Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 7 Jun 2012

birthday @ Jun

4 Jun: birthday cik abang saya... abang yg mana? en. zaki lah, sapa lagi... birthday dia yang ke 42... dah 2 tahun masuk 4 series kan... tahun lepas, sambut dengan anak2 sedara dia di rumah mak mentua saya... meriah dan kecoh sebab adik ipar saya nikah masa tu (adik lelaki en.zaki). tahun ni sambut kat rumah mak jugaklah... nak sambut mana lagi, situlah yang paling sesuai, selagi emak dengan ayah masih hidup. taklah meriah... kami 3 beranak, mak, ayah, ida (biras saya/adik ipar en.zaki), adik zul dan adik mizan. tak sampaipun 10 orang. tak kisahlah... asal dapat sambut sama-sama.
7 Jun: birthday anak dara saya pulak Zafirah... emmm 3 hari jer bezanya dua beranak ni... pe'el pun ada persamaan sikit... huhuhu. dah 19 tahun umur dia... 2013 dah masuk 20 tahun... perangai cam bebudak lagi, manja terlebih... adik tak ada camnilah jadinya kot... semoga jadi anak yang solehah dan hidupmu sentiasa dirahmati Allah. sambutan tahun ni special sikit... 6 Jun buat makan-makan kat rumah abah saya di kampung... adik beradik saya semuanya balik kecuali adik bujang saya yang keje kat UiTM Shah Alam tu tak dapat sama... anak sedara saya semua ada (11 orang cucu-cucu atuk Usop semua hadir)... berbungalah hati si kakak Zafirah, dapat kumpul dengan semua sepupunya... Busu masak nasi beriani special untuk kak Firah... (tapi sebenarnya kak Firah yang teringin sangat nak makan nasi beriani busu)... atuk plak buat jamuan durian... jamuan durian lepas makan nasi beriani... huhhh camanalah jadinya kat dalam perut tu??? hasilnya mestilah beriani durian... hehehe
hari ni 7 Jun (sebelah malam), abah dia (en.zaki) pulak belanja makan pizza...paberet anak dara dia... malam ni kami bertiga jer, cam biasa... tak meriah cam semalam, tapi oklah... harap firah gembira. 
semoga en.zaki dan cik zafirah bahagia di hari lahir mereka serta dirahmati Allah,
ku persembahkan apa dayaku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!