Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 10 Disember 2011

Sahabat...

Imam Al-Ghazali … berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut….
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
    dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,
lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
   
kesukaran ini mungkin disebabkan diri kita sendiri bukan sahabat yang baik...sob, sob, sob...
perkara ini sentiasa bermain di fikiran saya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!