Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 28 Februari 2011

Tak sihatlah...


 Malam ni, badan saya rasa tak berapa sihatlah... agaknya penat sangat kot... maklumlah hari Sabtu lepas sekolah saya mengadakan Hari Usahawan. Gerai saya menjual nasi tomato/beriani/nasi lemak/bihun goreng. Saya kena goreng ayam 4 ekor + 4 ekor ayam cikgu Shima = 8 ekor... (kami berdua ada projek suka sama suka, dia bersihkan ayam-ayam tu semua... saya menggoreng plaklah...adilkan).

Menggoreng ayam tu selesai hampir pukul 1.30 pagi... emmm mengantuk giler masa tu... sepatutnya saya mula menggoreng pukul 9.00 malam, tetapi macam-macam hal pulak yang berlaku hari tu.. maka terpaksalah saya mulakan menggoreng jam 11.00 malam... jadinya lambatlah habis menggoreng.. keesokan harinya, awal-awal pagi dah bangun... bergegas balik ke kampung (rumah abah) sebab periuk tak ambil pulak petang semalam tu... emmm, lintang pukang rasanya hidup saya hari Jumaat dan Sabtu lepas...

Sepatutnya sekolah saya dapat cuti hari Isnin, tapi tak pulak dapat kelulusan... itu agaknya malam ni saya cam nak demam jer... badan panas dan kepala sakit plak... sabar ajelah, semoga sihatlah hendaknya... esok saya nak jumpa murid2 2D dan 2E... rugi kalau tak hadir... doakan ustazah ye murid-murid, Insya Allah esok kita jumpa pukul 1.10 hingga 3.10 petang. Salam sayang untuk anda semua...sob,sob,sob... sedih plak jadinya... macamlah diorang dapat cari blog saya ni kan... sabar, sabar, sabarrrrrr!!! Semua ni dugaan dan ujian Allah.

Siapalah saya, tanpa mereka,

Ahad, 27 Februari 2011

Terima kasih, Edy !!!

Pepagi ni saya sempat berkenalan dengan sorang pengunjung blog saya, adik Edy. Saya dapat belajar lagi satu ilmu tentang blog... alah kalau saya cerita mesti anda ketawakan saya... saya belajar macam mana nak tukar font yang cantik2 atau yang lain sikit daripada yang disediakan kat sini... rupa-rupanya banyak lagi yang disediakan cuma ia terletak di template design... saya sebenarnya tak sempat lagi nak explore semua tu... hari tu dah nampak ada beberapa perubahan baru dalam arena blog ni, cuma tak berkesempatan nak menerokainya...


Apa-apapun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada adik Edy yang mahu berkongsi ilmu ini secara online dengan saya... kebetulan plaklah. Kalau anda nak ziarah blog Edy silalah layari blog dia kat sini http://edy-edykisahku.blogspot.com/


"Malu bertanya sesat jalan, malu belajar...langsung tak nampak jalan"...

Sabtu, 26 Februari 2011

Hari Usahawan SK Bandar Rinching 2011

Hari ini SK Bandar Rinching menganjurkan program Hari Usahawan... program ini lebih kurang macam Hari Kantin tu... cuma nama je yang lain sikit. Saya terlibat dengan gerai Nasi Lemak/Nasi Tomato/Nasi Beriani/Bihun Goreng... canggih tu. Gerai saya diketuai oleh Cikgu Siti Mariam...tapi bukan cikgu Siti Mariam yang ada banyak kelas tuisyen tu ye..dan dibantu oleh cikgu Asma, cikgu Halimah (bukan Hantu Kak Limah ye...), cikgu Hasnah, cikgu Rizaimah (chef nasi tomato& beriani), cikgu Noorsahida (chef Dalca), cikgu Rohaiza (pembantu chef Rizaimah), cikgu Marzatul Dashima, cikgu Salmah, ustazah Norhidayati, ustazah Fahimah, ustazah Fadzilah.

~ Acara membungkus acar. Dari kiri: cikgu Marzatul Dashima, ustzh Norhidayati, cikgu Hasnah dan ustzh Fahimah. ~
~ Acara nak memasak nasi tomato. Dari kiri: Cikgu Halimah, cikgu Rizaimah dan cikgu Rohaiza ~
Seawal pagi saya telah menerima sms daripada kak Asma... "Jangan lupa periuk, Dilla kena bawa untuk masak nasi". Masya Allah... saya terlupa sungguh nak ambik periuk nasi yang besar tu kat rumah abah saya di kampung, walhal petang semalam saya dah pergi ke rumah abah untuk mengkebumikan kucing kesayangan saya "Manja"... patutlah macam ada sesuatu je yang tertinggal masa nak balik rumah... ingatkan sebab sedih dah tinggalkan Manja kat situ...rupa-rupanya periuk tak ambil. Isyyhhh, isyyhhh, isyyhhh... adoooiiii. Tapi semalam aktiviti saya memang padat dan tak berehat langsung, dari pagi (pergi sekolah) hingga ke awal pagi tadi (goreng ayam)...letih sangat sangat. Bila dah baca sms kak Asma tu, apalagi saya bergegaslah ke rumah abah... nasib baik 15 minit jer, kalaulah jauh... kami jual lauk dengan beraslah nampaknya... Dilla ohhh Dilla!!! (terima kasih kak As, sebab ingatkan saya)... huhuhu
~ chef nasi kepenatan... memang pakar nasi cikgu Rizaimah ni, sebelum pencen boleh le buka restoren ya!! ~
~ chef goreng telur, ustzh Fadzilah sekadar di pinggiran menumpang dapur gerai sebelah tu... cikgu Maziana sedang menggoreng ayam...(jiran gerai kami... mekasih ye).
Anda saksikanlah beberapa gambar yang sempat saya rakam guna kamera tepon saya, yang tidak seberapa ini... kamera canggih tak bawak sebab saya bukan ditugaskan sebagai Jurufoto untuk hari ini...

