Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Selasa, 19 Februari 2013

Bila rindu itu datang...

Salam sejahtera buat semua teman,
Hari ini saya tukar nama blog saya buat seketika... sebab??? entahlah, tak tau nak citer camana... Rindu sangat sangat, hati yang merasa tapi lidah tak terucapkan... Haaaaaa sabar ajelah, cam terkena sakit angau pulakkan. Layan jelah, nak buat camana lagi... hati dah puas mengusir perasaan halus ini tapi tak jugak berdaya... jadi biarkanlah aje kot. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, siapa tahu... betul tak? 
Semua ni anugerah Allah... bukan kita saje saje nak... Ada ke insan yang mampu menepis rasa "rindu" ini? Ada ubat tak? Meh beri kat saya kalau anda ada ubat yang mujarab tu... boleh jugak saya telan sebutir dua... suka sangat "r.i.n.d.u" tu kacau hidup saya...uwaaaaaaaa saya dah terkena "jerat/perangkap rindu" ke??? Syuh, syuh, syuhhh... janganlah kacau saya, pi lah main jauh-jauh. 
kadang-kadang saya tak ingatpun semua tu, tapi tup-tup r.i.n.d.u. tu pi terjah pulak dalam mimpi saya... akhirnya bila bangun tidur, semangat berjuang dah longlai semula... Uwaaaaaaaa tak sukaaaaa simpan-simpan rindu ni, sengsara jiwa raga. Keh keh keh... dah macam kritikal sangat jadinya...TAPIIIIIIIIIIIIIII, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa sekian lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ni... (27x huruf "A" tu... cuba kira kalau tak percaya, emmm yang tau jer faham apa maksudnya).
"Rindu... janganlah kacau saya ek. Saya dah tak larat nak layan ni... (rindu pun nak mintak layan ke?..ontahlah, tak tau acik doh... sosak napeh den jadi eh... omat akal acik)". Apo nak dikato/
#citer ni kalau terbaca kat kawan-kawan yang mengenali saya, abislah... mesti diorang pening & penuh tanda tanya... hihihihihi.... !!! Oranglain boleh kita tipu, tapi hati sendiri tak boleh nak tipuuu ;)). Kan, kan, kan....

Isnin, 4 Februari 2013

Yang pertama

Hari ni saya cuma nak kongsi beberapa persoalan yang selalu ada dalam kebanyakan hati kita... (bukan semua orang la...). Persoalan yang membabitkan "soal hati"... yang membuatkan kita selalu keliru kerana mencari jawapannya...

"Mengapakah seksanya untuk melupakan orang pertama yang bertakhta dalam hati kita?"
"Kenapa yang pertama itu sukar untuk dibiarkan pergi dari kenangan?"
(tak salahkan soalan ni, saya saja-saja nak tanya...ni mood lepas baca novel "Sehangat Asmara" tulisan Aisya Sofea, Alaf 21 yang baru habis saya baca tadi...) huhu.

Kenapa ek camtu? Ramai yang kata ingatan dan kenangan silam itu sukar sangat nak hilang... Betul ke? Bertuahlah badan kalau kita jadi orang yang pertama hadir dalam hati seseorang... sentiasa ada orang ingat kat kita... hihi. Tapi malang agaknya kalau kita pula yang sentiasa teringat dan terkenang kat orang pertama yang menyentuh hati kita...sedangkan dia tak pernah ingat kat kita...nak-nak kalau dia yang tinggalkan kita.... sob, sob, sob. Haruuu, menangis tak berlagulah kan.

Tapi kita jangan lupa bahawa  "Jalanan hidup ini sudah tertulis"...Tempuhilah dengan kesabaran dan sedarlah tentang kebesaran Tuhan Mu. Yakin dan bersangka baiklah dengan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya... 

#kerana takdir jua... maka terjadinya pertemuan dengan insan yang "pertama" selepas 24 tahun hilang dari pandangan; yang tidak pernah diduga, difikir, dijangka... rasa macam mimpi bila insan itu tiba-tiba wujud di hadapan mata sendiri... Apabila terlihat senyumannya, terdengar suaranya... hati bagai tidak percaya apa yang sedang dilalui. Bagaimanapun saya tetap bersyukur di atas pertemuan itu walaupun dalam situasi dan status kehidupan masing-masing yang telah berbeza kini. (cewah, cewahhh... tetiba kenangan lama ni tersingkap kembali...).


"Sahabat selamanya..."

Ahad, 3 Februari 2013

Puisi Rindu

Bila rindu datang bertandang,
Kenangan lalu mula mendatang,
Aku tak berdaya menghalang,
Semangat diri terasa melayang.

Sebaris nama tak pernah hilang,
Tak pernah pudar tak pernah lekang,
Dari dulu hingga sekarang.
Mengekoriku seperti bayang-bayang.

Bila rindu datang bertandang,
Jiwa ini rasa kosong, rasa pincang,
Rindu yang hadir bagai ribut kencang.
Mengoncang pohon yang tiada tunjang.

#Andai rindu ini boleh disedekah, 
pasti aku jadi insan yg sangat dermawan... 
supaya "beban" ini menjadi ringan.
kerana rindu ini semakin luas, semakin dalam...#
(Rindu sangat sangattt........)

"Yang kuseru benci yang datangnya sayang"
~AY9752 @ TPS; 3.20am 03/02/2013