Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Rabu, 13 Mac 2013

Demam vs Assignment

Minggu ni assignment dah datang melambak-lambak... Ada yang nak kena buat video, ada yang nak kena buat RPH, refleksi, ebook dan segala macam tok neneknya. Tapi malangnya saya kurang sihat mulai daripada minggu lepas lagi... hingga berlarutan ke minggu ini. Alhamdulillah minggu ni saya tak cuti sakit lagi. Minggu lepas sakit lain, minggu ni sakit lain pulak...minggu ni asthma saya menyerang... Letih sangat sebab bila tengah malam, batuk saya sangatlah aktif kelakuannya... tak boleh nak lena, bila baring je mulalah terbatuk-batuk tak henti-henti....hinggakan termuntah. Bila dah muntah legalah sikit. Dah nak Subuh, baru boleh lelapkan mata... sebab batuk dah reda. Huhu, sian kan. 
Semua assignment saya tak buat lagi... tak boleh nak fikir dan tak boleh nak cari bahan mentahnya lagi. Aduhai cabaran betul belajar tatkala dah banyak umur ni, seronok tetap seronok...tapi kekangan banyak sangat... Cukup mencabar kerana dalam masa yang sama kita punya banyak tanggungjawab yang hendak dipikul... Tanggungjawab kita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, surirumah dan pelajar... adakalanya terasa cam nak tumbang je... sob, sob, sob. (Isyyy harap-harap saya dapat habiskan penggajian saya dengan baik...sehingga dapat menggenggam segulung ijazah yang diimpikan sejak remaja dulu). Tak dapat nak gambarkan bagaimana keadaan kawan-kawan yang punya ramai anak dan duduk jauh dari kampus... Emmm mesti lagi kuat cabarannyakan. 
#Saya sempat update ni sebab terbatuk-batuk je...mata mengantuk sangat, tapi batuk tak bagi saya tidoooo...uwaaaa!!! Doakan saya cepat sembuh ye teman-teman...