Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 30 Disember 2012

Bersawang...

Lama dah saya tak singgah kat sini, sampai dah bersawanggg!!! ada banyak kisah yg terjadi, tapi saya malas nak menulis kat sini. Entri sebelum ni pasal sms hangit, selepas tu saya dapat call hangit pada penghujung oktober.... Semua tu menyebabkan saya tak berminat nak bercerita di sini. Saya tak nak ingat lagi cerita-cerita yang menyesakkan dada saya, kalau tulis kat sini...pasti suatu hari nanti saya terbaca semulakan.. Jadiiii, biarlah ia ditelan masa, dibawa angin lalu... Jangan pandang belakang, biarlah mereka dengan hidup mereka.. lupakan saya, sbb saya tiada bermakna dalam hidup mereka. Lupakan saya, lupakan kenangan yang telah kita lalui... Semua tu saya anggap hanya sebuah mimpi yang menguji ketahanan emosi saya. Terima kasihlah kerana menghadirkan saya semua kenangan ini. 
Ku pendam sebuah duka,

Rabu, 10 Oktober 2012

SMS hangit...

Hari ini: seawal 6.52 pagi, tatkala saya sedang bersiap-siap nak pergi bekerja... saya menerima sms daripada seseorang yang tidak dikenali... hati berdetik; "aikkk sapa pulak sms ni?". lalu sms dibaca... saya terduduk seketika, berfikir, menafsir, meneliti ayat demi ayat yang saya terima...

Setelah dihalusi isi cerita, saya dapat kesimpulan bahawa penghantar sms itu adalah seorang daripada warga alumni sekolah menengah saya dahulu... cuma nombor telefon tersebut tidak saya kenali siapa pemiliknya. Hati menjadi sayu, sedih dan hiba sangat... mata dah mula berkaca-kaca, tapi saya kuatkan hati agar perasaan ini tidak akan mengganggu tugas saya hari ini.

Ya Allah, mengapalah saya menjadi mangsa kepada orang yang tak puas hati dengan apa yang telah saya usahakan bersama sahabat-sahabat saya yang lain... mengapa ada insan yang cuba menjentik maruah saya... saya berdiam diri bukannya saya tidak punya perasaan, tapi sememangnya prinsip saya tak suka melawan...tidak mahu menjadikan suasana semakin keruh. sebolehnya saya ingin menjernihkan semuanya.

Sepanjang waktu bekerja, saya puas menahan perasaan ini... sebolehnya tak nak rakan sejawat dapat melihat "wajah" berduka ini, akhirnya sebaik sampai di perkarangan rumah... emosi pagi tadi muncul kembali, lelah dan penat belum hilang... airmata dah berjurai-jurai. ~Ya Allah kenapa lemah sangat jiwa saya akhir-akhir ini? Kenapa saya tak kuat lagi seperti dulu, yang mampu bertahan walau liku hidup amat bersimpang siur? Mampu tersenyum, walau dalam hati penuh gelora? Tapi kini, kawan baik saya dapat menghidu apa yang saya rasakan, dapat membaca raut wajah saya...~

Lepas Isyak, saya buka fb... emmm ada "sesuatu" yang menarik di situ, ayat demi ayat saya teliti, saya fahami, saya renungkan... terfikir di minda "alangkah bertuahnya..." tanpa paksaan airmata yang masih bersisa siang tadi... bersambung kembali... hati semakin sebak dan saya hanyut di lautan perasaan... "hujan" yang turun hampir sama lebat dengan hujan yang turun petang tadi... semoga ianya bisa meredakan perasaan saya... Saya tahu, saya sedar... semuanya telah "tertulis" di sana...tetapi sebagai insan biasa, yang lemah lagi dhaif.. sesekali kita tewas dengan emosi kurniaan Allah ini.

Semoga setiap ujian yg saya lalui ini, menjadikan saya insan yang semakin "tabah"...

Ada ketikanya...

♥• ..Ada ketikanya.. ♥•

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuatkan kita dalam keadaan teruji

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuatkan kita terkeliru

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
selalu membuatkan kita terluka

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
semakin membuatkan kita terkilan

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuat rasa sabar kita kian menipis

Ada ketikanya insan yang kita sayang,
mengguris hati kita hingga menitis airmata

Namun kita tetap menyayangi dia...
Kerana APA? Kerana kita terima dia seadanya...
~setuju sangat dgn ayat-ayat ni... menangis sendirian lebih baik meluahkan kpd orglain,
kerana orglain tidak akan faham apa yg kita rasai...~
#"hujan lebat" sepanjang 2 hari ini... sabar & tabahlah hati...
moga "hujan" mampu meredakan perasaan ini#

~tidak pernah rasa "dihargai"...~

Rindu yg tidak bererti???

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

...ketika memandu dipanas terik ini, tiba-tiba terdengar pulak lagu Dato' CT berkumandang di Suria FM... ayat demi ayat saya selami, emmm...awan mendung di hati makin sayu dan syahdu pulak... tapi tak apa, "hujan" itu rahmat.

Isnin, 8 Oktober 2012

Sera ~ Di Badai Asmara (Lirik)

Di Badai Asmara

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia
# kenapa ek saya tepek lirik lagu ni??? emmm hari ini, saya baru dapat memahami semua makna yang tersembunyi dalam lirik lagu ini... bila dihalusi dan kenang semua peristiwa yang saya alami, barulah saya sedari ianya ada kait mengait dengan diri saya... huhu.
# kenapalah pengertian itu sukar sangat u
ntuk menembusi tembok hati sanubari saya ni??? selalu rasa tak yakin pada diri sendiri... tak tau kenapa. mungkin itu yang terbaik buat saya kot... atau itu satu kerugian pula. Hanya Allah sahaja yg tahu RahsiaNya.  

"Sejujurnya saya sukar mengerti bahasa kiasan... Maafkan saya ek" 

Ahad, 30 September 2012

Sifat perempuan

Perempuan kalau kecewa dia akan pendam. 
Biar dia sahaja yang tahu. Selagi dia boleh tersenyum. 
Mereka akan sentiasa senyum :')
p/s: 
Tak apalahkan... senyum itu satu sedekah,
nak sedekah wang ringgit... wang ringgit x banyak.
Sedekah dengan senyumanpun orait jugakkan.

