Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Sabtu, 28 April 2012

Kawan oh kawan... fesbuk oh fesbuk

petang semalam saya dapat call daripada kawan baik saya... ada cerita menarik rupanya... citer tentang seorang kawan sekolah kami dulu...(A bukan nama sebenar). tak sangka pulak A suka menjaga tepi kain kawan-kawan... lawaklah citer dia... tak pasal-pasal A mencanang hal kawan-kawan kat kawan-kawan yang lain. dan paling best... saya juga turut menjadi bahan cerita A.  huahuahua...kawan saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas... tak puashati kot sebab saya sentiasa lebih cemerlang daripada dia... ngeh ngeh ngeh. (ambik kau sebijik)
A juga rakan fesbuk saya... sejak kami "bertemu" semula dalam fesbuk dia belum pernah lagi chatting atau mesej saya... call atau sms pun tak pernah...jumpapun tak pernah jugak, hairannya macamanalah dia boleh jadikan saya bahan cerita dia? ohhh peliklah pulak. Saya baru tahu, dia ni surirumah sepenuh masa rupanya, emmm padanlah banyak masa nak buat ketupat... suka hatilah A, buatlah ketupat banyak-banyak... kau kan tahu perangai saya sejak zaman sekolah dulu... saya bukan jenis kaki gaduh, bukan cepat melatah... buatlah apapun kat saya, saya tak kisah.... hua hua hua. 
saya rasa dia suka membelek album semua kawan kitaorang (album fesbuk)...padahal dia bukan pengguna fb yang aktifpun... tapi melalui fb, dia mencari kekurangan pada kami... ada ke dia kutuk suami kawan saya (B bukan nama sebenar) hitam... biarlah suami B tu hitam, asalkan dia bahagia... bukan suami kau pun. eee geli geleman saya bila jumpa kawan macam ni... bagi A, suami dia jer yang terbaik daripada suami oranglain... keluarga dia jer yang hebat dan kaya/mewah... 
eee tolonglah jangan menilai kehidupan sebenar kawan-kawan kita hanya melalui fesbuk, dia ingat kalau kita tak tunjuk kita duk rumah macam mana, kereta jenis apa, berapa bijik rumah kita, berapa banyak kereta kita... dia akan labelkan kita ni susah... pastu pi canang kat kawan-kawan dengan perisa yang terbaik.. apa motif dia tu? nak menjatuhkan maruah kawan-kawan ke @ nak menghina? dia kata kawan baik saya cuma pakai kereta Honda yang dipasang kat Malaysia je.. apalah dia sibuk sangat tu? pasang kat Malaysia ke, kat India ke, kat Indon ke... tetap jenama Honda. kau ada? eee sampai macam tu sekali pandangan dia. (kalau kau masih pakai kereta cam kereta saya tahun 2000 dulu, janganlah nak meninggi diri sangat). kalau berhajat nak meninggikan diri, saya tak kisah... suka kaulah. tapi jangan plak kutuk kawan-kawan.... silap orang kau kutuk tu... cuba lagi lain kali ye. keh keh keh...
# nasib baik dia bukan kawan yang saya cari-cari selama ini... ada ke tak ada ke, saya tak heran pun... nak remove bila-bila masa pun boleh.. tapi biarlah dulu nanti tak ada lak bahan dia nak buat ketupat tentang saya... sian lak kan... kwang kwang kwang...
Masih terdengar-dengar Khai kata; "Dilla, kita ni cam artis lak digosip dek bebudak ex-SMAA kan". Hahaha... glamor cam artis sebab jadi orang penting dalam Alumni kot.. itu kerja sukarela kitaorang ajelah, bukan nak namapun... 
Buat ketupat jangan hangus lak ye, nanti tak boleh dimakan plak.  

Isnin, 16 April 2012

Diam...

Diam....

Jika berdiam diri itu lebih baik,
Saya akan belajar untuk mendiamkan diri,

Jika diam saya boleh membahagiakan oranglain,
Saya akan mencubanya walaupun tiada rela di hati ini...

Namun jangan sesekali terlupa,
bahawa saya masih ada sekeping hati,
yang mampu merasa dan terluka.