutkan hati, tiap-tiap hari saya nak menulis di sini. Lama sungguh saya biarkan blog ini sepi tanpa sebarang cerita terkini... hehehe.

Facebook...
masa mula-mula saya berfesbuk, saya rasa cam pening je nak layan... lepas tu kawan-kawanpun tak ramai.. waktu inilah saya lebih berblogging daripada berfesbuk.. kebetulan pulak cikgu-cikgu di sekolah saya ada beberapa orang je yang ada fesbuk... manakala kawan-kawan masa belajar dulu belum lagi ditemui. Aktiviti berfesbuk mula aktif bila saya "bertemu" dengan rakan sekelas saya masa di sekolah menengah dulu. pada bulan Mac 2010... sorang demi sorang rakan lama saya temui... rakan istimewapun telah saya temui... (secret admire dulu lah... hehehe) bermula dari detik itulah blog ini terabai... huhuhu....tak adilkan saya..

Awal 2011...
minggu ini saya rasa nak tinggalkan arena fesbuk saya buat sementara waktu... sayang sebenarnya dengan  fesbuk saya tu.. cuma kadangkala ada sedikit rasa yang mengganggu emosi saya.... emmm, sebenarnya ada kenangan yang menyentuh hati.. yang menyebabkan keseronokan berfesbuk saya jadi sedikit tergugat... kenangan pahit manis 2010.. jadi buat masa ini saya nak "rujuk" kembali ke blog ini... menemankan teman-teman yang sudi membaca blog merapu saya ini... Ok, nanti saya sambung lagi ek... Sekian.

Sedang mencari kedamaian di hati...

Selasa, 18 Januari 2011

Bertambah rakan sekelas lagi...

Semalam saya telah bertemu semula (dalam fesbuk le...) seorang lagi rakan sekelas saya semasa Ting 5  Zuhal dulu...mula-mula tengok nama dia, memang saya rasa kenal sebab ingatan saya  kat kawan-kawan sangat kuat..(alhamdulillah... kawan-kawan masa sekolah rendah dulu pun ramai yang saya ingat lagi.. ini kan pulak masa belajar di sekolah menengah + duduk asrama selama hampir 7 tahun... lama tu)... TETAPI, bila dipandang  gambar profil dia... macam tak kenal aje... apa-apapun saya accept dulu... (bila dah accept senanglah kita nak kelebek album atau profil dia kan... camtulah selalunya strategi saya  bila nak terima teman fb hihihi).

Bila dah tengok semua gambar album dia.... SAH!!! dia memang kawan kelas saya dulu... camana nak lupa, dia merupakan salah seorang pelajar lelaki yang kuat menyakat pelajar perempuan... Lokhman nama diberi... nakal-nakal manja... (sori ye Man... saya tulis nama kau kat blog saya ni... sebagai tanda meraikan pertemuan semula kita...hi3 ). Selamat bertemu kembali... lama kan Man, 25 tahun baru berjumpa semula... semoga gembira dan ceria bertemu dengan kawan-kawan kita yang lain... selamat menjadi ahli persatuan alumni kita ya!!! 

"Man, terima kasih sebab sudi "add" saya.... belum kiamat lagilah...", Dilla
Masih mencari ex SMAA yang lain,