Selasa, 4 September 2012

Jiwang + bosan...

Saya nak nyanyi jap eh...
"Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu"...


Alamak terjiwang plak kat sini... layannnnn

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ujian demi ujian...

Hidup ini memang banyak ujian yang perlu kita lalui... ujian yang saya nak kongsi di sini ialah tentang ujian cinta... saya baru je baca blog ust Pahrol tentang tajuk "Ujian Cinta"... ujian cinta sering mendatangi kita... bukan kisah cinta muda-mudi aje tau, ni kisah tentang cinta yang sentiasa kita lalui.. cinta dengan kekasih, suami isteri, anak-beranak, adik-beradik ataupun cinta kepada ibu bapa kita... apatah lagi cinta kepada Sang Pencipta kita... Allah. 
cinta kepada sahabat juga tidak terkecuali tau... kita seringkali teruji dan diuji dengan ujian ini... adakalanya kita mampu untuk mengatasi tapi ada masa-masanya kita lemah longlai melalui situasi sedemikian. kadangkala melalui ujian cinta tentang seorang sahabat lebih teruk daripada ujian cinta kepada si kekasih.. emmm mungkin pelik bagi seseorang, tapi ini apa yang saya lalui sendiri. saya mampu menangis berhari-hari kerana kehilangan seorang sahabat melebihi tatkala saya putus cinta dulu... bila mulut menyebut namanya, airmata tak semena-mena mengalir laju.. tak dapat nak ditahan-tahan... pengalaman pertama dalam hidup... huhuhu. kesian kan, dah tua-tua baru nak melalui pengalaman macam ni.
saya seperti tak boleh nak terima hakikat ini.. pelbagai persoalan yang ada di fikiran... mengapa dan kenapa ianya berlaku... "mengapa Allah adakan pertemuan ini jika begini kesudahannya"... lebih baik tak payah jumpa langsung... emmm lama sungguh saya cuba mengubat hati ini... cuba pujuk hati sendiri di samping cuba cari kesilapan diri... jawapan tidak juga ditemui. cuba juga berkongsi cerita dengan beberapa orang teman... malangnya jawapan yang saya dapat kurang memberi perangsang. 
saya hampir berputus asa, seringkali menyalahkan diri sendiri... hari demi hari saya banyak membaca artikel-artikel di internet, baca blog-blog motivasi... sedikit demi sedikit banyak kebaikan yang saya temui hasil daripada pembacaan tersebut. saya cuba redha dan pasrah dengan apa yang saya lalui... cuba menggali rahmat yang tersembunyi... mencari pengajaran yang tidak kelihatan... mencari kedamaian dan ketenangan hati... cuba mencari sebuah jawapan daripada persoalan yang Allah beri kepada saya. "Ya Allah, Ya Tuhanku... ujian ini amat meninggalkan kesan yang mendalam buat diri ini. Semoga kau sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketenangan untuk menempuh ujianMu ini".
Lantaran itu, kini saya phobia dengan "pertemuan semula" kerana saya tahu betapa sakitnya perpisahan... kita yang selalu ditinggalkan sahaja akan mengerti betapa perit dan pedihnya sebuah perpisahan... Terkini, saya "bertemu kembali" dengan seorang teman yang sama belajar di kolej dulu...fuhhh awal-awal lagi saya dah nampak "ceritanya yang rumit"... semoga kebaikan sahaja yang bakal saya temui daripadanya...yang tak baik jauhkanlah Ya Allah... ukhuwah fillah sahaja yang saya inginkan... saya suka berkongsi cerita dengan beliau tentang isu perguruan dan ruang lingkup pendidikan kerana beliau dah menjelajah pelbagai negeri dan banyak pengalaman... banyak juga bahan yang diemailkan terutamanya nota-nota unit beruniform yang baru saya sertai ini. Sangat membantu tugas saya sebagai guru pembimbing. 
Terima kasih sahabat, semoga kita sama-sama berjaya mengenggam segulung ijazah yang menjadi idaman kita selama ini... kebetulan plak sama semester 3, tapi pusat pengajian je yang berbeza.

p/s: "Awak, kalau berdoa tu...jangan lupa doakan saya sama ye... dan terima kasih untuk segalanya. Maafkan saya kerana ada hajat awak yang takkan mampu saya tunaikan tapi ketahuilah bahawa...
~walau tangan tak berjabat, mata tak bertemu, hati kita tetap utuh bersama~ "
Saya ngeri dengan sebuah pertemuan, kerana di situ akan adanya perpisahan...tapi sebenarnya itulah ujian yang makin mematangkan kita.

Selasa, 28 Ogos 2012

Sayang

Sayang... satu perkataan yang indah didengari tapi sukar untuk diluahkan... Bertuahlah insan yang selalu menerima perkataan ini, sungguh baik hati pula pada si penuturnya. Lagi indah jika perkataan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa... 
Ungkapan ini mampu menjadi penawar, penyembuh serta pemberi semangat kepada si penerima. Satu perkataan yang tidak memerlukan modal untuk menuturkannya, tetapi mengapa kita sukar untuk mengucapkannya kepada insan-insan yang kita sayangi? Perlukah kita tuturkannya ketika mereka telah tiada di sisi kita? Ataupun setelah kehilangan mereka baru kita mampu untuk meluahkannya? Jika begitu, ucapan ini tidak berharga lagi buat si penerima. Apa gunanya lagi...
Oleh itu luahkanlah perkataan azimat ini buat mereka yang kita sayangi sebelum masa tidak mengizinkan kita berbuat demikian, sebelum kita menyesal di kemudian hari... Kasih sayang bukan boleh dijualbeli, bukan boleh dipaksa dan bukan juga boleh ditukarganti... Sayang itu anugerah Illahi yang sangat berharga buat kita.
Buatmu teman,
Sayangmu akan ku kenang seumur hidupku...