~ Acara posing sambil bisnes, cikgu Siti Mariam, cikgu Halimah, cikgu Rohaiza, ustzh Norhidayati... terselit lak sorang dari gerai mana entah.... cikgu Norzihan...hehehe ~


~ cikgu Siti Mariam (tokeh gerai ni) bersama cikgu Halimah. ~
Jualan kami semuanya habis...licin... kami memasak 1 periuk besar (tak pasti plak berapa kg..) nasi tomato, dan 1 1/2 periuk besar nasi beriani... ayam 16 ekor untuk lauk masak merah... daging (entah berapa kg..nanti saya updated) untuk masak kurma, dalca dan acar mentah. Terima kasih kepada para ibubapa yang telah menyumbangkan sebahagian daripada barang-barang masakan kami... hasil jualan ini akan digunakan untuk warga sekolah kita juga... penat sungguhlah tetapi ceria jer semua guru...walaupun Isnin tak dapat cuti...sob,sob,sob...gembira tapi sedih...camana tu??? 

~ weyyy lah kakakku berdua... ni nak berniaga ke, nak acara berkasih sayang lak ni... cikgu Siti Mariam dengan cikgu Asma.~
 Program selesai jam 2 petang... semua gerai laris nampaknya... berapalah kutipan yang berjaya dibuat hari ini agaknya ye...kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya minggu depan ye. Gerai yang tersangat laris yang saya nampak ialah gerai minuman dan juga "Rumah Hantu"... gerai Fun fair dengarnya meriah juga...cuaca hari ini sangat baik... panazzzz, senyum jer AJK Gerai Minuman... tak menang tanganlah diorang...
* Gambar 2 keping kat bawah ni ehsan daripada kamera oranglain... janji lengkap AJK gerai saya...mekasih kpd cikgu Liza dan ustzh Noraishah.*
~ wahhh sukanya cikgu Salmah jadi bisneswoman ek....~

Aku menulis bukan kerna nama,

Jumaat, 25 Februari 2011

Cinta hati saya... 2D plak

Sebelum ni saya tepek gambar murid2 Tahun 2 Efisien... kali ni cinta hati saya Tahun 2 Dedikasi plaklah ye.. kalau tak, saya tak adil jadinya. Kalau hari Khamis, saya mengajar 2E dulu, selepas itu baru 2D...seronok aje diorang mewarna lembaran kerja yang saya beri siang tadi... nampaknya keseluruhan kelas faham maksud Fardu Ain dan Fardu Kifayah... dan perbezaan kedua2nya.. Alhamdulillah...
~ firdaus... sengih memanjangggg...~
~anak manis yg sedang pegang hidung ni ada resia sebenarnya.. ingatkan dia selsema, rupanya dia nak tutup hidung dia yg berparut... minggu lepas dia terjatuh, dan hidung tu tercalar... malulah tu
Tapi sayangnya, 4 hari lagi baru saya dapat jumpa dengan penghibur dan cinta hati saya ni.. iyalah saya hanya boleh jumpa diorang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis aje... huhuhuhu... rindunyerrrr dgn mulut2 becok yang tak ada insuran tu... kiut-kiut jer muka diorang tau.. Kalau 2D ni yang becok/suka tergelak ialah Aliff (Penolong Ketua Kelas) n the geng
~ haaa... ini dia si Aliff tu...(pakai talileher merah ni... Penolong Ketua 2D)... asyik tergelak-gelak jer hari ni... bila saya kata siapa suka tergelak kuat2 nanti syaitan penuh dalam perut dia... automatik dia tutup mulut... takutttt.~
... kalau Asif (anak kak Zaimah-kawan saya, cikgu kat sini) membaca, kemain kuat kat ayat/perkataan (tulisan jawi) yang dia tahu baca, bila tiba kat perkataan yang sukar sikit... mulalah volume dia tetiba pelahan..lawak jer.. (kalau mak dia baca komen saya ni... mampusss saya... ampun ye kak zaimah, anak akak memang lawakkk...)