Isnin, 17 Januari 2011

Majlis Reunion Alumni SMAA/SMADKlana Kali 1 2010

Entri kali ini berkaitan Majlis Reunion Alumni SMAA/SMADKlana Kali Pertama yang berlangsung pada 19 Dis 2010 bertempat di The Royale Bintang, Seremban. Majlis ini mula dirancang pada  mesyuarat perjumpaan kali pertama bekas-bekas pelajar pada 7 Jun 2010 lalu.
Antara bekas-bekas pelajar yang hadir... (maaflah, gambar eh kocik yo...)
Majlis ini bermula pukul 12.30 tengah hari. Antara tetamu jemputan yang sempat hadir ialah bekas pengetua Ustaz Abd Halim, Ustazah Raja Pauziah, Tn. Hj. Adib bin Abdullah dan Cikgu Habibah bt Abdullah. Saya rasa berbesar hati dengan kesudian mereka hadir ke majlis ini., walaupun jemputan hanya dibuat melalui panggilan telefon sahaja. Maafkan saya cikgu,  kesuntukan masa menyebabkan cara itu sahaja yang mampu saya lakukan. Insya Allah, di lain kali akan saya utuskan kad jemputan untuk cikgu-cikgu semua. Saya tambah terharu apabila malam selepas majlis, saya menerima sms daripada Cikgu Habibah yang menyatakan rasa terima kasih beliau suami isteri di atas jemputan itu. Segala kepenatan yang dirasa ketika itu, hilang dengan tiba-tiba...hihihi.
Bekas pelajar (SRP 1984/ SPM 1986/ STPM 1988) bersama guru-guru yang hadir.
Terpamer keceriaan di wajah bekas guru-guru tersebut apabila melayan pelbagai pertanyaan daripada bekas pelajar-pelajar mereka. Maklumlah lama tak jumpa. Dulu masing-masing remaja, sekarang dah ada anak remaja pulakkan. Itu kisah guru dengan murid-muridnya. Antara sesama bekas pelajarpun kecoh juga, segala macam nak ditanya pada kawan masing-masing... banyaklah kisah lucu di asrama dulu dibongkar semula... sejarah yang dah tersimpan ada yang dah 26 tahun, 20 tahun atau 15 tahun... emmm, kalaulah dibuat novelpun tentu kalah Hikayat 1001 Malam tu.
Abang Zikri dengan teman-teman seangkatannya...SPM 1984/ STPM 1986
 Bekas pelajar yang paling jauh datang ke majlis ini ialah abang Ahmad Zikri yang mengajar dan menetap di Sabah. Saya tak sangka rupanya abang Zikri dan keluarganya balik ke Semenanjung pada 17 Dis iaitu 2 hari sebelum majlis diadakan. Rezeki namanyakan. Pada awal Jun 2010, beliau pernah menyatakan hasratnya (dalam fesbuk) untuk bertemu dengan rakan-rakan lamanya. Tak sangka impian beliau jadi kenyataan pulak. 
Di kesempatan ini, saya secara peribadi memohon ribuan kemaafan kepada semua yang hadir jika terdapat segala kekurangan dan ketidaksempurnaan sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada semua bekas guru, AJK Persatuan Alumni dan para hadirin yang sudi memeriahkan dan menceriakan majlis kita. Insya Allah 2011 kita rancang dan laksanakan dengan lebih baik lagi. TERIMA KASIH SEMUA!!!.

 Sungguh terharu atas kesudian semua,

Ahad, 16 Januari 2011

Tawar dan hambar...

ehsan daripada carian google...

Tatkala ini saya rasa tawar dan hambar je hidup saya... tak tahulah kenapa perasaan ini datang menerjah lubuk sanubari saya. Terasa sunyi sangat, sepi sangat... kosong sekosong-kosongnya. Keceriaan dan kegembiraan seperti tiada lagi dalam kamus hidup saya. Tak tahu ke mana perginya semua itu. Sukar untuk saya ungkapkan di sini... mungkin tiada siapa yang akan mengerti.

"Ya, Allah... Kau kembalikanlah keceriaan dan kegembiraan hidupku seperti masa-masa nan lalu. Kau buanglah perasaan ini jauh daripada lubuk hatiku.. sesungguhnya aku tak berdaya begini untuk selamanya... Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk melawan perasaan ini".

Adakah sepi itu akan terus menjadi temanku yang sejati?
Aku yang terasa kehilangan...

Sabtu, 15 Januari 2011

Minggu Orentasi/Suaikenal

Bangunan Asrama Putera SMAA.. (bangunan tambahan...)
Minggu Orentasi atau Minggu Suaikenal sangat digeruni oleh pelajar-pelajar baru. Suspen je masing-masing. Kalau dulu terkenal sangat dengan istilah "ragging". Terbayanglah wajah kakak-kakak dan abang-abang senior yang macam singa lapar je.. bengis dan gerun... ketar lutut kalau selisih dengan diorang kan... hehehe.

Pengalaman hidup saya melalui minggu orentasi ini ada 4 kali sahaja. kali pertama masa tingkatan 1, lepas itu tingkatan 4, tingkatan 6 Rendah dan Semester 1 di maktab perguruan. Pengalaman yang berbeza-beza, tetapi yang paling seronok mestilah pengalaman pertamakan... masa tingkatan 1 lah.

Minggu orentasi ketika itu selama sebulan... wowww, lamakan. Semasa minggu ini kami diberikan beberapa ayat-ayat Quran, doa-doa, zikir-zikir untuk dihafalkan. Semuanya mesti hafal dalam masa sebulan. Emm memang kecut perut bila nak mengadap senior-senior untuk ditasmik. Antara yang mesti dihafal Ayat Kursy, ayat amanarrasul (dalam surah Al-Baqarah), Asmaul Husna, zikir selepas solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Terbayang lagi muka-muka senior yang bengis-bengis tu.. walaupun diorang hanyalah ting 2 dan ting 3 je.. (ting 1 hingga ting 3 aje yang ada ketika itu). tapi kita rasa macam "besar sangat" pangkat diorang..