Khamis, 16 Ogos 2012

Tuhan jagakan dia... untukku


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

"Tuhan jagakan dia"... untukku... huhuhu
(sedang sibuk buat assignment ketika dinihari ini, tiba-tiba lagu ini berkumandang di Suria FM... mata kembali segar sambil menelan patah-patah kata lirik lagu ini satu persatu... huhhh, syahdu datang bertandang menyentuh hati ini... sesuai dengan tajuk lagu, ku pinta tuhan jagakan dia untuk diriku...).

Selasa, 7 Ogos 2012

Sedar...

 
Pergilah jauh
Andai itu yang kau mahu
Tidak ku halang
Jika benar pilihanmu
Tak guna diracun
Di benak perasaan
Kelak padahnya menyiksakan

Tidakkan teguh
Pertalian yang di bina
Andai jiwamu
Masih lagi nun di sana
Tak putus mengenang
Pada dia yang hilang
Di mana tempat ku sebenar

Aku sedar kewujudanku padamu
Tiada lebih dari itu
Hanya sekadar penampal ruang luka
Di saat dikau tak punya siapa

Kini masa terbukti
Kejujuran di hati
Pergi jangan dipandang
Mungkinkah di sana
Kau temu jalannya...

Rabu, 25 Julai 2012

tak ada lagu...

tak ada lagu??? lagu apa ek... ntahlah sebenarnya rasa nak nangis, nak nangis tapi tak berlagu... huhuhu... maksudnya nangis dalam diam... senyap-senyap je. hik hik hik... tentu kawan-kawan yang suka baca blog saya ni boring dengan entri-entri saya yang berkisar tentang emosi, perasaan, kesedihan dan yang sewaktu dengannya... nak buat camana, blog ni tempat saya menconteng emosi, membicarakan kisah hati... meluahkan perasaan... sambil mengasah bakat penulisan kreatif saya...

2 hari ini perasaan lain macam je... sayu, sendu, syahdu, hiba... ingatkan dalam bulan Ramadhan ni perasaan haru biru camni tak wujud... dah halau jauh-jauh perasaan ni, tapi tak jugak pergi-pergi... sob, sob, sob... layan je lah. Feeling, feeling... touching, touchinggg. Ada dalam tiada...

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Jika tiada lagi wujud KEMESRAAN,
Usahlah memaksa diri sendiri, tapi...
Jauhilah diriku, lupakanlah aku, SELAMANYA...

Khamis, 19 Julai 2012

mata, hati, bibir

~kredit to Google~
tatkala MATA diberi kesempatan menatap,
riangnya tiada terucap,
HATI bagai berdetap-detap,
sayangnya BIBIR pula tidak mampu mengungkap,

bukan tiada kalimah untuk berbicara,
tapi lidah kelu untuk berkata-kata,
untuk meluahkan apa yang dirasa.
kerana aku bimbang bicaraku penyebab luka.

biarkanlah MATA sahaja yang faham,
HATI pula berdendang dalam diam,
dan BIBIR terus tersenyum
melakar memori semalam...

"Terima kasih Allah, atas rasa bahagia yang sementara ini...
Tiada apa yang kupohon, cuma kekalkanlah ketenangan yang ku miliki ini,
walaupun hanya sekelumit sahaja. 
DAN
Izinkan aku terus dapat menatap wajahnya,
 mendengar suaranya... hingga ke hujung nyawaku".
(Adilla Yusof~18 Julai 2012~Bangi~)

Isnin, 9 Julai 2012

Nak berehat...

emmm ketika ini saya sedang mendengar lagu Hujan (Sudirman) di Suria fm... secara tiba-tiba airmata ini mengalir, deras sangat, tak mampu nak bertahan lagi... sayu sangat perasaan ni... macam-macam yang difikir, bersesuai sekali dengan "azam baru saya ni"... siapa yang friend dgn fb saya, tentu boleh baca post terbaru saya tu... saya tepek gambar "Thank You"...
thank you for everything... terima kasih atas segala-galanya... itulah yang ingin saya luahkan buat semua sahabat fb saya... terima kasih kerana sudi jadi sahabat saya, sama ada yang benar-benar ikhlas bersahabat dengan saya ataupun yang sekadar berpura-pura... banyak sangat dugaan dan ujian yang saya alami dalam facebook tu... suka duka pahit manis, semua ada... rasa nak delete je akaun tu, tapi sayang pulak... banyak kenangan kat situ.
~terima kasih teman, kerana pernah menceriakan hidup saya.. walaupun kini tiada lagi mesra antara kita~

oleh sebab itu, saya bercadang untuk berehat dari arena facebook dan juga blog ini untuk suatu masa yang belum dapat dipastikan lagi... sebenarnya saya dah banyak kali cuba berazam macam ni, tapi semuanya gagal... paling lama pernah saya buat cuma 2 minggu je tanpa fb... selain tu seminggu.. kali ini rasanya nak berehat panjanglah... baca report fb melalui sms celcom pun cukuplah... 
saya dah lama langgan sms celcom untuk facebook ni (1 minggu RM1= sebulan RM4)... kalau ada sesiapa yang nak jadi rakan fb saya, komen status saya, komen gambar2 saya, mesej saya kat fb @ tag saya, maka saya akan dapat repot tersebut dalam bentuk sms oleh celcom... senangkan.. selalunya saya akan dapat repot tu cepat...tapi ada kalanya repot tu sampai lambat jugak... contohnya ada kawan komen status saya pukul 11.00 pagi, repot tu sampai kat saya pukul 11.00 malam... emmm masa tu akan berderet-deretlah sms fb masuk...maklumlah 1 hari dikumpulkannya.. pasal itu saya silentkan telefon masa nak tidur... mengganggu dan juga buat suspen kita je..ingat ada hal penting sangatlah..hu3
kawan-kawan, tolong doakan saya supaya semangat saya kuat untuk menjalankan "azam baru" saya ni ye... saya nak jadi katak bawah tempurung semula... (lagi baik rasanya.) saya nak jadi seperti dulu, tanpa facebook tanpa blog, biarlah saya "hidup" sekitar sekolah saya, kuliah saya dan rumah saya je... cukuplah ruang sebesar itu untuk saya... biarlah dunia saya dihiasi dengan kerenah anak-anak murid saya sahaja... mereka lebih jujur... penat sangat rasanya melayan kerenah kawan-kawan... tak mau lagi jumpa kawan-kawan yang seperti gunting dalam lipatan, seperti bara dalam sekam... kawan yang penuh pura-pura... Ya Allah, jangan kau izinkan aku bertemu dengan sahabat seperti ini lagi... cukup sudah hati dan perasaan ini terdera sebegini... tak sanggup lagi untuk ku lalui semua ini. 
kawan-kawan, mungkin sedikit masa lagi saya juga akan mengundurkan diri dalam alumni... akan saya noktahkan penglibatan saya hingga setakat ini... itu sahaja yang mampu saya buat... dan saya akan membuat pengumuman secara rasmi setelah semua urusan telah saya kemaskini sebaiknya. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan Allah... serta apa yang saya buat ini mendapat keredhaanNya...

Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan... sebelum saya menoktahkan coretan saya kali ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua teman yang sudi singgah di laman saya yang tidak seberapa ini... buat sahabat-sahabat facebook yang dapat membaca tulisan ini, terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjadi sahabat facebook saya selama ini. Saya ingin memohon keampunan dan kemaafan andai bicara saya, andai tulisan saya telah mengguris hati dan perasaan kawan-kawan semua... Redhakanlah pemergian saya untuk seketika ini... Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramdhan" buat teman-teman semua. Maaf zahir dan batin.
p/s: "Secara jujurnya, saya akan tetap merindui semua sahabat facebook saya... pasti saya akan sunyi semula tanpa kalian di sisi... Ya Allah, tabahkanlah hati ini, berikanlah kekuatan atas kelemahan saya. Hanya keredhaanMu yang kuharapkan saat ini..." Aamiinn.
Izinkan ku pergi, walau tanpa rela di hati ini..

Selasa, 3 Julai 2012

Terluka lagi...

Allah memberikan PERTEMUAN agar TAKDIR DICIPTA..
Allah mewujudkan kasih SAYANG agar kita BOLEH MENGENALI..
Allah menitipkan RINDU untuk kita SALING MENGINGATI..

Bukan hanya DEKAT DI MATA,
bukan jua yang DEKAT BICARANYA..
tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA..
p/s: puas memujuk hati untuk abaikan sahaja kelukaan ini, tapi hati tetap terasa pedihnya... apabila saya diperlakukan seperti ini untuk kesekian kalinya.


Masih sabar menanti dan menunggu jawapannya...

Ahad, 24 Jun 2012

Semester baru PPG (Sem 3/2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam 23 Jun 2012, bermulalah semester baru buat saya dan juga pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohort 1... diam tak diam, dah semester 3. ada lagi 5 semester bakal menunggu. Insya Allah semoga saya dan teman-teman PPG dapat bersama hingga berjaya.
Fuhhh penat giler rasanya kuliah semester ini... kuliah bermula tepat jam 8.00 pagi, tamat jam 7.00 petang. bilik kuliahpun dah berubah... dari bilik kuliah kat tengah-tengah bangunan, panas dan tak masuk angin... kini kuliah saya kat hujung bangunan, aras masih sama tingkat 3... tingkap dan kipas yang banyak... best sangat... lantai bertikar getah, senanglah kami nak solat kat dalam kuliah. ada kawan saya kata..."wahhh bestnya kelas kita, macam dapat rumah corner lot plak"... emmm memang betulpun... panorama yang boleh dilihat dari bilik kuliahpun sangat cantik... kalau boring masa kuliah boleh lah jengok kat luar... semoga permulaan yang baik ini, dapat menghasilkan sebuah kejayaan yang baik juga untuk kami. 
~semoga ilmu yang saya perolehi di sini, akan saya interprestasi dalam kelas saya, Insya Allah~
Pagi tadi saya dah dapat download Keputusan Penuh Peperiksaan Semester 2 saya... tiada ucapan yang paling sesuai untuk saya lafazkan, melainkan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu Ya Allah... tak sangka plak saya dapat A untuk 4 subjek... 1 subjek tu cukup-cukup makan je... namun Alhamdulillah jugak, sebab saya fikir saya akan gagal subjek tu...banyak sangat nama tokoh dan teori mereka untuk dihafalkan.. kawan-kawan saya pun tak ada yang dapat A subjek tu... Semoga saya akan lebih bersedia dan banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran pada semester ini terutamanya subjek B. Arab... Insya Allah. Doakan sama-sama ek.
Syukur padaMu Ya Allah,

Sabtu, 23 Jun 2012

Keputusan Peperiksaan Semester 2/2012

Syukur Ya Allah... dengan limpah kurniaMu... 
baru sebentar tadi saya mengakses laman sesawang IPG untuk melihat keputusan peperiksaan saya untuk semester 2 yang lalu... punyalah susah nak log masuk... ingatkan keputusan belum ada lagi.. nasib baik kawan sekuliah saya menyarankan supaya saya mencuba berulangkali... mula-mula rasa cam kelakar pulak.... apa taknya, log in, log out, log in, log out... hasilnya tetap sama "Tiada Data Peperiksaan"... fikiran mulalah merapu, saya fikir..." apa tak sudah-sudah pensyarah mengira markah saya ni? terlampau banyak ke, terlampau sikit?"...
akhirnya lebih sepuluh kali saya mencuba... tetiba saya ternampak ayat ini di skrin... Mei 2012... hahhh, benda yang dicari dah ada depan mata... aikkk mulalah berdebar-debar, pastu kliklah... emmm markahpun nampakkk... saya terus tengok kat catatan yang di bawah sekali : KEPUTUSAN: LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN... Alhamdulillah... saya berjaya. markah yang diperolehi lebih tinggi daripada semester lepas... (kalau kat pusat pengajian yang lain, saya boleh dapat Anugerah Dekan)... Purata Mata Gred juga semakin meningkat... Syukur sangat-sangat... 
Terima kasih buat teman-teman yang telah mendoakan saya...
Tiada mampu saya untuk membalasnya...

