Al-Quran

Ahlan Wa sahlan...

Ahad, 19 April 2015

Viva PPG 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman...(macam la ada yg baca...)
Syukur ke hadrat Illahi, hampir pukul 10 pagi tadi saya telah selesai membuat pembentangan Kajian Tindakan dalam program Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Islam Semester 8 di IPG KPI, Bangi. Sesudah pembentangan, minda terus terasa lapang sangat... umpama terlepas bebanan daripada menanggung sebongkah batu besar. hihihi...
Kini tugasan penting yang perlu saya siapkan dalam bulan April ni ialah penulisan tesis dan laporan Internship saya. Pastu bolehlah tumpuankan pula pada peperiksaan akhir...awal Mei rasanya. cuma UAK (Ujian Akhir Kursus) akan diadakan pada hari Khamis akan datang iaitu pada 23 April bagi subjek Hafazan Al-Quran. Ujian Bertulis pukul 8.30 pagi, amali dalam pukul 9.30/10.00 pagi. Adoiii tak hafal lagi ni. Hafal ajelah mana yg dapat, iye tak.
oklah, ni aje saya nak tulis... nak tulis panjang2 tak sempat, banyak keje nak buat.
#post pertama 2015. jangan terperanjat lak.
Cerita saya;