Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 30 Mei 2011

Cuti sekolah tiba lagi

 Hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah... cuti pertengahan semester. Namun teman-teman saya yang mengajar Tahun 6 masih belum bercuti lagi, ada kelas tambahan hingga esok (Selasa, 31 Mei 2011). Begitulah semangat mereka bagi memastikan murid-murid ini cemerlang. Tahniah dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka yang seringkala tidak dihargai oleh sesetengah pihak... tak apa kawan-kawan, Allah melihat apa yang kita lakukan.
Cuti kali ini, ada 2 tugas utama yang perlu saya lakukan...tugas yang bukan selalu saya buat... hihihi
Tugas Pertama; saya serta adik beradik saya diamanahkan oleh abah untuk memberi makan itik-itik beliau setiap hari. Kenapa ye??? Kena denda ke, eh.. bukanlah. Cuti sekolah kali ini, abah pergi makan angin ke Surabaya selama 2 minggu... jadi kami kenalah beri itik-itik makan dan minum... kalau tidak, buntanglah itik-itik abah..mati kebuluran...

Tugas Kedua; pada hujung minggu ini, adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinannya... maka saya dan suami kenalah membantu mak dan ayah untuk menyediakan persiapan kenduri...suami saya  anak sulung dalam keluarga mereka, tentulah banyak yg perlu dibantu. Sebaik suami balik kerja kami terus balik kampung. Tugas petang ini ialah membantu adik (bakal pengantin) mengupas kelapa... banyak juga kelapa yang hendak digunakan... adalah 200 biji. Biasalah kalau orang Negeri Sembilan kenduri, mesti tak tinggal dengan rendangnya... rendang daging minangkabau...powerrr sodap!!! Hal kupas kelapa, beres sebelum maghrib. Esok sambung dengan kerja yang lain pulak.

Antara dua tugas ini, tugas beri makan itiklah yang menggerunkan saya... apa taknya, saya macam terbayang-bayang jer "anaconda" yang abah tangkap sejak akhir-akhir ini... eeeeeee ngeri sungguh... janganlah muncul-muncul lagi hendaknya. Ya Allah, jauhkanlah kami dengan anaconda tu selepas ini... Aminnn
Cuti-cuti Malaysia,