Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ujian demi ujian...

Hidup ini memang banyak ujian yang perlu kita lalui... ujian yang saya nak kongsi di sini ialah tentang ujian cinta... saya baru je baca blog ust Pahrol tentang tajuk "Ujian Cinta"... ujian cinta sering mendatangi kita... bukan kisah cinta muda-mudi aje tau, ni kisah tentang cinta yang sentiasa kita lalui.. cinta dengan kekasih, suami isteri, anak-beranak, adik-beradik ataupun cinta kepada ibu bapa kita... apatah lagi cinta kepada Sang Pencipta kita... Allah. 
cinta kepada sahabat juga tidak terkecuali tau... kita seringkali teruji dan diuji dengan ujian ini... adakalanya kita mampu untuk mengatasi tapi ada masa-masanya kita lemah longlai melalui situasi sedemikian. kadangkala melalui ujian cinta tentang seorang sahabat lebih teruk daripada ujian cinta kepada si kekasih.. emmm mungkin pelik bagi seseorang, tapi ini apa yang saya lalui sendiri. saya mampu menangis berhari-hari kerana kehilangan seorang sahabat melebihi tatkala saya putus cinta dulu... bila mulut menyebut namanya, airmata tak semena-mena mengalir laju.. tak dapat nak ditahan-tahan... pengalaman pertama dalam hidup... huhuhu. kesian kan, dah tua-tua baru nak melalui pengalaman macam ni.
saya seperti tak boleh nak terima hakikat ini.. pelbagai persoalan yang ada di fikiran... mengapa dan kenapa ianya berlaku... "mengapa Allah adakan pertemuan ini jika begini kesudahannya"... lebih baik tak payah jumpa langsung... emmm lama sungguh saya cuba mengubat hati ini... cuba pujuk hati sendiri di samping cuba cari kesilapan diri... jawapan tidak juga ditemui. cuba juga berkongsi cerita dengan beberapa orang teman... malangnya jawapan yang saya dapat kurang memberi perangsang. 
saya hampir berputus asa, seringkali menyalahkan diri sendiri... hari demi hari saya banyak membaca artikel-artikel di internet, baca blog-blog motivasi... sedikit demi sedikit banyak kebaikan yang saya temui hasil daripada pembacaan tersebut. saya cuba redha dan pasrah dengan apa yang saya lalui... cuba menggali rahmat yang tersembunyi... mencari pengajaran yang tidak kelihatan... mencari kedamaian dan ketenangan hati... cuba mencari sebuah jawapan daripada persoalan yang Allah beri kepada saya. "Ya Allah, Ya Tuhanku... ujian ini amat meninggalkan kesan yang mendalam buat diri ini. Semoga kau sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketenangan untuk menempuh ujianMu ini".
Lantaran itu, kini saya phobia dengan "pertemuan semula" kerana saya tahu betapa sakitnya perpisahan... kita yang selalu ditinggalkan sahaja akan mengerti betapa perit dan pedihnya sebuah perpisahan... Terkini, saya "bertemu kembali" dengan seorang teman yang sama belajar di kolej dulu...fuhhh awal-awal lagi saya dah nampak "ceritanya yang rumit"... semoga kebaikan sahaja yang bakal saya temui daripadanya...yang tak baik jauhkanlah Ya Allah... ukhuwah fillah sahaja yang saya inginkan... saya suka berkongsi cerita dengan beliau tentang isu perguruan dan ruang lingkup pendidikan kerana beliau dah menjelajah pelbagai negeri dan banyak pengalaman... banyak juga bahan yang diemailkan terutamanya nota-nota unit beruniform yang baru saya sertai ini. Sangat membantu tugas saya sebagai guru pembimbing. 
Terima kasih sahabat, semoga kita sama-sama berjaya mengenggam segulung ijazah yang menjadi idaman kita selama ini... kebetulan plak sama semester 3, tapi pusat pengajian je yang berbeza.

p/s: "Awak, kalau berdoa tu...jangan lupa doakan saya sama ye... dan terima kasih untuk segalanya. Maafkan saya kerana ada hajat awak yang takkan mampu saya tunaikan tapi ketahuilah bahawa...
~walau tangan tak berjabat, mata tak bertemu, hati kita tetap utuh bersama~ "
Saya ngeri dengan sebuah pertemuan, kerana di situ akan adanya perpisahan...tapi sebenarnya itulah ujian yang makin mematangkan kita.

Selasa, 28 Ogos 2012

Sayang

Sayang... satu perkataan yang indah didengari tapi sukar untuk diluahkan... Bertuahlah insan yang selalu menerima perkataan ini, sungguh baik hati pula pada si penuturnya. Lagi indah jika perkataan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa... 
Ungkapan ini mampu menjadi penawar, penyembuh serta pemberi semangat kepada si penerima. Satu perkataan yang tidak memerlukan modal untuk menuturkannya, tetapi mengapa kita sukar untuk mengucapkannya kepada insan-insan yang kita sayangi? Perlukah kita tuturkannya ketika mereka telah tiada di sisi kita? Ataupun setelah kehilangan mereka baru kita mampu untuk meluahkannya? Jika begitu, ucapan ini tidak berharga lagi buat si penerima. Apa gunanya lagi...
Oleh itu luahkanlah perkataan azimat ini buat mereka yang kita sayangi sebelum masa tidak mengizinkan kita berbuat demikian, sebelum kita menyesal di kemudian hari... Kasih sayang bukan boleh dijualbeli, bukan boleh dipaksa dan bukan juga boleh ditukarganti... Sayang itu anugerah Illahi yang sangat berharga buat kita.
Buatmu teman,
Sayangmu akan ku kenang seumur hidupku...

Khamis, 16 Ogos 2012

Tuhan jagakan dia... untukku


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

"Tuhan jagakan dia"... untukku... huhuhu
(sedang sibuk buat assignment ketika dinihari ini, tiba-tiba lagu ini berkumandang di Suria FM... mata kembali segar sambil menelan patah-patah kata lirik lagu ini satu persatu... huhhh, syahdu datang bertandang menyentuh hati ini... sesuai dengan tajuk lagu, ku pinta tuhan jagakan dia untuk diriku...).

Selasa, 7 Ogos 2012

Sedar...

 
Pergilah jauh
Andai itu yang kau mahu
Tidak ku halang
Jika benar pilihanmu
Tak guna diracun
Di benak perasaan
Kelak padahnya menyiksakan

Tidakkan teguh
Pertalian yang di bina
Andai jiwamu
Masih lagi nun di sana
Tak putus mengenang
Pada dia yang hilang
Di mana tempat ku sebenar

Aku sedar kewujudanku padamu
Tiada lebih dari itu
Hanya sekadar penampal ruang luka
Di saat dikau tak punya siapa

Kini masa terbukti
Kejujuran di hati
Pergi jangan dipandang
Mungkinkah di sana
Kau temu jalannya...