~ yang bertali leher ni Ketua Darjah 2D Arham, sebelah dia... siapa lagi Asif lah...~
Oklah, anda layanlah gambar2 keceriaan mereka... hepi jer jadi budak2 sekolah kan... yang  tak tahannya bila saya masuk kelas jer, semua murid minta izin nak minum... emmm layan jerlah, kesian plak.. maklum cuacapun panas sekarangkan...
~mesti budak2 ni bangga bila cikgu ambik gambar diorang sedang belajarkan...~

"Bila cikgu minat jadi jurufoto...pening murid2ku"

Janganlah buat orang yang mencintai kamu kecewa...

~ kalau bercinta, jangan pulak lakukan camni... nikah dulu ya... ~
 Renungkan sejenak, adakah ianya benar atau tidak ...
(nota yang saya pinjam daripada fb hasil tulisan Fauzie Ishak... terima kasih).

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun kelahiran dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia, bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


"Semua di atas adalah benar, kerana saya pernah melaluinya... anda bagaimana?"...
 ... sukarnya mencintai daripada dicintai...
terima kasih kpd yg ikhlas menyintai saya (ada ke? hehehe...pasan jer Dilla ni.)

Rabu, 23 Februari 2011

Mengulit kenangan...


Pukul 9.30 malam tadi, saya pergi ke Semenyih... nak ke Kedai Buku Pustaka Rakyat..saya nak ajak anak dara, dia dah tidur lepas solat Isyak (penat sangat tu, kelas dia sampai pukul 5.30 ptg)... saya cuba ajak cik abang, dia tak nak pergi sebab dia sibuk melayari internetnya.... Saya kena ambil lembaran kerja yang saya fotostat petang tu...banyak sangat jadi kena tinggalkan dulu dan ambik malam ni... so, saya pergilah sensorang jer... huhuhu

Sambil memandu layanlah Sinar FM... tetiba berkumandanglah lagu "Dibadai Asmara" by Sera... fikiran mengelamun jauh, melayang entah ke mana... best je layan lirik-lirik lagu tersebut... kenderaan di jalan rayapun tak banyak... selesalah nak melayan perasaan.. huhuhu.... saya terasa keseorangan je dalam hidup ni...sepi, sayu dan syahdu... tambahan memandu sorang2 macam ni, lagilah terasa sangat2...kenapa ye, ada rasa macam ni?? agaknya kalau kita dah masuk umur 40 tahun, kita akan selalu rasa macam ni ke?? Anda macam mana pulak, sama tak macam saya? Atau tak pernah langsung rasa macam ni... bencilah perasaan macam ni... buat hiba hati jer... tak sukaaa tak sukaaaaaa...

Antara baris-baris lirik lagu tu yang saya suka ialah;  
"Mungkin ku pentafsir,
Yang gagal mencari,
Pengertian cinta,
Akhirnya melara".

Memang betullah lirik ini, kadangkala kita sering gagal jadi pentafsir... kita gagal mencari pengertian sebenar apa itu cinta... walaupun kita sebenarnya bukan seorang yang mudah untuk jatuh cinta.... kita gagal mentafsir antara cinta dengan sayang, antara kekasih dengan sahabat... antara teman istimewa dengan teman rapat. kadangkala kita rasakan kita teman tapi mesra, rupanya hanyalah teman biasa-biasa sahaja. Kadangkala orang hanya berbahasa kepada kita, tapi kita plak tak reti-reti bahasa... inilah yang dinamakan gagal menafsir.
.
Kadangkala kita silap meluahkan isihati yang sepatutnya disimpan kemas, tak siapa perlu tahu, hatta yang empunya diri sekalipun.. bila dah kita luahkan semuanya, kadangkala timbul rasa menyesal.... tapi dah tak guna lagi, kadang kala ada masanya kita lupa siapa kita... lupa pada hakikat sebenarnya, lupa realiti yang sedang kita lalui... mungkin realiti yang tak semanis kita harapkan...kenyataan yang tak mampu kita ubah semula....kadangkala niat kita, tak sama dengan tafsiran orang lain dan akibatnya kita yang melara dan merana sendiri... tak tercapai akal kita untuk memikirkan semua ini...... kini hanya mampu berserah dengan ketentuan Illahi..

Kau insan misteri, penuh rahsia cinta...

Penghibur hati saya...

Entri sebelum ini, saya berjanji nak letakkan gambar murid-murid baru saya di sesi petang kan... saya  dah tepek kat bahagian bawah ni.. sebelum tengok gambar, baca cerita saya dulu ye...Petang tadi saya nyaris tak dapat mengajar kelas Tahun 2 Dedikasi... sebabnya di awal persekolahan sesi petang tadi, ada ceramah di Foyer A... semua kelas terlibat.

Emmm, saya dengan berkobar-kobarnya pergilah ke kelas 2 Dedikasi... aikkk, sorang muridpun tak ada... mana pulak perginya budak-budak ni??? Sebentar, lalu pulak ustazah Aishah, dia maklumkan murid-murid ada ceramah kat bawah.... mungkin lama jugak...bila dah dengar macam tu, sayapun pergilah menghadiri mesyuarat Hari Usahawan di bilik mesyuarat...

