Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 10 Oktober 2012

SMS hangit...

Hari ini: seawal 6.52 pagi, tatkala saya sedang bersiap-siap nak pergi bekerja... saya menerima sms daripada seseorang yang tidak dikenali... hati berdetik; "aikkk sapa pulak sms ni?". lalu sms dibaca... saya terduduk seketika, berfikir, menafsir, meneliti ayat demi ayat yang saya terima...

Setelah dihalusi isi cerita, saya dapat kesimpulan bahawa penghantar sms itu adalah seorang daripada warga alumni sekolah menengah saya dahulu... cuma nombor telefon tersebut tidak saya kenali siapa pemiliknya. Hati menjadi sayu, sedih dan hiba sangat... mata dah mula berkaca-kaca, tapi saya kuatkan hati agar perasaan ini tidak akan mengganggu tugas saya hari ini.

Ya Allah, mengapalah saya menjadi mangsa kepada orang yang tak puas hati dengan apa yang telah saya usahakan bersama sahabat-sahabat saya yang lain... mengapa ada insan yang cuba menjentik maruah saya... saya berdiam diri bukannya saya tidak punya perasaan, tapi sememangnya prinsip saya tak suka melawan...tidak mahu menjadikan suasana semakin keruh. sebolehnya saya ingin menjernihkan semuanya.

Sepanjang waktu bekerja, saya puas menahan perasaan ini... sebolehnya tak nak rakan sejawat dapat melihat "wajah" berduka ini, akhirnya sebaik sampai di perkarangan rumah... emosi pagi tadi muncul kembali, lelah dan penat belum hilang... airmata dah berjurai-jurai. ~Ya Allah kenapa lemah sangat jiwa saya akhir-akhir ini? Kenapa saya tak kuat lagi seperti dulu, yang mampu bertahan walau liku hidup amat bersimpang siur? Mampu tersenyum, walau dalam hati penuh gelora? Tapi kini, kawan baik saya dapat menghidu apa yang saya rasakan, dapat membaca raut wajah saya...~

Lepas Isyak, saya buka fb... emmm ada "sesuatu" yang menarik di situ, ayat demi ayat saya teliti, saya fahami, saya renungkan... terfikir di minda "alangkah bertuahnya..." tanpa paksaan airmata yang masih bersisa siang tadi... bersambung kembali... hati semakin sebak dan saya hanyut di lautan perasaan... "hujan" yang turun hampir sama lebat dengan hujan yang turun petang tadi... semoga ianya bisa meredakan perasaan saya... Saya tahu, saya sedar... semuanya telah "tertulis" di sana...tetapi sebagai insan biasa, yang lemah lagi dhaif.. sesekali kita tewas dengan emosi kurniaan Allah ini.

Semoga setiap ujian yg saya lalui ini, menjadikan saya insan yang semakin "tabah"...

1 ulasan:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Harrah's 정읍 출장안마 Cherokee Casino Resort features over 1,000 rooms 울산광역 출장샵 and suites, approximately 192,000 square 양주 출장샵 feet of 구미 출장샵 gaming, over 1,200 제천 출장마사지 hotel rooms and suites,

    BalasPadam

Terima kasih, sila catat lagi!