Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 10 Februari 2011

Kembali...takkan berganti.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kakak sepupu saya (kak Norhayati/kak Atie) ke rahmatullah. Beliau sebenarnya  tinggal di Klang, Selangor, tetapi cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kak Atie balik ke kampung emaknya (dekat jer dengan rumah abah saya). Waktu itu kak Atie dah tak berapa sihat. Kalau makan, dia akan muntah... bila minumpun macam itu juga. Oleh sebab itulah beliau tak jadi balik ke Klang semula setelah ditahan oleh adik-beradiknya supaya tunggu sembuh dulu. Kak Atie sempat mendirikan solat subuh... emmm, kita buat ke tidak solat subuh pagi tadi??? Ingat, dirikanlah solat fardhu walau bagaimana sekalipun keadaan kamu...

Semasa saya kecil (dalam anggaran umur 9 tahun), kak Atie dan suaminya (abang Adie) rajin membawa saya dan abang saya (Along) pergi beraya ke rumah adik-beradik abang Adie di sekitar Seremban. Di sinilah bermulanya saya mengenal erti duit raya... memang dapat banyakkk. Abang Adie bekerja di Pelabuhan Klang, tetapi abang Adie telah lama kembali ke rahmatullah... meninggalkan kak Atie dan 5 orang anak mereka. Abang Adie dan kak Atie sememangnya pasangan suami isteri yang sangat baik dan peramah dengan sanak saudara. Kini mereka berdua telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... (emmm terbayang wajah ceria mereka berdua... sayu jer perasaan ini. Tambahan pula mereka sangat baik dengan arwah emak saya. Ketiga-tiganya dah arwah).

Tak sangka pertemuan saya dengan kak Atie pada 20 Jan yang lalu (cuti Thaipusam) di kampung, merupakan pertemuan terakhir kami. Lebih 30 minit saya berkesempatan berbual dengan arwah di rumah Mak Lang. Seronok dapat berbual dengan arwah, maklumlah bukannya selalu dapat berjumpa sebegini. Kak Atie sibuk nak buat karipap petang itu... dia nak mencuba sendiri. Saya nampak kesungguhan beliau. Mungkin itu permintaan terakhir dia kot.

Malam tadi saya dan keluarga menghadiri majlis tahlil beliau, semua anak arwah ada. Sayu dan sebak bila saya melihat wajah-wajah yang kini menjadi anak yatim piatu. Semua belum kahwin lagi, yang bongsu masih belajar di Skudai, Johor. Tentu mereka akan kesunyian tanpa belaian ayah dan ibu. Saya yang dah banyak umur pun terasa kekosongan setelah pemergian emak saya. Inikan pula mereka yang masih muda dan remaja. Tak boleh saya gambarkan bagaimana saya menahan sebak di dada tatkala bersalaman dengan anak-anak arwah malam tadi. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah saya akan hadir pada Majlis Tahlil untuk esok dan lusa... apabila melihat kematian, akan menimbulkan keinsafan kepada jiwa kita.



Saya... bagaimana pula nanti???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!