Sebaik habis mesyuarat, murid-murid pun naik ke kelas... saya teruslah ke kelas 2 D... laaa tinggal 10 minit je??? Tak apalah... sesi taaruf dulupun jadilah kan... pada pandangan pertama saya, murid-murid kelas ni nampaknya ok jer... semoga hingga hujung tahunpun begitu jugalah hendaknya ya... tak nak dapat murid yang malas... susah kita macam tu nanti. kalau tak berapa pandai, kita dapat ajar sampai boleh... tapi kalau yang malas ni, mati akal dibuatnya.

Selesai kelas 2D, saya ada kelas 2E pulak (2.40 - 3.40 ptg)... wahhh, nampaknya kelas ni ramai heroooo... awal-awal ni, saya dah dapat kenalpasti murid-murid yang mulut cam joyah.. becoknyaaaaa..... murid lelaki pulak tu... meriah kelas ni, tapi yang best... ramai yang boleh membaca tulisan jawi... Alhamdulillah... bila diteliti wajah-wajah yang bersih ni satu persatu, nampak kelesuan atau keletihan. di wajah mereka.. kesian pulak. maklumlah dah petang-petang macam ni...tentu penatkan. Esok, saya nak beri kerja gunting-gunting gambar pulak...warna, gunting dan tampal... tulis sikit-sikit jer... lembaran kerja dah saya fotostat malam tadi... lama dah tak rasa seronok macam hari ini, sakit2 tekakpun tak kisah... asalkan hati gembira berjumpa penghibur-penghibur hati saya ni... murid2 esok kita jumpa lagi ye, Insya Allah..

Ini dia, Syamil... kiut, pintar dan hensem... bila suruh dia membaca, satu kelas boleh dengar... i like!
isyyyhhh... isyyyhhh.... siap posing lagik tu... ceria jerrr...
Faiq... aikkk, boleh tahan loyar buruk dia ni... heboh dgn trak polis dia... (mesti family PGA @ Pelangi tu...)
 Sayangnya, murid-murid Tahun 2D saya tak sempat nak snap... maklumlah ada 10 minit jer... lenkali ye!!! Semoga semuanya menjadi anak-anak yang soleh memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara...Insya Allah dan Aminnn...
Terima kasih kerana menjadi murid2 saya...
Semoga kita serasi bersama... cayalah.

Asma dan arwah mak.

Petang tadi lepas habis mesyuarat, saya terus ambik anak dara kat Kolej Giat Mara Kajang... sampai je kat rumah bila dah siap salin pakaian (tukar uniform dapur plak), saya terus memasak...anak dara teringin nak makan rendang ayam pucuk ubi... emmm, demi yang tersayang sorang ni, saya masakkan ajelah untuk dia... lama sikit masa memasakpun tak apa....asal dia bahagia.

Semasa memasak, entah berapa kali saya terbersin... kepala berat jer, berdenyut-denyut pulak tu... sambil terbatuk-batuk. Dah 2 hari saya kena batuk ni... cam perit jer tekak... malam kemarin, susah saya nak tidur. bila semakin subuh, batuk makin kuat... lena pun terganggu. Lepas memasak ni, batuk menjadi-jadi pulak... sesak nafas rasanya. Ini yang saya malas kalau kena batuk ni... bila dah batuk, mulalah penyakit asthma (asma) saya tu menyerang.

Inilah perbezaan saluran pernafasan yang normal dengan saluran pernafasan orang yang diserang asthma.. sempitkan. Kasihani dan bantulah mereka...

Bila saya asthma, mesti wajah arwah mak terbayang... masa mak ada, dialah yang akan menyapukan minyak angin kat belakang saya... urut perlahan-lahan... sediakan ubat-ubat saya... emak jer yang mampu dan mahu buat tu semua... orang lain belum ada yang nak buat macam mak... kalau kita diserang asthma, sangat dilarang menangis, susah hati ataupun sedih. Kenapa???... bila kita dalam keadaan sebegini, kita sukar untuk bernafas... dada makin sesak... sejak mak tak ada, bila saya diserang asthma... pasti saya menangis sendirian sebab teringin sangat dia berada di samping saya... membantu saya bernafas dengan baik...

benda alah ni kalau boleh, saya tak nak gunakannn..... jauhkanlah....

Sebenarnya saya pernah dapat healer, tapi saya tak nak gunakan... saya beri kat cikgu lain... saya  tak nak terikat dengan benda tu... saya akan bertahan selagi saya mampu... sejak berumur ni, saya pernah kena asthma di sekolah (sekolah sekarang), gara-gara jerebu... dengan serta-merta saya kena mengambil rawatan di klinik swasta yag berhampiran... buat apa lagi, sedut gas tulah.... saya kena masa sedang mengajar, emmmm, memang cam nak innalillah rasanya...cam orang sakit jantung je gamaknya...

