Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 3 Jun 2012

Membawa lara...

lewat malam ni, tiba-tiba hati teruja nak menatap kembali wajahnya... wajah/muka yang ingin kulupakan... buat selama-lamanya (azam yang belum mampu tertunai lagi).. muka sapa pulak ni? korang suspen takkk??? mesti tak suspen langsungkan...hik hik hik
mukabuku lah apalagi... dah 5 hari saya tutup nyawa fesbuk tu... kian lesu bila menatap halaman fesbuk saya... dalam ramai kawan, terdapat juga secebis "duri" atau setitis "racun berbisa" yang seumpama api dalam sekam...cuba menguji ketabahan dan kesabaran saya. hati ini kian tawar melihat muka-muka mereka yang "bijak berlakon" dengan watak yang penuh kepura-puraan...saya letih dengan semua ini, saya tak larat melihat lakonan-lakonan itu...ada kawan yang dah jadi cam lawan, ada kawan yang dah suam-suam kuku dan ada juga kawan yang dah membatu... tak kurang pula yang mahu jadi "spy" gerak geri fb kita... ohhh saya sangat-sangat terkilan situasi yang kurang seronok ini...

buat seketika biarlah saya keluar dulu dari dunia fesbuk yang penuh pancaroba itu... ewahhh kemain lagik kan... sehari dua jer kot mampu bertahannya... keh3 (tengoklah camana...)

banyak kenangan manis dan pahit @ facebook;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!