Selasa, 19 Jun 2012

Terima kasih Allah...

Terima kasih Allah, atas nikmat ketenangan ini... atas izinMu jua ikatan persahabatan ini masih mampu bertahan hingga ke saat ini...walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang telah ku lalui. airmata ini terlalu banyak mengalir kerananya... aku tak sanggup persahabatan ini terkulai layu, terkubur tanpa nesannya...

Tiada apa yang ingin ku pinta, hanya ku panjatkan doa agar Kau restui persahabatan kami... sesungguhnya aku amat tenang dan cukup bahagia bersama mereka. Semoga persahabatan ini bisa mendekatkan aku padaMu, Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam persahabatan ini.
Terima kasih Allah, Hanya Engkau Yang Mengetahui Isi hati Ini;

Sabtu, 16 Jun 2012

Bintang

malam kelmarin saya kira bintang sorang... sebab kawan yang saya nak jumpa, tak datang... huhuhu berpeluh call/ sms, tapi tak jawab-jawab... lewat malam tadi, saya terdengar sebuah lagu kat saluran suria cinta... emmm macam ada persamaan lak dengan kisah saya kelmarin tu... apalagi, saya downloadlah lagu tu... fuhhh jiwanggg...

cuba anda tengok/baca liriknya... liriknya best;
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...

Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan

Bintang janganlah engkau terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana

( korus )
Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah...
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang kau pergilah...
Kerna itulah yang terbaik untukmu

Bintang...
Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku
Bintang...
"Bintang...percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku" huhuhu syahdunya... pertama kali dengar terus jatuh cinta"
ini linknya : Bintang; Budak kacamata

Ahad, 10 Jun 2012

Berdebar-debarrr...

minggu ni penuh debaran... sebabnya keputusan peksa akan keluar... peksa semester 2. kalau ikut kalendar penggajian, kuliah saya untuk semester 3 ini akan bermula sabtu depan (23 Jun 2012). tak tahulah saya dapat berapa. 2 subjek saya dah tahu keputusannya... dah lulus. yang belum tahu markah untuk 3 subjek serta markah keseluruhan peksa tu. takut weyyy!!! seram sejuk bila difikirkan... dapat luluspun cukuplah, saya tak nak mengulang peksa. huhuhu

semester 1 (hujung tahun 2011) masa dapat markah peksa, saya lulus... ingatkan lulus cukup-cukup makan je... masa tu saya tak tahu pointer tertinggi 4.0, saya fikir pointer tertinggi 5.0... keh keh keh... zaman saya belajar dulu, tak ada pointer pointer camni.. jadi saya beritahu suami saya (en.zaki), saya lulus. en.zaki kata, oklah dah lulus.. bila saya beritahu markah saya kat kawan saya, cikgu fatimatun (diapun sambung belajar tapi dah nak abis)... apa dia komen? "wahhh dilla, tinggi markah kau tu... akakpun belum capai camtu lagi". hahhh... apa markah saya tinggi??? oooo pointer tertinggi 4.0 (four flat)... maknanya markah saya dah hampir nak 4.0 lah ye... kawan-kawan kata 3.5 ke atas dapat Anugerah Dekan... iye ke??? (tetiba barulah saya rasa seronok sangat dengan keputusan tu...) barulah berani nak cerita kat adik-adik saya... semua gelakkan saya pasal pointer 5.0 tu... huk huk huk. 
makanya, disebabkan markah semester lepaslah yang menjadikan saya risau sangat menanti markah semester ini. mampukah saya mengekalkan markah macam tu? atau merosotkah markah saya? markah lebih tinggi saya tak impikan... tahu usaha saya seciput je... tapi kalau dapat lebih baik, Alhamdulillah... 
Kalau dapat markah cam semester lepaspun, cukuplah... Doakan saya ya kawan-kawan!!!

Sabtu, 9 Jun 2012

makin lama...

... terjumpa dalam mukabuku sebentar tadi... tu yang teringin nak kongsi kat sini plak.
... macam betul jer..wink wink wink ... anda bagaimana?

Khamis, 7 Jun 2012

birthday @ Jun

4 Jun: birthday cik abang saya... abang yg mana? en. zaki lah, sapa lagi... birthday dia yang ke 42... dah 2 tahun masuk 4 series kan... tahun lepas, sambut dengan anak2 sedara dia di rumah mak mentua saya... meriah dan kecoh sebab adik ipar saya nikah masa tu (adik lelaki en.zaki). tahun ni sambut kat rumah mak jugaklah... nak sambut mana lagi, situlah yang paling sesuai, selagi emak dengan ayah masih hidup. taklah meriah... kami 3 beranak, mak, ayah, ida (biras saya/adik ipar en.zaki), adik zul dan adik mizan. tak sampaipun 10 orang. tak kisahlah... asal dapat sambut sama-sama.
7 Jun: birthday anak dara saya pulak Zafirah... emmm 3 hari jer bezanya dua beranak ni... pe'el pun ada persamaan sikit... huhuhu. dah 19 tahun umur dia... 2013 dah masuk 20 tahun... perangai cam bebudak lagi, manja terlebih... adik tak ada camnilah jadinya kot... semoga jadi anak yang solehah dan hidupmu sentiasa dirahmati Allah. sambutan tahun ni special sikit... 6 Jun buat makan-makan kat rumah abah saya di kampung... adik beradik saya semuanya balik kecuali adik bujang saya yang keje kat UiTM Shah Alam tu tak dapat sama... anak sedara saya semua ada (11 orang cucu-cucu atuk Usop semua hadir)... berbungalah hati si kakak Zafirah, dapat kumpul dengan semua sepupunya... Busu masak nasi beriani special untuk kak Firah... (tapi sebenarnya kak Firah yang teringin sangat nak makan nasi beriani busu)... atuk plak buat jamuan durian... jamuan durian lepas makan nasi beriani... huhhh camanalah jadinya kat dalam perut tu??? hasilnya mestilah beriani durian... hehehe
hari ni 7 Jun (sebelah malam), abah dia (en.zaki) pulak belanja makan pizza...paberet anak dara dia... malam ni kami bertiga jer, cam biasa... tak meriah cam semalam, tapi oklah... harap firah gembira. 
semoga en.zaki dan cik zafirah bahagia di hari lahir mereka serta dirahmati Allah,
ku persembahkan apa dayaku...