Antara senior yang paling saya takut ialah kak N, kak Midah dan beberapa orang lagi. Kalaulah terkena giliran tasmik kat diorang, macam nak tercabut nyawa rasanya. Nak nak kak Midah tu, muka tak pernahnya nak senyum, suara tinggi je. Geram sangat kat dia. Ada satu kes yang paling saya geram dengan kak Midah iaitu pasal kakak angkat. Ketika itu saya ada kakak angkat kak Saniah (ting 2), manakala kak Midah ada adik angkat jugak iaitu Hayati Md Deros.. kebanyakkan geng kak Midah ada adik angkat. Pada suatu ketika mereka sepakat untuk memutuskan hubungan dengan adik angkat masing-masing. Entah idea siapalah agaknya tu.. Saya memang kecewa sangat ketika itu sebab saya tak ada kakak kandung... 
Akibat insiden ini, saya nyaris nak tukar sekolah pada pertengahan ting 1... menangis bagai nak rak bila nak balik ke asrama semula... manakala arwah emak pulak bagai nak rak marahkan saya. Begitulah setiap kali saya nak balik ke asrama. Sepatutnya di awal persekolahanlah saya macam ni, tapi dah pertengahan persekolahan pulak saya buat perangai... mana tak heran orang tua tu... hehehe. Kerana terpaksa, saya teruskan juga perjuangan di situ. Alhamdulillah bila naik ting 2, keadaan kembali normal.. Kakak-kakak tu dah tak kacau hidup saya lagi... maklum ada  junior baru plak... selamat saya n the geng...
Pengalaman pahit manis yang tak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman yang cukup berharga  ini menjadikan kita insan yang berguna dan boleh berdikari. Terima kasih kepada semua senior saya yang banyak membantu dan menjaga saya semasa di SMAA dulu. Walaupun terasa pahit masa melaluinya, tapi manis untuk dikenang kembali.
* kenangan yang paling saya ingat semasa 1 April 1982... kena april fool oleh kak Midah... rasa nak meraung je masa tu... eeeeee, macam nak balas je sekarang ni..
SMAA kekal di ingatan selamanya,

Bermulanya kisah saya di asrama.

Bangunan Utama SMAA (gambar lama)
Saja saya nak kongsi pengalaman sempena minggu-minggu awal persekolahan ini. Maklumlah minggu-minggu seperti ini pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dah mula masuk ke asrama masing-masing. Bagi adik-adik tingkatan 1, inilah merupakan pengalaman pertama mereka tinggal di asrama. Manakala adik-adik tingkatan 4 ada yang menyambung kehidupan asrama mereka dan ada pulak baru pertama kali.

Saya mula-mula menjejaki kaki ke asrama ialah semasa tingkatan 1 tahun 1982 di SM Agama Ampangan, Seremban. Sebaik sahaja saya mendapat surat tawaran, arwah mak saya mula sibuk menjahit baju kurung saya untuk digunakan semasa tinggal di asrama nanti. Maklumlah sekolah agama, mestilah berbaju kurung setiap masa, sedangkan saya hanya ada 2 pasang baju kurung je waktu tu..  (baju raya tahun tu, mak buat 2 pasang). Kebanyakkan pakaian harian saya semuanya t-shirt, seluar panjang, gaun atau skirt je. Tapi itu dululah, sejak belajar di sekolah ini saya jadi model baju kurung sepanjang masa pulak.

Bangunan Utama, Asrama Puteri dan Kantin (bangunan asal SMAA, bangunan yang 4 tingkat dan paling belakang tu bangunan Asrama Puteri yang baru... dibina pada 1987/88).
Sebenarnya keinginan untuk bersekolah ke sekolah berasrama dan sekolah agama ini timbul apabila saya melihat emak saudara saya (mak busu adik arwah mak saya) yang belajar di SMKA Sheikh Mohd Said (nama sekolah tu dulu, saya tak ingatlah...). Terasa seronok sangat dengar kisah dia di asrama dan  suka je bila lihat dia bertudung. Tak sangka pulak akhirnya saya juga menurut langkah beliau, cuma tak sama sekolah sebab saya tidaklah sepandai dia...namun syukur alhamdulillah.
Kenangan terindah di SMAA,