Saya tak pernah kena seteruk itu lagi...sekarang ni, kalau nampak cam jerebu je... saya dah rasa fobia... janganlah kena lagi... hanya yang pernah mengalami @ memang pesakit asthma je yang tau macam mana rasanya ketika itu... kalau lihat kanak-kanak diserang asthma, saya rasa kesian sangat, cam nak tolong urut jer belakang dia... asthma tu menjadikan badan kita letih, lelah...naknya bila waktu pagi (cuaca sejuk)... terbatuk-batuk tak henti-henti, mata mengantuk sangat dan badan rasa sakit di keeesokkannya... macam penat lepas membanting padi.

Oklah, saya nak baring dulu... mata dah mengantuk sangat tapi batuk tak mahu berhenti pulak... penghuni rumah ni semua dah lama belayar... (lena ke diorang tido dengan bunyi batuk saya ni???) Doakan saya ye, semoga asthma saya berkurangan...

Asthma & Mak....

Selasa, 22 Februari 2011

Dua Alam...

Dua alam??? apa dia yang dua alam.... filem yang Dr. Rozmey war-warkan tu ke... atau sejenis haiwan amfibia seperti katak dan sejenis dengannya... yang saya maksudkan bukan tu semua.. bukan, bukan, bukan..

Sebenarnya mulai hari ini saya akan mengajar di sesi pagi dan di sesi petang... sekolah saya ada 2 sesi... Bila kak Pah naik pangkat jadi Penyelia Petang di SK Ulu Semenyih, seorang guru Pendidikan Islam terpaksa mengajar separuh di sesi pagi dan separuh di sesi petang... maknanya 2 kelas pagi dan 2 kelas petang...itulah yang kami gelarkan dua alam... sikit pagi dan sikit petang... (anda faham ke? buat-buat faham ajelah ye...hihihi). Tambahan pula saya dah letakkan jawatan saya sebagai Guru Data berkuatkuasa semalam... jadi kelas saya kena ditambah... seronok kembali jadi guru Pend Islam sepenuh masa ni... fokus hanya pada pengajaran dan pembelajaran sahaja...

Hari Isnin dan Jumaat saya hanya mengajar di sesi pagi sahaja. Selasa, Rabu dan Khamis saya mula mengajar pukul 9.40 pagi... bolehlah saya datang dalam pukul 9.15 pagi... (best sangat, tak perlu lalui jalan 'jem') dan balik sekolah jam 3.40 ptg... tak kisahpun balik lambat sikit sebab masa mengajar di sesi pagi saya selalu balik pukul 4.00 ptg... bukan saya je yang macam ni, guru-guru tahun 6 yang lainpun selalu balik lambat.. diaorang rajin sungguh...

Hari pertama saya lalui hari ini...kelas pagi macam biasalah... kelas tahun 6, tak ada masalah... cuma kelas petang (tahun 2) tak dapat mengajar pulak... hari ini ada mesyuarat Panitia Pendidikan Islam. Mula pukul 12.30 tengah hari... habis pukul 3.10 petang... emmm, terlepas kedua-dua kelas saya... terasa rugi pulak sebab saya dah teruja nak jumpa murid-murid tahun 2 yang kenit-kenit tu... best tau layan telatah diaorang... tak perlu nak marah-marah, kalau dimanja, dibelai., puji sikit-sikit.. lepas tu mau jer diorang ikut cakap kita...cubalah. Yang saya risau skill dah lari pulak, maklumlah dah lama  tak mengajar murid-murid tahap 1 ni... tapi rasanya masih ingat lagi kot... Ok, nanti saya cerita lagi pertemuan pertama saya dengan murid-murid tahun 2 ini, ya... (saya nak ambik gambar diorang lah esok...nanti boleh tepek kat sini... mesti comel2).

Saya sendiri yang minta nak mengajar dua alam ni,
kenapa??? biarlah rahsia... huhuhu

Isnin, 21 Februari 2011

SMS yang kunanti-nantikan...

Hari ini saya menerima satu sms... saya ingatkan repot dari fesbuk saya tu... mulanya saya buat tak heran jelah...  sms tu saya biarkan untuk seketika waktu... entah macam mana tiba-tiba tergerak hati saya untuk melihat siapakah gerangan yang sudi menghantar sms tu... bila saya baca baris demi baris... suatu perasaan menyelinap ke sanubari saya... kenapa ye jadi camtu? Anda nak tahu isi sms tu??? Serius nak tahu ni... ok, kita sambung lagi kat perenggan bawah plak ye...
"RM0.00 MOE: Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan Program Pensiswazahan Guru 2011. Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.moe.gov.my mulai 21/02/2011". Sms ni saya baca berulangkali... betul ke sms ni? Kita kan selalu dapat sms cabutan bertuahlah, dapat hadiah misterilah... dan entah apa-apa lagi...yang hampir sama ayat macam sms yang saya dapat ini... bila saya dah yakin, sebuah senyuman terukir di bibir... betullah sms yang saya terima ini... gembira, sedih dan risau... 3 perasaan ini bergaul sebati... 
Gembira; kerana hasrat hampir tercapai. Sedih; kerana kawan-kawan saya dah lama menggenggam segulung ijazah, yg PhD pun ramai jugak... saya baru nak merangkak-rangkak di penghujung usia. Sedih kerana  saya tidak dapat berkongsi kegembiraan ini dengan emak saya. Semestinya beliau gembirakan. Risau; kerana mampukah saya menyelesaikan pembelajaran ini serta berjayakah saya membawa pulang ijazah idaman setiap pelajar itu? Pasti banyak pengorbanan dan perjuangan yang perlu saya tempuhi di sepanjang tempoh ini. Sudah tentu pelbagai onak dan ranjau yang akan saya lalui nanti... bila situasi sebegini diteliti sedemikian rupa, kaki terasa longlai tidak bermaya... sokongan, dorongan dan pengertian sangat diperlukan daripada insan-insan tersayang, agar kejayaan akan menjadi milik saya di suatu hari nanti.
~Buku adalah taman syurga bagi para pencinta ilmu...bacalah, bacalah.....~
"Ya Allah, Ya Tuhanku... kau berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan hati untuk meneruskan perjuangan yang suci ini. Buat teman-teman saya, sokongan dan semangat daripada kalian juga sangat saya harapkan selalu. Semoga  dengan doa kalian, saya berjaya mengharungi cabaran ini".
Syukur, Ya Allah...

