Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 21 Januari 2011

Nak sambung belajarlah...

Bestkan entri saya kali ini... tak tahulah kenapa hujung tahun 2010 saya teringin dan bersemangat sangat nak sambung belajar... keinginan ini memang dah lama terpendam sejak saya tamat pengajian lagi, cuma kurang kemampuan dari segi mental dan fizikal dan banyak benda yang nak didahulukan.. tahun 2011 saya rasa ada kelapangan sedikit... jadi saya nak sambung semula cita-cita saya yang terbengkalai begitu lama sekali.


Pada bulan Nov 2010, KPM menawarkan Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat. Tempoh pengajian program ini ialah selama 4 tahun.. dan akan bermula Mac 2011, maknanya tamat tahun 2015.. eeeeeeee lama tu... kalau difikir-fikirkan memang malas  nak belajar lagi, tapi kalau tak dipaksa diri ini, bila cita-cita saya tu nak tercapai.. nak tunggu apa lagi...umur semakin tua, kudrat semakin berkurangan..

Oleh kerana keinginan yang sangat tinggi itu, sayapun memohonlah secara online 2 hari sebelum tarikh tutup permohonan.. Anda nak tahu berapa jumlah pemohonan program ni??? Pemohonan keseluruhan ialah sejumlah 29,442 orang...emmm ramaikan... tak tahulah peluang saya macam mana tu... diterima atau sebaliknya... Kalau diterima, tak tahulah camana kemampuan saya nanti... maklumlah dah tua-tua ni.. tentu lembab agaknya kan.. hihihi... tapi bak kata orang, belum cuba belum tahu... entah-entah dapat Anugerah Dekan setiap tahun kan... (iyalah tu.... berangan je lebih..)
Belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sini... lalu lalang ada lah... bisakah aku menjadi warganya nanti???
Sebelum ini banyak peluang untuk saya menyambung pengajian saya, cuma saya kurang berminat untuk menukar subjek/opsyen saya... ramai teman sejawatan dengan saya mengambil subjek lain... tapi saya sejak mula-mula memohon bidang perguruan ini, minat saya lebih kepada Pend. Islam...jiwa saya lebih ke arah itu. Mungkin sebab saya bermula dari situ agaknya, jadi terasa sayang sangat nak tukar ke opsyen/bidang lain. Dulu semasa saya hendak memohon maktab perguruan, saya lebih berminat bidang Pend. Islam sahaja..sedangkan saya layak ambil subjek B.Melayu kerana keputusan SPM saya cemerlang (A1) dalam pelajaran tersebut. Permohonan sambung belajar kali inipun saya ambil Pend. Islam juga...saya isi Pilihan Pertama sahaja... Pilihan Kedua dan Ketiga, saya tak isi... maknanya kalau saya tak dapat Pend Islam, tak perlulah saya nak ambil subjek lain...sebab saya tak minattttt!!! Kalau tak minat, tentu keputusannya kurang memberangsangkan nanti... huhuhu.
Masjid kebanggaan kami, warga IPIS... adakah diri ini akan mengulangi kembali detik-detik kenangan di IPIS??
Institut Pendidikan Guru (IPG) yang saya pilih ialah  Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) atau nama barunya ialah IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi.... saja pilih IPIS sebab tempat belajar saya dulu...tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat....??? manakala IPTA pula saya pilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM, Nilai je...) kerana abang saya (Along) kerja kat sana... ambil tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah dan sekolah saya... saya ni bukan pro sangat memandu.. macam beli "lesen terbang" kan...

Itulah antara projek mega saya tahun ini, keputusan permohonan akan diketahui pada 15 Februari 2011. Pendaftaran masuk pula pada 12 Mac 2011 nanti..Suspen rasanya ni... kita tunggguuuuu ye keputusannya..


 Mampukah saya bergelar seorang pelajar kembali???
Semoga semuanya dipermudahkan Allah... Insya Allah.

2 ulasan:

  1. usaha, doa dan tawakal. saya doakan dilla berhasil meraih kejayaan di dalam permohonan sambung belajar tu. berusaha berusaha berusaha(ceh macam sarikata citer korea jek bunyinya)

    BalasPadam
  2. Shima, terima kasih atas doa awak tu... yang saya takut jika semangat saya ni macam hangat-hangat t**k ayam je... tapi seganlah kat shima yang dah nak abis berjuang manakala saya baru je nak melangkah.. huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!