Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ujian demi ujian...

Hidup ini memang banyak ujian yang perlu kita lalui... ujian yang saya nak kongsi di sini ialah tentang ujian cinta... saya baru je baca blog ust Pahrol tentang tajuk "Ujian Cinta"... ujian cinta sering mendatangi kita... bukan kisah cinta muda-mudi aje tau, ni kisah tentang cinta yang sentiasa kita lalui.. cinta dengan kekasih, suami isteri, anak-beranak, adik-beradik ataupun cinta kepada ibu bapa kita... apatah lagi cinta kepada Sang Pencipta kita... Allah. 
cinta kepada sahabat juga tidak terkecuali tau... kita seringkali teruji dan diuji dengan ujian ini... adakalanya kita mampu untuk mengatasi tapi ada masa-masanya kita lemah longlai melalui situasi sedemikian. kadangkala melalui ujian cinta tentang seorang sahabat lebih teruk daripada ujian cinta kepada si kekasih.. emmm mungkin pelik bagi seseorang, tapi ini apa yang saya lalui sendiri. saya mampu menangis berhari-hari kerana kehilangan seorang sahabat melebihi tatkala saya putus cinta dulu... bila mulut menyebut namanya, airmata tak semena-mena mengalir laju.. tak dapat nak ditahan-tahan... pengalaman pertama dalam hidup... huhuhu. kesian kan, dah tua-tua baru nak melalui pengalaman macam ni.
saya seperti tak boleh nak terima hakikat ini.. pelbagai persoalan yang ada di fikiran... mengapa dan kenapa ianya berlaku... "mengapa Allah adakan pertemuan ini jika begini kesudahannya"... lebih baik tak payah jumpa langsung... emmm lama sungguh saya cuba mengubat hati ini... cuba pujuk hati sendiri di samping cuba cari kesilapan diri... jawapan tidak juga ditemui. cuba juga berkongsi cerita dengan beberapa orang teman... malangnya jawapan yang saya dapat kurang memberi perangsang. 
saya hampir berputus asa, seringkali menyalahkan diri sendiri... hari demi hari saya banyak membaca artikel-artikel di internet, baca blog-blog motivasi... sedikit demi sedikit banyak kebaikan yang saya temui hasil daripada pembacaan tersebut. saya cuba redha dan pasrah dengan apa yang saya lalui... cuba menggali rahmat yang tersembunyi... mencari pengajaran yang tidak kelihatan... mencari kedamaian dan ketenangan hati... cuba mencari sebuah jawapan daripada persoalan yang Allah beri kepada saya. "Ya Allah, Ya Tuhanku... ujian ini amat meninggalkan kesan yang mendalam buat diri ini. Semoga kau sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketenangan untuk menempuh ujianMu ini".
Lantaran itu, kini saya phobia dengan "pertemuan semula" kerana saya tahu betapa sakitnya perpisahan... kita yang selalu ditinggalkan sahaja akan mengerti betapa perit dan pedihnya sebuah perpisahan... Terkini, saya "bertemu kembali" dengan seorang teman yang sama belajar di kolej dulu...fuhhh awal-awal lagi saya dah nampak "ceritanya yang rumit"... semoga kebaikan sahaja yang bakal saya temui daripadanya...yang tak baik jauhkanlah Ya Allah... ukhuwah fillah sahaja yang saya inginkan... saya suka berkongsi cerita dengan beliau tentang isu perguruan dan ruang lingkup pendidikan kerana beliau dah menjelajah pelbagai negeri dan banyak pengalaman... banyak juga bahan yang diemailkan terutamanya nota-nota unit beruniform yang baru saya sertai ini. Sangat membantu tugas saya sebagai guru pembimbing. 
Terima kasih sahabat, semoga kita sama-sama berjaya mengenggam segulung ijazah yang menjadi idaman kita selama ini... kebetulan plak sama semester 3, tapi pusat pengajian je yang berbeza.

p/s: "Awak, kalau berdoa tu...jangan lupa doakan saya sama ye... dan terima kasih untuk segalanya. Maafkan saya kerana ada hajat awak yang takkan mampu saya tunaikan tapi ketahuilah bahawa...
~walau tangan tak berjabat, mata tak bertemu, hati kita tetap utuh bersama~ "
Saya ngeri dengan sebuah pertemuan, kerana di situ akan adanya perpisahan...tapi sebenarnya itulah ujian yang makin mematangkan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!