Sabtu, 12 Februari 2011

Genap 10 bulan...

Dulu 12/04/2010, hari ini 12/02/2011... 
maka genaplah 10 bulan 
usia perkenalan saya dengan dia... 
sebenarnya dah kenal lama, 
cuma tiada kesempatan untuk mengenali 
hati budi masing-masing dengan lebih dekat lagi. 
dengan ketentuan Allah, kami dipertemukan semula. 
 seperti bermimpi dan... macam tak percaya jer... 
sesungguhnya saya sangat gembira dan 
bahagia dengan perkenalan ini,

Minggu demi minggu berlalu,
rasa ceria jer hidup ni, sejak ada teman rapat..
yang rajin bertanya khabar, berkongsi cerita, 
mencurah pendapat,
memberi nasihat dan seumpamanya...
indah sungguh kenangan itu...

Kiniiiiiiiiiiiiiiiiiiii, saya rasakan,
teman baik saya tidak seperti dulu lagi,
dia dah banyak berubah,
tiada lagi kemesraan seperti dulu,
tiada lagi sms bertanyakan khabar saya,
banyak sms saya terbiar sepi, kaku dan bisu,
saya seperti pungguk rindukan bulan,
menanti sms atau email daripada dia...

kenapa ye dia berubah???
apakah kesalahan saya agaknya...
mungkin saya dah melukakan hati dia...
mungkin ada perkataan saya yang mengguris hati dia...
atau...
dia dah tak sudi nak berkawan dengan saya lagi ke..
untuk berterus terang mungkin dia tak sampai hati,
lalu dia mengambil langkah berdiam diri
dan saya pula tak faham-faham..
yang pasti... saya sedih sangat dengan perubahan ini,
sukar untuk saya ungkapkan bagaimana
perasaan saya sekarang...
semoga Allah memberikan saya kekuatan
untuk saya lalui semua ini...
 tentu anda juga akan rasa seperti saya,
bila anda kehilangan teman rapat anda...

Andai teman saya itu terbaca luahan ini,
maaf saya pinta kerana dah 10 hari
saya tak sms dia.. bukan lupa tetapi... 
ada detik duka yang saya lalui...
dulu, masa saya rapat dengan dia,
dialah pencetus semangat saya...
menjadi pendorong saya,
penyimpan rahsia saya...
kini,
saya kembali seperti dulu..

Maafkan saya teman, 
mungkin saya bukan teman terbaik untukmu... 
namun saya sentiasa menanti kehadiranmu...

Merajuk???

Sapa dia yang merajuk tu??? Anda, saya atau dia??? Yang pasti bukan anda dan dia... sayalah tu ye... emmm, rasa macam iya dan macam tidak.... kalau merajuk, mestilah dengan orang yang menyayangi kitakan... sebab pepatah Melayu ada menyatakan.... "merajuk pada yang sayang"... tapi kes saya ni bukan melibatkan  mereka yang menyayangi saya.... susahlah nak cerita.

Sedih sangat hari Selasa lepas... tak sedar airmata saya gugur kat meja saya (dalam bilik guru)... tak boleh nak ditahan lagi, mencurah-curah laju... abis spek saya kuyup... yang bertuahnya... jiran-jiran (guru-guru) di sebelah meja saya (kiri, kanan dan depan) semuanya kosong... diorang ada kelaslah tu... dah pukul 12 lebih masa tu....kak Pah pun tak ada.. jadi selesalah saya melayan perasaan ketika itu..

Entahlah... sebenarnya ini bukan kes merajuk, bukan kes nak minta pujuk... tapi rasa terkilan jer...(terkilan dengan rasa kecik hati sama tak??? lantahlahkan...) rasa dah tak boleh nak berkompromi lagilah dengan orang macam tu... walaupun ada rasa kesian kat oranglain, tapi sebab dek oranglain saya terpaksa tetapkan hati dan perlu teruskan niat saya tu... itulah kan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... kerana seseorang... orang-orang lain pulak yang terkena bahananya...


