Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Khamis, 20 Jun 2013

Cerita ceriti...

[alalala... kesiannya. sob, sob, sob]
Salam sayang buat semua pembaca... emmm maaf ye.
dah lama saya tak kemaskini blog kesayangan ni. Busy lah ngajar sesi petang ni... bila balik sekolah je dah nak maghrib. buat itu ini dah pancittt... Dah 6 bulan saya mengajar sesi petang, terasa seronok tapi badan penatlah sikit. Sebabnya??? sebab mengajar petang ni kita rasa terkejar-kejar dengan masa... terutama nak solat zohor dan asar... sulitnya bila jadual kita banyak mengajar di masa-masa tersebut... kita mengajar murid-murid tahun 1 hingga 3 ni bukan boleh tinggalkan kelas tanpa guru, mau tunggang langgang kelas kita nanti... haaa kalau terjadi kes-kes kecemasan, kita jugak yang susahnya kan... huhu.
Banyak cerita yang saya ingin kongsi dengan kalian... terutamanya tentang kisah-kisah sepanjang saya mengajar di sesi petang, kisah perkahwinan adik lelaki tunggal saya... perjalanan & percutian keluarga saya ke Sabah, pengalaman pertama saya naik kapal terbang serta kisah pembelajaran saya di IPG tu... banyak sangat nak kongsi, tapi tak tahu bila nak post kat sini... huhu. Dalam minda ni macam-macam ada... ooo ada lagi satu kisah menarik, apabila saya diburu peminat-peminat yang sibuk nak berkenalan...(gara-gara nama dan no telefon saya tersebar di dada akhbar Sinar Harian... huhu haruuu).
Oklah, nanti kita sambung lagi ye. (macamlah banyak sangat follower... yuhuuu). Insya Allah saya akan cerita pasal kisah-kisah tersebut... Sabar ek.
"kadangkala masa yg memaksa kita"... huk huk huk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih, sila catat lagi!