Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 15 Januari 2011

Bermulanya kisah saya di asrama.

Bangunan Utama SMAA (gambar lama)
Saja saya nak kongsi pengalaman sempena minggu-minggu awal persekolahan ini. Maklumlah minggu-minggu seperti ini pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dah mula masuk ke asrama masing-masing. Bagi adik-adik tingkatan 1, inilah merupakan pengalaman pertama mereka tinggal di asrama. Manakala adik-adik tingkatan 4 ada yang menyambung kehidupan asrama mereka dan ada pulak baru pertama kali.

Saya mula-mula menjejaki kaki ke asrama ialah semasa tingkatan 1 tahun 1982 di SM Agama Ampangan, Seremban. Sebaik sahaja saya mendapat surat tawaran, arwah mak saya mula sibuk menjahit baju kurung saya untuk digunakan semasa tinggal di asrama nanti. Maklumlah sekolah agama, mestilah berbaju kurung setiap masa, sedangkan saya hanya ada 2 pasang baju kurung je waktu tu..  (baju raya tahun tu, mak buat 2 pasang). Kebanyakkan pakaian harian saya semuanya t-shirt, seluar panjang, gaun atau skirt je. Tapi itu dululah, sejak belajar di sekolah ini saya jadi model baju kurung sepanjang masa pulak.

Bangunan Utama, Asrama Puteri dan Kantin (bangunan asal SMAA, bangunan yang 4 tingkat dan paling belakang tu bangunan Asrama Puteri yang baru... dibina pada 1987/88).
Sebenarnya keinginan untuk bersekolah ke sekolah berasrama dan sekolah agama ini timbul apabila saya melihat emak saudara saya (mak busu adik arwah mak saya) yang belajar di SMKA Sheikh Mohd Said (nama sekolah tu dulu, saya tak ingatlah...). Terasa seronok sangat dengar kisah dia di asrama dan  suka je bila lihat dia bertudung. Tak sangka pulak akhirnya saya juga menurut langkah beliau, cuma tak sama sekolah sebab saya tidaklah sepandai dia...namun syukur alhamdulillah.
Kenangan terindah di SMAA,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!