Maafkan saya, sebab tak boleh lagi nak meneruskan perjuangan ini... bukan saya tak ada perasaan, tapi saya juga perlu menjaga hati sendiri dan saya terlebih faham hakikatnya... saya tidak mahu melakukan sesuatu jika tahu tiada keikhlasan di hati saya... dan saya juga tidak mahu oranglain akan menjadi susah kerana saya... dulupun saya bermula dengan kosong. jadi tukarkanlah kosong itu dengan pengalaman demi pengalaman... yang penting kemahuan untuk belajar dan menjelajah ilmu yang luas itu...mesti ada... pasti berjaya.

Kak Pah kata saya merajuk tahap GABAN kali ni,
catat rekod... sebab ini rekod pertama saya. 
~ diam-diam ubi, berisi ~  
~ orang yang dok dendiam ni, kalau sekali bertindak.. inilah jadinya ~
Apa-apa ajelah kan kak Pah, 
akak jer yang tahu saya macam manakan... 

suka buat kerja di sebalik tabir je,

Khamis, 10 Februari 2011

Kembali...takkan berganti.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kakak sepupu saya (kak Norhayati/kak Atie) ke rahmatullah. Beliau sebenarnya  tinggal di Klang, Selangor, tetapi cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kak Atie balik ke kampung emaknya (dekat jer dengan rumah abah saya). Waktu itu kak Atie dah tak berapa sihat. Kalau makan, dia akan muntah... bila minumpun macam itu juga. Oleh sebab itulah beliau tak jadi balik ke Klang semula setelah ditahan oleh adik-beradiknya supaya tunggu sembuh dulu. Kak Atie sempat mendirikan solat subuh... emmm, kita buat ke tidak solat subuh pagi tadi??? Ingat, dirikanlah solat fardhu walau bagaimana sekalipun keadaan kamu...

Semasa saya kecil (dalam anggaran umur 9 tahun), kak Atie dan suaminya (abang Adie) rajin membawa saya dan abang saya (Along) pergi beraya ke rumah adik-beradik abang Adie di sekitar Seremban. Di sinilah bermulanya saya mengenal erti duit raya... memang dapat banyakkk. Abang Adie bekerja di Pelabuhan Klang, tetapi abang Adie telah lama kembali ke rahmatullah... meninggalkan kak Atie dan 5 orang anak mereka. Abang Adie dan kak Atie sememangnya pasangan suami isteri yang sangat baik dan peramah dengan sanak saudara. Kini mereka berdua telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... (emmm terbayang wajah ceria mereka berdua... sayu jer perasaan ini. Tambahan pula mereka sangat baik dengan arwah emak saya. Ketiga-tiganya dah arwah).

Tak sangka pertemuan saya dengan kak Atie pada 20 Jan yang lalu (cuti Thaipusam) di kampung, merupakan pertemuan terakhir kami. Lebih 30 minit saya berkesempatan berbual dengan arwah di rumah Mak Lang. Seronok dapat berbual dengan arwah, maklumlah bukannya selalu dapat berjumpa sebegini. Kak Atie sibuk nak buat karipap petang itu... dia nak mencuba sendiri. Saya nampak kesungguhan beliau. Mungkin itu permintaan terakhir dia kot.

Malam tadi saya dan keluarga menghadiri majlis tahlil beliau, semua anak arwah ada. Sayu dan sebak bila saya melihat wajah-wajah yang kini menjadi anak yatim piatu. Semua belum kahwin lagi, yang bongsu masih belajar di Skudai, Johor. Tentu mereka akan kesunyian tanpa belaian ayah dan ibu. Saya yang dah banyak umur pun terasa kekosongan setelah pemergian emak saya. Inikan pula mereka yang masih muda dan remaja. Tak boleh saya gambarkan bagaimana saya menahan sebak di dada tatkala bersalaman dengan anak-anak arwah malam tadi. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah saya akan hadir pada Majlis Tahlil untuk esok dan lusa... apabila melihat kematian, akan menimbulkan keinsafan kepada jiwa kita.



Saya... bagaimana pula nanti???

Rindu Bertandang Lagi....

Kasih, Sayang Dan Rindu.
Hasil nukilan Adilla Yusof

... Kasih yang terpendam,
    tak mungkin terpadam.
... Sayang yang hadir,
    tak pernah mungkir.
... Rindu yang bertamu,
    tak kenal erti jemu.

... Kasih, Sayang, Rindu,
    berlagu dalam syahdu.
... Walau tanpa bicara,
    walau tiada bersuara,
... Bahagia yang menjelma,
    kita rasainya bersama-sama.

... Sentiasa subur di hati,
    bukannya mahu meraih simpati
... Sekadar ingin mengingati,
    kasih, sayang, rindu yg sebati...

ADALAHHHHHHHHHHHHHHH...
... Anugerah daripada Yang Maha Esa,
    kepada kita yang bergelar manusia biasa.


... bila rindu datang bertandang, puisiku berlagu riang...

