Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 23 November 2011

Bersantai di HTJ Seremban

saya sekarang berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban... buat apa? abah saya sakit dan kena duk wad mulai semalam... sakit berkaitan jantung dan darah tinggi. rasa boring jer duduk kat sini, jadi ada sedikit peluang ini lebih baik saya catatkan kat blog kesayangan saya ni... selalunya abah masuk wad kelas 1, tapi kali ini abah nak duduk kat kelas 3... ramai orang, ramai jururawat, jururawat pelatih lagilah melambak... memanglah seronok... tapi kalau duduk kelas 1 tu selesa sikit, taklah bising macam ni.

Walaupun keadaan agak kurang selesa, tapi di wad ini saya dapat memerhati pelbagai gelagat manusia... dari doktornya, jururawatnya, pesakitnya malah pelawat-pelawat yang datang menziarah... emmm banyak ragam dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari suasana ini.

semalam saya rasa bangga melihat seorang gadis yang begitu tekun membersihkan (melapkan) datuknya yang sakit... begitu cermat dia mengelap badan datuknya dengan tuala kecil... bertuah datuk tu kerana ada cucu yang begitu prihatin dan mahu menjaga datuknya dengan penuh kasih sayang... neneknya turut ada juga di situ, tapi neneknya agak berumur... memang sesuai sangatlah cucunya membantu nenek tersebut... Abah??? emmm kesian... sebab cucu-cucu abah semuanya masih kecil lagi, dan pasti tak pandai buat sepertimana gadis itu. Tak apalah abah, cukuplah anak-anak abah yang berlima ini menjaga dan membantu abah. Semoga kami diberi kesempatan untuk menjaga abah hingga ke akhir hayat abah...

Abah, semoga cepat sembuh ye...

Jumaat, 18 November 2011

Alumni oh alumni...SMAA oh SMAA

saya baru jer selesai upload 3 buah album gambar alumni kat group fesbuk alumni saya... bila lihat gambar2 tu hati saya rasa sebak sangat... terbayang semua kenangan yang telah tercipta di sebalik gambar2 itu... dah hafal dalam ingatan ini... tergambar suasana ceria, riang dan gembira ketika itu... tenaga dan semangat seperti berpadu antara "geng pencetus idea"... bak kata orang langkah sama sederap, kalau senyum tu sama terukir di wajah masing2... rasa seronok jer bekerja dalam satu pasukan yang punya semangat berapi-api ketika itu..

tapi kini... saya rasa semuanya dah berubah... tiada lagi geng pencetus idea yang sudi sama-sama seiring sejalan dengan saya... saya nak kumpulkan AJK untuk bermesyuaratpun kini terasa amat payah... bila saya hantar sms utk memaklumkan tarikh2 cadangan untuk mengadakan mesyuarat, ramai AJK yang tak respon sms itu... dalam ramai2 AJK tu, cuma ada 3 @ 4 org jer yg sudi membalas sms saya... hati mana yang tak sebak, perasaan siapa yg tak terguris... sms saya tu macam sampah jer kot.. bila situasi begini sering berlaku, terniat kat hati ini untuk meletakkan jawatan... camana kita nak bekerja sepasukan jika orang dah tak suka dengan kita... pasti semuanya pincangkan. mungkin sudah tiba masanya utk saya berundur kot.
Bagaimana pandangan anda semua, wajarkah saya meletakkan jawatan pada ketika ini? Buntu rasanya fikiran ini, nak kongsi dengan siapapun saya tak tahu... ada ke yang mengerti dengan perasaan terluka yang saya pendam hampir setahun ini??? Dah cukup byk airmata ini tumpah kerana alumni... kerana alumni juga saya hilang beberapa orang kawan... yang tak pernah saya mimpikan utk berada dalam situasi yg cukup tidak selesa ini...

Ya Allah, Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan mengharungi liku-liku ini... Kau tabah dan kuatkanlah hati ini, hati yang kini mudah sangat retak dan terlukanya... Jauhkanlah aku drpd mudah berputus asa yg selama ini tidak pernah kurasai.. Adakalanya aku terasa sangat lemah melawan perasaan ini...  

Selasa, 15 November 2011

Hipokritnya...