Ahad, 3 Jun 2012

Membawa lara...

lewat malam ni, tiba-tiba hati teruja nak menatap kembali wajahnya... wajah/muka yang ingin kulupakan... buat selama-lamanya (azam yang belum mampu tertunai lagi).. muka sapa pulak ni? korang suspen takkk??? mesti tak suspen langsungkan...hik hik hik
mukabuku lah apalagi... dah 5 hari saya tutup nyawa fesbuk tu... kian lesu bila menatap halaman fesbuk saya... dalam ramai kawan, terdapat juga secebis "duri" atau setitis "racun berbisa" yang seumpama api dalam sekam...cuba menguji ketabahan dan kesabaran saya. hati ini kian tawar melihat muka-muka mereka yang "bijak berlakon" dengan watak yang penuh kepura-puraan...saya letih dengan semua ini, saya tak larat melihat lakonan-lakonan itu...ada kawan yang dah jadi cam lawan, ada kawan yang dah suam-suam kuku dan ada juga kawan yang dah membatu... tak kurang pula yang mahu jadi "spy" gerak geri fb kita... ohhh saya sangat-sangat terkilan situasi yang kurang seronok ini...

buat seketika biarlah saya keluar dulu dari dunia fesbuk yang penuh pancaroba itu... ewahhh kemain lagik kan... sehari dua jer kot mampu bertahannya... keh3 (tengoklah camana...)

banyak kenangan manis dan pahit @ facebook;

Sabtu, 28 April 2012

Kawan oh kawan... fesbuk oh fesbuk

petang semalam saya dapat call daripada kawan baik saya... ada cerita menarik rupanya... citer tentang seorang kawan sekolah kami dulu...(A bukan nama sebenar). tak sangka pulak A suka menjaga tepi kain kawan-kawan... lawaklah citer dia... tak pasal-pasal A mencanang hal kawan-kawan kat kawan-kawan yang lain. dan paling best... saya juga turut menjadi bahan cerita A.  huahuahua...kawan saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas... tak puashati kot sebab saya sentiasa lebih cemerlang daripada dia... ngeh ngeh ngeh. (ambik kau sebijik)
A juga rakan fesbuk saya... sejak kami "bertemu" semula dalam fesbuk dia belum pernah lagi chatting atau mesej saya... call atau sms pun tak pernah...jumpapun tak pernah jugak, hairannya macamanalah dia boleh jadikan saya bahan cerita dia? ohhh peliklah pulak. Saya baru tahu, dia ni surirumah sepenuh masa rupanya, emmm padanlah banyak masa nak buat ketupat... suka hatilah A, buatlah ketupat banyak-banyak... kau kan tahu perangai saya sejak zaman sekolah dulu... saya bukan jenis kaki gaduh, bukan cepat melatah... buatlah apapun kat saya, saya tak kisah.... hua hua hua. 
saya rasa dia suka membelek album semua kawan kitaorang (album fesbuk)...padahal dia bukan pengguna fb yang aktifpun... tapi melalui fb, dia mencari kekurangan pada kami... ada ke dia kutuk suami kawan saya (B bukan nama sebenar) hitam... biarlah suami B tu hitam, asalkan dia bahagia... bukan suami kau pun. eee geli geleman saya bila jumpa kawan macam ni... bagi A, suami dia jer yang terbaik daripada suami oranglain... keluarga dia jer yang hebat dan kaya/mewah... 
eee tolonglah jangan menilai kehidupan sebenar kawan-kawan kita hanya melalui fesbuk, dia ingat kalau kita tak tunjuk kita duk rumah macam mana, kereta jenis apa, berapa bijik rumah kita, berapa banyak kereta kita... dia akan labelkan kita ni susah... pastu pi canang kat kawan-kawan dengan perisa yang terbaik.. apa motif dia tu? nak menjatuhkan maruah kawan-kawan ke @ nak menghina? dia kata kawan baik saya cuma pakai kereta Honda yang dipasang kat Malaysia je.. apalah dia sibuk sangat tu? pasang kat Malaysia ke, kat India ke, kat Indon ke... tetap jenama Honda. kau ada? eee sampai macam tu sekali pandangan dia. (kalau kau masih pakai kereta cam kereta saya tahun 2000 dulu, janganlah nak meninggi diri sangat). kalau berhajat nak meninggikan diri, saya tak kisah... suka kaulah. tapi jangan plak kutuk kawan-kawan.... silap orang kau kutuk tu... cuba lagi lain kali ye. keh keh keh...
# nasib baik dia bukan kawan yang saya cari-cari selama ini... ada ke tak ada ke, saya tak heran pun... nak remove bila-bila masa pun boleh.. tapi biarlah dulu nanti tak ada lak bahan dia nak buat ketupat tentang saya... sian lak kan... kwang kwang kwang...
Masih terdengar-dengar Khai kata; "Dilla, kita ni cam artis lak digosip dek bebudak ex-SMAA kan". Hahaha... glamor cam artis sebab jadi orang penting dalam Alumni kot.. itu kerja sukarela kitaorang ajelah, bukan nak namapun... 
Buat ketupat jangan hangus lak ye, nanti tak boleh dimakan plak.  

Isnin, 16 April 2012

Diam...

Diam....

Jika berdiam diri itu lebih baik,
Saya akan belajar untuk mendiamkan diri,

Jika diam saya boleh membahagiakan oranglain,
Saya akan mencubanya walaupun tiada rela di hati ini...

Namun jangan sesekali terlupa,
bahawa saya masih ada sekeping hati,
yang mampu merasa dan terluka.

