Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 19 Januari 2011

Geng Plastersin...

Pernah tak anda mendengar kisah Geng Plastersin? Tak pernah dengar lagi??? ohhh... anda sangat rugi, kerana geng ini baru je ditubuhkan... baru ditubuhkan??? cam gempak aje tu... hihihi.. tak ada lah gempak pun.. saja saya beri gelaran ni kat 4 orang murid sekolah saya.. Nak tahu kenapa saya beri gelaran tersebut... jom baca kisah kat bawah ni...joooommmm!!!

Pagi Isnin 17 Jan lepas... saya berada di dalam bilik guru... keadaan tenang dan tenteram je... tidak lama kemudian saya terdengar suara salah seorang cikgu sedang bersoaljawab dengan beberapa orang murid.. emmm macam ada citer panas aje bunyinya tu... saya mulalah menjalankan aktiviti pengintipan saya... ooo ada 4 orang murid sedang menjalani sesi soaljawab di bawah akta keselamatan negara... hihihihi... (saja kasi gempak...). Rupa-rupanya salah seorang murid tu telah mencuri plastersin kepunyaan cikgu. Dia ambik kat meja cikgu tu sambil berpura-pura mengambil bukunya di situ... oooo pandainya berlakon...

Bila siasatan rapi dijalankan, bukan sekotak plastersin yang kena kidnap... tapi 3 kotak.  Ingatkan kerja sorang tapi bertiga yang punya kerja... bijak bijak... mesti suka tengok citer wonderpets agaknya kan. "...apa yang penting??? BEKERJASAMA...." Bagus amalan diorang... huhuhu... Apalagi saya gelarkanlah mereka "Geng Plastersin"... cam seronok je bunyinya.. Senang je selesai kes ni, bila semua dah mengaku... Tahniahlah kepada Guru Disiplin 2011, kerana berjaya menyelesaikan kes pertama 2011 tak sampai setengah hari... Semoga tahun 2011 tak banyak kes disiplin yang berlaku kat SKBR... Insya Allah!!!

Bila Cikgu Jadi Polis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!