Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 18 November 2011

Alumni oh alumni...SMAA oh SMAA

saya baru jer selesai upload 3 buah album gambar alumni kat group fesbuk alumni saya... bila lihat gambar2 tu hati saya rasa sebak sangat... terbayang semua kenangan yang telah tercipta di sebalik gambar2 itu... dah hafal dalam ingatan ini... tergambar suasana ceria, riang dan gembira ketika itu... tenaga dan semangat seperti berpadu antara "geng pencetus idea"... bak kata orang langkah sama sederap, kalau senyum tu sama terukir di wajah masing2... rasa seronok jer bekerja dalam satu pasukan yang punya semangat berapi-api ketika itu..

tapi kini... saya rasa semuanya dah berubah... tiada lagi geng pencetus idea yang sudi sama-sama seiring sejalan dengan saya... saya nak kumpulkan AJK untuk bermesyuaratpun kini terasa amat payah... bila saya hantar sms utk memaklumkan tarikh2 cadangan untuk mengadakan mesyuarat, ramai AJK yang tak respon sms itu... dalam ramai2 AJK tu, cuma ada 3 @ 4 org jer yg sudi membalas sms saya... hati mana yang tak sebak, perasaan siapa yg tak terguris... sms saya tu macam sampah jer kot.. bila situasi begini sering berlaku, terniat kat hati ini untuk meletakkan jawatan... camana kita nak bekerja sepasukan jika orang dah tak suka dengan kita... pasti semuanya pincangkan. mungkin sudah tiba masanya utk saya berundur kot.
Bagaimana pandangan anda semua, wajarkah saya meletakkan jawatan pada ketika ini? Buntu rasanya fikiran ini, nak kongsi dengan siapapun saya tak tahu... ada ke yang mengerti dengan perasaan terluka yang saya pendam hampir setahun ini??? Dah cukup byk airmata ini tumpah kerana alumni... kerana alumni juga saya hilang beberapa orang kawan... yang tak pernah saya mimpikan utk berada dalam situasi yg cukup tidak selesa ini...

Ya Allah, Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan mengharungi liku-liku ini... Kau tabah dan kuatkanlah hati ini, hati yang kini mudah sangat retak dan terlukanya... Jauhkanlah aku drpd mudah berputus asa yg selama ini tidak pernah kurasai.. Adakalanya aku terasa sangat lemah melawan perasaan ini...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!