Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 20 Januari 2011

Pelangi Semenyih -> Prima Saujana -> Pelangi Semenyih.

Bermula minggu pertama persekolahan 2011 berubahlah rutin hidup saya untuk selama 6 bulan ini... Kenapa??? Sebabnya anak kesayangan saya mula mengikuti kursus di GiatMara Prima Saujana Kajang... oleh sebab itu saya perlu menjadi minah rempit setiap 5 petang dari Pelangi Semenyih - Prima Saujana - Pelangi Semenyih.

Sesekali merempit memang seronok, tapi kadangkala tak seronok jugak. Maklumlah kat kawasan Semenyih ni dah terkenal dengan "traffic jam" nya... sesak nafas kalau keadaan camni hari-hari.. belum sampai kat pekan Semenyih lagi dah jem... nak nak kat taman saya ni. Nasib baik waktu pergi kolej tu, anak saya tumpang ayah kawan dia... kalau tidak, memang berasaplah saya nak hantar pagi-pagi.. sesak teruk tu.

Bila jemput balik, saya mesti sampai ke Pelangi Semenyih sebelum 6.30 petang... sebabnya??? Saya nak elakkan jem bila budak-budak sekolah sesi petang keluar.. Dah 3 minggu saya jadi minah rempit ni, semoga perjalanan saya dilindungi Allah daripada sebarang musibah... Aminnn!!! Doakan sama-sama ya.

Bila drive tu yang boring... apalagi, layanlah Sinar FM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!