Sabtu, 5 Februari 2011

Cikgu Dah Kaya...

Wahhh, hebatnya entri saya kali ini. Tentu anda semua terkejutkan... Tapi bukan mustahil atau luarbiasapun entri saya ni.. saja nak share dengan anda semua tentang pengalaman saya menemankan en.zaki menghadiri bisnes previewnya di Petaling Jaya. Masa cuti panjang macam ni saja saya dapat menemankan en.zaki ke sana. Semua ini berkenaan dengan bisnes online en.zaki...

~ kat area sinilah tempatnya... tak sangka pula bangunan Jaya One ada kait mengait dgn bisnes UpTrend ~
Sesekali hadir seronok juga, tengok gelagat dan perangai orang-orang kaya ni. Leader-leader yang hadir sudah tentunya peramah dan ceria, maklumlah nak menambat hati downline-downline mereka... terasa kita sangat dihargai walaupun kita orang-orang "kecik" je.. sememangnya kita bergantung antara satu sama lain, kalau tidak, tak menjadilah "teamwork"... gagallah group masing-masingkan, samalah seperti pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh"..

Bisnes Preview kali ini ramai pulak cikgu yang hadir... agaknya sebab cuti panjang kot. Saya ingatkan diorang dari Selangor/K.Lumpur je, tapi ramai dari Pulau Pinang dan Perak. Bila dengar pendapatan mereka, wowww!!! ribu-ribu RM seminggu....kalau macam tu pasti gaji mereka tak diusik langsung... fuhhh, hebatnya. Tak perlu saya tengok orang lain, pandang enroller (upline) saya cukuplah...dah terbukti dan tak boleh dinafikan... apa-apapun kita kena berusaha sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-rad ayat 11 ditegaskan : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ”.

Antara leader yang dapat saya temui ialah;

En. Nur Salehin (Jutawan Vemma Asia)
En. Nam Rong
En Razrul Anwar Rusli
Pn. Zainita Hussain (enroller en.zaki)
Rasa bertuah sangat dapat jumpa diorang "face to face"... bayangkan diorang ni pendapatannya puluhan ribu RM seminggu, macam tak percayakan... tapi itu lah kenyataan dan bukannya mimpi atau angan-angan Mat Jenin jer...


Nak keterangan lanjut silalah klik di sini : e-bizzaki.blogspot.com.

Motivasi diri saya:
 "Wang bukan segala-galanya, tetapi kini segala-galanya perlukan wang".

 Cikgu ni nak jugak kaya.... hihihi,

Jumaat, 4 Februari 2011

Gulai Tempoyak Ikan Talapia versi cuti CNY 2011

cuti-cuti malaysia.... duk kat rumah jer nampaknya... seronok jugaklah sebab complete bertiga... klu tak, mesti tak cukup sorang... semalam balik kampung sekejap, projek pancing ikan kat rumah mak mentua (Kg. Sg. Machang Ulu, Lenggeng)... masak ikan tu kat rumah abah saya (Kg. Tarun, Ulu Beranang)... kat rumah abah, adik-adik pompuan saya balik kampung. kalau diorang ada, baru seronok masak ikan yang dipancing ni... meriahhh!!!

mula-mula saya bercadang nak masak gulai je ikan talapia tu.. tapi adik bongsu saya cadangkan masak tempoyak aje ikan-ikan tu... sebelum nak masak bahan-bahannya kena check dulu... tempoyak, daun kunyit, serai dan lada api... ooo semuanya lengkap. yang best, semua bahan itu tak perlu beli, ambik kat belakang rumah jer... itulah kelebihan dok kat kampung kan... hehehe, seronoknya... makan ramai-ramai. sapa yang sambut tahun baru cina ni? diorang ke kami???... apa-apa ajelah, asalkan dapat berkumpul masa cuti-cuti malaysia ni kan... anda lihatlah ikan talapia yang en.zaki pancing... tapi tak berapa terkezut sangat. sebab dah pasti ikan rentap pancing dia... teringat kata-kata arwah mak saya, "mancing dalam kuali"... mestilah dapat ikan... betul tak?
~Ikan pertama yg en.zaki pancing...~
~..cantik jer ikan ni posing....~
~ ikan ke 3, en.zaki jugak pancing.... saya tukang tengok jer... jurufoto mana boleh pegang pancing...hi3~
~ 3 ekor ikan talapia sedang meeting tergempar....berbincang pasal menu yg sesuai dgn selera kitaorg...~
~sila cari benda yang tersembunyi di sebalik rumput...suka temankan org pi mancing..~
~hahahahaaa, noni dah kantoiii.... tak sempat nak menyorok...hihihi~
~ ... ohhh, si jantung hati... oooo... silap, silap... ni jantung pisang kat tepi kolam tu... klu rebus sedap buat ulam ni.~

Itu je kisah menarik kali ni... yang penting, talapia dah jadi masak tempoyak... opsss lupa nak ambik gambar gulai tempoyak tu...(saja je tak letak kat sini, supaya korang tak meleleh air liur nengoknya...) ;-)