Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Isnin, 6 Jun 2011

Kawin 3 hari 3 malam...

~selepas majlis akad nikah 3 Jun 2011...~
Pada 3 Jun 2011, termetrilah sebuat ikatan perkahwinan antara adik ipar saya Apez dengan Erawati... makin bertambah ramailah ahli keluarga saya. Majlis perkahwinan ini bermula dengan kenduri doa selamat dan bacaan Yasin pada malam hari Khamis (2 Jun), seterusnya Majlis Akad Nikah berlangsung pula pada petang Jumaat (3 Jun) di rumah pengantin perempuan di Kg Rinching Tengah, Semenyih, Selangor. Sabtu, Majlis Bersanding di rumah pengantin perempuan dan Ahad pula Majlis Bersanding di rumah pengantin lelaki (rumah mak mentua saya lah...). Fuhhh, lama betul kenduri kawin kali ini...apa taknya 3 hari 3 malam... cayalah.

~selamat pengantin baru, semoga rumahtangga yg dibina sentiasa dirahmati Illahi~.
Memang penat sungguh berbeza dengan kenduri kawin adik beradik yang lain, mungkin sebab 3 hari agaknya kan... lauk pauk pula hinggakan 6 jenis (rendang daging, ayam masak merah, gulai nangka + ayam, gulai rebung + perut, masak lemak umbut kelapa dan kari kambing)...tak termasuk dengan pencuci mulut (buah tembikai dan tapai pulut)...Alhamdulillah lauk pauk sangat mencukupi...

Terima kasih kepada para jemputan... jika ada terkurang tu, harap dimaafi... adatlah kenduri kawin ni, tentu ada terkurang terlebihnya... Untuk kedua mempelai, selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan persefahaman... terimalah pasangan kita seadanya, jika ada keburukan masing-masing... sama-samalah memperbaikinya... berubah untuk kebaikan satu hijrah yang sangat bermakna.

Tercatatlah sebuah sejarah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!