Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 29 September 2011

Suami oh suami...


entahlah kenapa hati ini begitu terusik, terhiba dan terkedu bila mendengar keluhan seorang sahabat tentang kisah rumahtangganya... saya paparkan di sini bukan tujuan untuk membuka keaiban orang tapi sebagai renungan kita semua... sama ada anda dari golongan suami/ lelaki ataupun daripada golongan isteri/wanita.

minda saya ligat berfikir mengapa ada suami yang berperangai seperti suami XY, senang sangat meletakkan syarat-syarat untuk menjatuhkan talak kepada si isteri... nak gelak ada, terkejut ada, tak sangkapun ada...entahlah macam-macam perangai manusia. dah banyak kisah saya dengar tentang perangai suami XY yang tak berapa nak betul tu... dahlah ringan mulut (suka sumpah seranah anak isterinya) dah tu ringan tangan plak...(ringan bukan rajin, tapi rajin beri penamporrr... hah, sekarang dah cacat sikit tangan tu kan..balasan Allah tu).
setahu saya, kewangan rumahtangga banyak menggunakan wang gaji isterinya...duit belanja nak pi kerjapun minta kat isteri...bila isteri terserempak dengan kawan-kawan perempuan pun dia nak marah...macam nak tersembur biji mata dia... apalah salahnya isteri tu bertegur sapa dengan kawan sendiri, kalau kawan tu lelaki...lainlah, memang patutlah si suami nak marah ataupun cemburu... ini tidak.
saya hairan kenapa dia dah lama tak aktif berfesbuk macam dulu-dulu...kalau tidak, hari-hari tenguk nama dia...bukan pasal update status tapi dok sibuk "berkebun" hihihi...emmm games Farmville lah...kini fb dia sepi, sunyi...rupa-rupanya suami dia dah larang dia berfesbuk...kalau buka fb, jatuh talak... bukan 1, bukan 2 tapi TIGA...ohhhhhhhh zalimnya suami.. tak cukup ke kau tahu password fb dan email isteri tu??? tak percaya jugak ke????
dia berfesbuk, dia ber"reunion" boleh pulak tu... pi lepak-lepak dengan kawan-kawan... minum-minum kopi.. yang si isteri kena pergi kerja, balik rumah, hantar anak sekolah, hantar anak tuition... dan macam-macam lagi kerja... isteri nak baca novelpun salah... sungguh tidak adilkan... nak isteri seperti Fatimah Az Zahra tapi diri sendiri entah rupa apa.....macam firaun kot (mood tetiba hot jer ni...)
Sahabatku, semoga kau terus tabah dan sabar dengan dugaan hidupmu... semoga sinar bahagia akan jadi milikmu nanti. Buat anak-anak beliau, sabar dan redhalah dengan perangai ayah... doakan di setiap solat kalian agar suatu hari nanti ayah akan berubah dan menyayangi ibu dan kalian dengan penuh kasih sayang... walau sebagaimana jahatpun dia, dia tetap ayah kamu dunia akhirat. Semoga dia mendapat petunjuk dan rahmat Illahi.
Sesungguhnya kisah ini membuka liang-liang keinsafan, menyuburkan tunas-tunas kesyukuran dan memupuk tabir ketabahan buat diriku...semoga Allah terus membukakan "mata hatiku" dengan pengalaman sahabat-sahabatku... supaya aku dapat mengutip hikmah-hikmah yang tersembunyi sebagai panduan hidupku... 
Suami oh suami, janganlah kau zalimi isterimu...
mereka jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan...
kasihilah dia dengan penuh rasa kasih sayang...
semoga rumahtanggamu aman bahagia selamanya.

Selasa, 20 September 2011

Berperang...


