Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 15 November 2011

Hipokritnya...

Hipokritnya... ahhhhhhh hipokrit sungguhhh!!! sapa ek... sayalah. sapa lagi... dah 4 bulan setengah saya berlakon jadi hipokrit ni... ehhh apa hipokrit tu??? Berpura-pura... ya, saya hanya berpura-pura!!! saya kata saya tak rindupun kat dia, tapi hakikatnya saya rindu giler kat dia... rindu sangat sangat... 18x, 27x...(dalam radio sinar fm tu kata berapa kali ek, lupalah...)
Bila dia sms, kata dia rindu kat saya... saya jawab; mesti dia rindu nak gaduh dengan saya... saya buat tak layan jer ungkapan rindu dia tu... sedangkan saya sentiasa merindui dia di setiap detik nafas ini... cuma saya tak mahu tunjukkan tahap rindu ini kat dia... hipokritkan saya... sob, sob, sob...
Zafirah... manis namanyakan.. ia dialah yang amat saya rindui di saat ini... ingin kukucup pipi gebunya, ingin kudakap dia dalam pelukan manja ini... satu-satunya zuriat yang saya ada...zuriat yang saya lahirkan tatkala saya berusia 23 tahun... belum pernah kami berpisah sebegini lama...(paling lama pernah kami berpisah selama 4 hari 3 malam ketika saya kursus Biro Tatanegara dulu)...
Mulai 4 Julai 2011 dia menjadi pelajar di Kuala Kubu Bharu, Selangor yang memerlukan dia tinggal di asrama... bayangkanlah selama ini dia sentiasa berada di sisi saya 24 jam... ke mana pergi kami sentiasa bersama. Kerinduan ini sangat-sangat mencengkam sepanjang minggu ini, iaitu selepas dia balik ke hostel pada hari kedua Raya Qurban yang lalu...
Petang raya pertama tu (Ahad) saya mula demam selsema.. esoknya (Isnin) saya tak dapat hantar dia balik ke hostel kerana demam saya makin bertambah.. selasa saya mula diserang asthma... ingatkan asthma sikit-sikit jer macam dulu-dulu, rupanya makin teruk pulak pada hari rabu. khamis (10 Nov) sepatutnya saya dah kerja..tapi asthma makin kuat, terpaksa saya mendapatkan bantuan gas di klinik kerajaan yang berhampiran... kena 2 kali pulak tu... doktor nasihatkan saya supaya mendapatkan rawatan di Hospital Kajang jika malam tu nafas saya masih berbunyi juga..... (ohhh, hospital???? no, no, no..)....jumaat, sebelah malam saya ke klinik swasta plak.... apalagi sedut gaslah (cam angkasawan jer rasanya)... susah sangat nak bernafas, siang malam nafas tu berbunyi... pi klinik semuanya sendiri...cik abang kerja dan dia memang sangat bizi hingga 18 Nov ni...).
Ketika inilah saya sangat mendambakan anak dara saya tu, jika dia ada... dia akan memastikan time saya makan ubat... paksa saya minum dan makan roti... dia sanggup cuti sekolah sebab nak temankan saya. bila dia tak ada kat rumah hati rasa sayu dan hiba sangat... saya sebenarnya cuba merahsiakan asthma saya kali ini... tapi hari tu dia call, dia dengar suara saya lemah... dia tahu saya tak sihat. Alamak kantoiii... maka berderetlah sms dia lepas tu... kalau boleh saya tak nak dia tahu, sebab saya tahu emosi dia bukannya "kuat" sangat... nanti dia menangis kat sana... kawan-kawan dia beritahu saya, dia kuat menangis.. sebabnya??? (emmmm macamlah tak tahu... teringat kat ibulah... teringat masakan ibu, nak peluk ibu, nak bercakap dengan ibu... itu semua yang menjadikan saya terpaksa hipokrit kat dia...)
Lewat malam tadi dia sms, biasalah citer macam-macam hal dia kat sana... ceria nampaknya.. pesanan suruh makan ubat, mesti tak tinggal. pada sms yang terakhir saya tulis "I miss you"... saja guna words tu, cuba nak selindung lagik pada dia... dia balas kembali sms tu rupanya.... emmmm bila baca sms terakhir dia tu, air mata ni dah tak boleh nak tahan-tahan lagi... berguguran dengan penuh rela bersama hembusan rindu ini (nasib baik abah dia belum balik lagi....layannn)..
p/s: Lepas demam ni, saya suka sangat layan nasyid Muhasabah Cinta - Edcoustic...
      Liriknya amat puitis dan bermakna sekali...
      "Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
       Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini... Ya Illahi
Maafkan ibu, andainya kau tak bisa mengerti erti rindu seorang ibu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!