Selasa, 27 Mac 2012

Remove lah...

kalau dah benci sangat tu, remove jer lah... kalau nak tunggu saya remove boleh, tapi tunggu saya delete akaun fb saya tu barulah semua hilang... pastu tak payahlah dicari lagi... kubur jer semuanya, usah dikenang-kenang lagi... siapa saya untuk dikenang, saya hanya sesuai untuk disakiti dan dilukai... jika dengan cara ini dapat membahagiakan... hanya pada Nya saya berserah... kerana Dia mengetahui segala-galanya...
Saya mungkin hanya satu persinggahan sahaja buat mereka,
setelah puas dilukai, disakiti... mereka berlalu pergi,
dan saya sendiri akan berusaha mengubati hati ini...perlahan-lahan

Ahad, 26 Februari 2012

Jangan...

Peringatan buat saya: 
 
"kat sesiapapun jangan mengadu/ceritakan masalah...nanti kita juga yg susah... 
(sama ada pahit atau manis, simpan jer dalam hati, lebih selamat)".
 
 Kini, akan ku simpan semuanya sendiri... 
seperti masa nan lalu. Semoga aku tidak akan silap lagi.

Jumaat, 10 Februari 2012

study vs mengantuk vs suria vs lagu ;-)

kenapa ye kalau kita study memalam camni... cepat sangat mengantuk? baru nak baca buku jer dah ngantuk...kadang-kadang lagi teruk, tengok kulit bukupun dah boleh buat mata kita mengantuk... kes terukkan... beginilah gayanya kalau murid tua sambung belajar, banyak alasan kan...hihihi tapi seronok, seronok, seronok.... tambah ilmu walaupun di lewat usia.;-) yang hairannya bila buka fb (facebook) tak mengantuk pun... tahan pulak mata tu..

kalau asyik menatap facebook apa yang dapat??? bukannya ada nota pelajaranpun...tapi kawan ramailah. hihihi.. sesekali mengintai fb sambil study ok jugak...tapi bila dah lewat sangat, semua kawan dah tido...kita terlopong sorang-sorang... haaa, masa camnilah saya layan dengar radio...buka suria fm, huhhh jiwanggg.... bila dah jiwang, hati mulalah kembang kuncup, maka matapun segarlah jadinya...(tapiiiii ada masanya mengantuk jugakkkk). ngeh, ngeh, ngehhh.

bila dah selalu sangat layan jiwang ni...
pasti ada lagu yang suka didengari antaranya seperti lagu-lagu ini:
(klik link, jika nak dengar lagu2 tersebut).

Sesaat kau datang, sesaat kau hilang...
Kemunculan dirimu penuh misteriiiii....
(adehhh... ngantuk pulak lah... zzzzzzz dulu ek)

Rabu, 8 Februari 2012

Bila rasa itu datang lagi...

~gambar ehsan drpd pakcik Google... mercu tanda Malaysia ~
 
ia datang lagi, lagi dan lagi... pelbagai rasa. rasa sedih, rasa kecewa, rasa terkilan, rasa terpinggir...ntahlah ada banyak lagi rasa yang datang bertandang.. puas saya cuba untuk membuang semua rasa itu, saya teringin menjadi seorang yang kuat, kuat jiwa dan kuat semangat. tak mahu lagi melayan perasaan yang bisa merembeskan airmata ini.

terasa ujian Allah ini sangat berat bagi saya... mungkin mudah bagi oranglain tapi amat susah bagi saya. rasa sedih pasti bertandang tatkala diri melewati bandar raya Kuala Lumpur. cerita "semalam di Kuala Lumpur" tergambar di memori... mengapa perlu saya kenang semuanya sedangkan oranglain tidak pedulipun tentang kisah itu??? walaupun ianya telah lama berlalu tetapi ia masih terlalu segar di minda ini... mengapakah pertemuan itu dihadirkan buat saya andai kesudahannya sebegini??? manisnya hanya sedetik tapi pahitnya berpanjangan... 
terpersona melihat keindahan bulan pada malam ini tambahan pula tatkala bulan berada di atas ruang angkasa KLCC dan juga Menara KL, maka hati dilanda sayu dan hiba untuk ke sekian kalinya :'(
Beratnya UjianMu;

Selasa, 7 Februari 2012

iPhone4S, iPad2, galaxy tab?

iPhone4S... kiutkan, tapi mahal lah...
iPhone4S, iPad2 dan Galaxy Tab??? yang mana satu jadi idaman anda? wahhh hebatnya entri saya kali ini...(perasan jer). sekarang ni pelbagai gadget yang terdapat di pasaran... sukar untuk kita buat pilihan. semuanya serba canggih, serba moden, serbaaaa??? serba apa ye... ohhh serba mahal lah apa lagi... mahal bagi orang yang kurang berkemampuan macam saya ni...huhuhu.
iPhone4S dengan iPad2 adik-beradik seemak seayah... jenama apple. Galaxy Tab pulak jenama Samsung. kalau blackberry ada playbook...Gadget2 ini menjadi sebut kepada peminat-peminat barangan telekomunikasi...peminat emas permata tentu tak suka gadget2 yang saya sebutkan tadi... kompem diorang kata membazir. saya memang suka dan minat gadget2 camtu... komputer, kamera dan videocam pun saya suka juga... (emas berlian cukup untuk pakai dahlah...hihihi)
iPhone4S harganya antara RM2,199 (16GB), RM2,499 dan RM2,799...kan saya dah kata mahal... kalau iPad2 pun lebih kurang camtu jugak harganya... kalau Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus (tab yang boleh buat panggilan atau jawab panggilan telefon...2 in 1) harganya RM1,699... haaa murah sikitkan...jadi anda pilihlah mana yang anda suka dan yang anda mampu... oklah lain kali saya cerita pulak tentang galaxy tab dengan lebih terperinci ye...(saya tau yang itu jer...)
iPhone4S @ iPad2... bertuahlah hidup kalau ada yang hadiahkan ;-)

Duit Tabung Nuffnang

~gambar ni pinjam daripada pak cik google jer...~
baru sekejap ni saya buka web nuffnang... emmm saja nak mengintai duit tabung ada berapa... ohhh dah sebanyak RM80.18. ok jugaklah tu.. mana ada orang nak beri kita duit sebanyak itu... saya tak kisah berapapun jumlahnya... sebab saya menulis blog ini bukan nak minta duit dari sesiapa... hanya sekadar suka-suka sambil mengeluarkan apa yang ada dalam minda ni... mengasah bakat terpendam... iye ke???