Nampaknya minggu ini saya berperang dengan dua tugas penting... kedua-dua tugas ini sama pulak "dateline"nya.. emmm rasa nak terkucil jer. Sakit kepala semakin menjadi-jadi, kesian kat otak saya... agaknya tak boleh nak fikir banyak-banyak kot, emmm maklumlah dah lama guna...
Tugas pertama saya ialah menyiapkan 4 assignment yang saya dapat sekali melambak masa bulan Ramadhan lepas... nasib nasib... bahan-bahan semua dah dapat, dah cari merata alam...kih kih kih.. cuma nak memulakan usaha menaip tu yang lambat sangat nak panas... ada kawan -kawan kata, saya dah mahir IT senanglah kerja saya... iya sangatlah tu.. kalau pandai IT tapi maklumat/ bahan tak cari, apa yang nak ditaipkan nanti... susah juga rasanya nak gilap semula "mood" buat assignment ni... tulah masa muda-muda tak nak sambung belajar, ni la payahnya bila umur dah senja...(sebenarnya peluang macam ni tak ada masa saya muda belia dulu...sob, sob, sob). Semangat ohhh semangat, hadirlah kau cepat-cepat sebelum pi kuliah hujung minggu ni... Adoiiiiii tolonggggggg!!!!
Tugas kedua, yang tak kurang juga pentingnya dan memerlukan komitmen saya ialah Majlis Sambutan Aidilfitri Alumni SMAA/SMADKlana yang akan diadakan pada 25 Sept 2011 di Pusat Dakwah Islam Paroi, Seremban. Promosi dah dibuat di facebook (group Alumni), AJK dah sampai-sampaikan kat kawan-kawan yang lain... tapiiiiii jumlah penyertaan nampaknya sangat merosot... ramai yang ada aktiviti pada tarikh tersebut... kalau buat minggu sebelum tu 16/17/18 Sept, lagi ramailah yang punya aktiviti lain seperti kenduri kawin, open house dan macam-macam lagilah... kalau nak diikutkan semua minggupun masing-masing sibuk... Susah nak menetapkan tarikh perjumpaan sebegini...kepala setiausaha jugak yang sakit... kalau penyertaan tak ramai, camana nak jemput tenaga pengajar nanti??? Pening, pening, peningggg!!!
Saya sangat berharap kali ini saya akan menemui muka-muka baru warga SMAA/SMADKlana yang belum pernah menyertai program alumni... tahun lepas saya dah berjumpa sebilangan kecil daripada mereka.. Semoga Allah penuhi hajat saya ini... kenangan belajar selama 7 tahun (tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas) di SMAA sentiasa segar di ingatan, takkan terhapus selamanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini...
Berperang dengan perasaan dan waktu..huhuhu

Sabtu, 17 September 2011

Tetamu Aidilfitri yang istimewa...


Aidilfitri kali ini agak istimewa daripada Aidilfitri yang lepas-lepas... kenapa ya??? emmm kerana tahun ini ada tetamu-tetamu istimewa yang datang bertandang ke rumah saya... seronok sangat rasanya, walaupun rasa malu sangat menebal dalam diri ini... kerana terasa banyak kekurangan dalam rumah saya... rumah saya simple jer, sama cam tuan rumahnya... serba-serbi sederhana...ambik yang basic jer.. (itulah sebabnya saya segan nak pelawa kawan-kawan datang ke rumah, bukannya saya sombong atau tak suka kawan datang...) eeeeee pelikkan perangai saya ni.
~senior2 saya dahulu... sorang mmg ditakuti ramai (kak N), yg sorang mesra selalu (kak kiti)...~
16 Sept 2011 melakar satu sejarah dengan kunjungan beberapa orang sahabat  saya semasa sekolah menengah dulu... dah hampir 23 tahun saya meninggalkan sekolah menengah tersebut, akhirnya pada tarikh keramat ini saya menerima tetamu-tetamu istimewa ini... terima kasih sahabat, terima kasih teman... kerana sudi melapangkan masa untuk berkunjung ke teratak saya yang tidak seberapa ini. Maafkan saya andainya saya terkurang layan, terkurang mesra, terkurang sedap dan terkurang yang macam-macam lagilah... semua itu kelemahan saya...(gabra sebenarnya...sebab rasa cam mimpi jer korang datang rumah saya...hehehe). Apa-apapun kunjungan kalian amat bererti buat saya...

~adik junior (Hanapi), abang senior (abg Ramli) dan akak senior (kak kiti)..mekasih semua!~
Istimewanya 16 Sept...
Terima kasih kerana masih sudi berkawan dengan saya...
Lain kali datang lagi ye... nanti saya masak sedap-sedap..
(sebenarnya menu hari tu niatnya nak masak...
gulai udang + kacang buncis, ayam masak merah dan sayur campur..
tapi dek kesuntukan masa kerana tiada pembantu...
akhirnya menu saya pun bertukarlah jadi cam gitu... aduhai, niat tak kesampaian jugaklah..)