Hipokritnya... ahhhhhhh hipokrit sungguhhh!!! sapa ek... sayalah. sapa lagi... dah 4 bulan setengah saya berlakon jadi hipokrit ni... ehhh apa hipokrit tu??? Berpura-pura... ya, saya hanya berpura-pura!!! saya kata saya tak rindupun kat dia, tapi hakikatnya saya rindu giler kat dia... rindu sangat sangat... 18x, 27x...(dalam radio sinar fm tu kata berapa kali ek, lupalah...)
Bila dia sms, kata dia rindu kat saya... saya jawab; mesti dia rindu nak gaduh dengan saya... saya buat tak layan jer ungkapan rindu dia tu... sedangkan saya sentiasa merindui dia di setiap detik nafas ini... cuma saya tak mahu tunjukkan tahap rindu ini kat dia... hipokritkan saya... sob, sob, sob...
Zafirah... manis namanyakan.. ia dialah yang amat saya rindui di saat ini... ingin kukucup pipi gebunya, ingin kudakap dia dalam pelukan manja ini... satu-satunya zuriat yang saya ada...zuriat yang saya lahirkan tatkala saya berusia 23 tahun... belum pernah kami berpisah sebegini lama...(paling lama pernah kami berpisah selama 4 hari 3 malam ketika saya kursus Biro Tatanegara dulu)...
Mulai 4 Julai 2011 dia menjadi pelajar di Kuala Kubu Bharu, Selangor yang memerlukan dia tinggal di asrama... bayangkanlah selama ini dia sentiasa berada di sisi saya 24 jam... ke mana pergi kami sentiasa bersama. Kerinduan ini sangat-sangat mencengkam sepanjang minggu ini, iaitu selepas dia balik ke hostel pada hari kedua Raya Qurban yang lalu...
Petang raya pertama tu (Ahad) saya mula demam selsema.. esoknya (Isnin) saya tak dapat hantar dia balik ke hostel kerana demam saya makin bertambah.. selasa saya mula diserang asthma... ingatkan asthma sikit-sikit jer macam dulu-dulu, rupanya makin teruk pulak pada hari rabu. khamis (10 Nov) sepatutnya saya dah kerja..tapi asthma makin kuat, terpaksa saya mendapatkan bantuan gas di klinik kerajaan yang berhampiran... kena 2 kali pulak tu... doktor nasihatkan saya supaya mendapatkan rawatan di Hospital Kajang jika malam tu nafas saya masih berbunyi juga..... (ohhh, hospital???? no, no, no..)....jumaat, sebelah malam saya ke klinik swasta plak.... apalagi sedut gaslah (cam angkasawan jer rasanya)... susah sangat nak bernafas, siang malam nafas tu berbunyi... pi klinik semuanya sendiri...cik abang kerja dan dia memang sangat bizi hingga 18 Nov ni...).
Ketika inilah saya sangat mendambakan anak dara saya tu, jika dia ada... dia akan memastikan time saya makan ubat... paksa saya minum dan makan roti... dia sanggup cuti sekolah sebab nak temankan saya. bila dia tak ada kat rumah hati rasa sayu dan hiba sangat... saya sebenarnya cuba merahsiakan asthma saya kali ini... tapi hari tu dia call, dia dengar suara saya lemah... dia tahu saya tak sihat. Alamak kantoiii... maka berderetlah sms dia lepas tu... kalau boleh saya tak nak dia tahu, sebab saya tahu emosi dia bukannya "kuat" sangat... nanti dia menangis kat sana... kawan-kawan dia beritahu saya, dia kuat menangis.. sebabnya??? (emmmm macamlah tak tahu... teringat kat ibulah... teringat masakan ibu, nak peluk ibu, nak bercakap dengan ibu... itu semua yang menjadikan saya terpaksa hipokrit kat dia...)
Lewat malam tadi dia sms, biasalah citer macam-macam hal dia kat sana... ceria nampaknya.. pesanan suruh makan ubat, mesti tak tinggal. pada sms yang terakhir saya tulis "I miss you"... saja guna words tu, cuba nak selindung lagik pada dia... dia balas kembali sms tu rupanya.... emmmm bila baca sms terakhir dia tu, air mata ni dah tak boleh nak tahan-tahan lagi... berguguran dengan penuh rela bersama hembusan rindu ini (nasib baik abah dia belum balik lagi....layannn)..
p/s: Lepas demam ni, saya suka sangat layan nasyid Muhasabah Cinta - Edcoustic...
      Liriknya amat puitis dan bermakna sekali...
      "Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
       Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini... Ya Illahi
Maafkan ibu, andainya kau tak bisa mengerti erti rindu seorang ibu...

Khamis, 3 November 2011

Biarlah...

saat-saat mengulangkaji di waktu sebegini yang sunyi dan sepi, saya suka ditemani oleh Suria FM... hilang juga rasa mengantuk ni. heran ke kalau study dengar radio cam saya buat ni??? sesiapa yang tak biasa mungkin rasa cam pelik jer kan... tapi bagi saya kalau dah syok sangat study tu, kita tak perasanpun apa yang diperkatakan kat dalam radio tu... khusyukkk.
tapi sebentar ni telinga saya dapat menangkap bait-bait lirik lagu Geisha "Cinta dan Benci"... (agak-agak saya khusyuk ke study  malam ni??? hihihi...teka jerlah sendiri). Inilah lirik yang mengusik jiwa saya...
"sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
"
emmm betullah tu, saya tak mampu nak membenci "dia"... sampai bila-bilapun rasanya saya tak mampu dan tak mahu untuk membenci diri dia... walau apapun yang dia buat kepada saya... biarpun dia cuba seakan-akan menjauhkan diri daripada saya, dah tak nak sms atau menjawab panggilan daripada saya... suka hatilah... buatlah. andai itu yang mengembirakan hati dia...
biar hati saya robek sekalipun, saya tetap sebegini. yang sentiasa ikhlas dan jujur  bersahabat dengan dia... jika dia tidak jujur dan tidak ikhlas pada saya, biarlah... tiada hak saya untuk memaksanya. saya tetap ingin
bersahabat dengannya... andainya hasrat saya ini menyebabkan dia membenci saya... saya rela untuk dibenci, untuk dihina demi sebuah persahabatan. walaupun saya tahu dia kini tidak lagi menghargai persahabatan ini.

redha dan tabahlah Dilla...
sesungguhnya kehadiran dia telah mewarnai hidupmu.