mula-mula saya tepek iklan nuffnang kat sini, saya tak fikirpun akan dapat duit camni... ada ke orang nak baca blog aku??? betul ke nuffnang nak letak iklannya??? sudi ke orang nak klik iklan kat sini??? emmm macam-macam persoalan yang saya fikirkan... apa taknya, blog saya ni banyak merapunya... isinya meraban... tak ilmiah langsung...tapi terima kasih kepada sahabat yang suka membaca blog saya...kedatangan anda sangat saya hargai...jika ada cadangan pembaikan, jangan memalu...gi tau saya ye...

saya nak tunggu tabung saya berjumlah RM102... sebabnya saya nak cek tu bernilai RM100... manakala RM2 untuk proses pengirimannya... baru best nak beli sesuatu untuk dijadikan kenangan. tak sabar rasanya nak dapat cek nuffnang dan pamerkan kat blog ini. cewah cewahhh... bangga yer...saja suka suka...dan jangan lupa nak tayang jugak kat fb...hiiiiiiiiii (eksyen yerk...)
terima kasih kepada sesiapa yang telah klik iklan-iklan kat blog saya;

Ahad, 5 Februari 2012

Wajah baru...

setelah hampir 3 tahun (mula dari 2009), baru kali ini blog saya berwajah baru... rasa macam bosan plak tengok templet lama tu. setelah beberapa hari me"renovate" dengan pelbagai usaha, akhirnya saya berkenan dengan wajah ini.
bagaimana dengan pandangan sahabat semua? ok tak agaknya wajah baru blog saya ni? kalau tak suka, beritahulah saya...hihihi. terima kasih buat pembaca setia blog saya ni. mana yang baik ambillah buat teladan, mana yang tak molek jadikanlah sempadan.

Jumaat, 3 Februari 2012

Naik taraf...


HARAP MAAF DI ATAS SEBARANG KESULITAN......
TUAN PUNYA BLOG SEDANG ME"RENOVATE" LAMAN INI. SEMOGA PARA PEMBACA BERSABAR UNTUK SEMENTARA WAKTU

Bukan Untuk Sesaat (Farlyana)

entri kali ini saya nak tepek lirik lagu "Bukan Untuk Sesaat" ; Farlyana... tersuka pulak kat lagu ni sebab selalu sangat dengar kat Suria FM... boleh dikatakan hari-hari jugaklah. layannn...punya pengertian yang mendalam... kata orang "makan dalam" @ menyusuk jiwa...alaaa apa-apa pun sekadar hiburan je jangan lebih-lebih pulak ye... jangan tonggang terbalik pulak dengar lagu ni, takpun abis tisu 2, 3 kotak...ngeh3
Lirik Lagu Bukan Untuk Sesaat - Farlyana (OST Awan Dania The Movie....rupanya)

Entah mengapa kini kasih
Kurasa berbeza
Dirimu seakan berubah
Dengan sekelip mata

Ke manakah menghilang
Canda dan senyummu kekasih
Sungguh tak mengerti
Tidakkah kau sedari...
Keikhlasan ini
Setia di sisimu

Katakanlah kekasih
Jangan kau pendam lagi
Ceritakanlah segala
Resahmu kepadaku

Yakinkanlah hatimu
Diriku mencintaimu
Bukan untuk sesaat...
Bukan untuk seketika...
Tapi untuk selamanya...

huuu.. ooo.. 
 Kalau nak dengar, klik kat sini ---> Bukan Untuk Sesaat (Farlyana)

Selasa, 31 Januari 2012

Kenangan...

kenapa kenangan itu sentiasa segar di mindaku??? kenangan yang bisa menambah sendu di hati... kenangan yang pasti takkan berulang lagi... kenapa kenangan itu dihadirkan untuk diri ini??? kenapa kenangan itu dicipta, andainya sakit yang berpanjangan akan membelenggu diri ini...

kenangan itu sangat berharga bagiku, tapi kenangan itulah yang bisa merobek hati dan perasaan ini... bisa memberi gerhana kepada hati ini... kenapa kenangan itu kembali melontar aku ke daerah sepi yang telah berkurun ini??? adakah aku diciptakan untuk tinggal di daerah yang penuh dengan ranjau kepiluan yang tak terperi ini... daerah yang kosong dan tidak bernadi ini? adakah aku sememangnya layak jadi sebegini??? kuserahkan semuanya padaMu...jika ini takdir terbaik buatku.
 Aku seperti dulu, sunyi...
makin aku cuba melupakan semuanya, semakin dekat ia menemaniku.
mungkinkah untuk selamanya ia bertakhta di hati..seperti sebelum ini???

Jumaat, 6 Januari 2012

Gerhana...



dah beberapa hari kita melangkah di tahun baru 2012... maka bererti sayapun dah mula bekerja untuk sesi baru.. seronok dapat jumpa kawan-kawan dan anak didik-anak didik saya... tapi dalam seronok ini, masih terpendam satu "rasa" yang kurang menceriakan hari-hari saya. bak kata orang 'kurang serinya'... 
seumpama ada gerhana di dalam hati ini... bak tiada suria nan bersinar... camana nak kata ek??? emmm seperti ada sisi yang makin pudar dan hambar... "rasa" ini makin mematikan aktiviti kegemaran saya (ber fb).. fb yang banyak jasa menemukan saya dengan kawan-kawan lama, dari yang jauh mahupun  dekat.
kini ada ketikanya saya rasa nak delete terus akaun fb saya tu... sebab banyak sangat kenangannya, kenangan yang manis mahupun yang amat melukakan hati dan perasaan ini... tapi tunggulah bila saya benar-benar sudah cukup bersedia, akan saya delete akaun fb saya itu untuk selama-lamanya. bilalah agaknya ya??? beratus teman dalam fb tu, tidak bermakna kita disukai...
Gerhana di hati tiada siapa yang tahu;